Khamis, 19 Mei 2011

Sesi Memanah di Sunway Piramid

Sunway Piramid (17/05/2011)

Sempena cuti wesak selasa lepas, aku dan hubby saje-sajelah bawak nur ikhlas jalan-jalan ke sunway piramid. Hubby sebenarnya berhajat sangat-sangat nak main memanah. so kami bertolak pukul 11.45 am dan sampai sana pukul 12.15 pm.



p/s : lambat gerak sebab nak siapkan nur ikhlas dan barang2nya. heee heee heee



sampai jer tempat tuju kami di stars archery.



Outlet Name : Stars Archery

Lot No. : F1.25-26 D

Description : Entertainment

Contact No. : 603-56211302




Harga boleh tahan lah..



Kami ambil pakej RM16 (1-2 person) so dapat 24 arrows + 8 arrows free. so sorang boleh shoot 16 kali. kelengkapan mestilah ada.. so dia bagi finger tab + chest guard + pengajar.



Nur Ikhlas??? hee hee gilir-gilir ar... mula2 aku shoot.. memang teruk giler. pastu hubby pulak shoot.. lagi teruk giler.. huu huu huu xper 1st time.





Menu makanan tengah hari pulak??? kami mencuba resepi Popeyes® Louisiana Kitchen franchise ( http://www.popeyes.com/) sedap giler. pada siapa yang muak makan KFC boleh lah cuba Popeyes nie. Aku dan hubby makan set promosi RM20.00 ++. Nur Ikhlas hanya mampu minum susu sahaja. huu huu huu.



Habis makan, tiba-tiba aku dengar Nur Ikhlas macam terberak pulak. so kelam kabut lah kami cari toilet. di sunway piramid ada tempah khas utk tukar lampin baby. siap ada pemanas air utk buat susu. so kalau gie sana tak perlu lah sibuk2 nk bawak air panas. ada tempat nursering lagi.



kami bertolak balik pukul 3.30 pm. cuaca semakin mendung. Alhamdullilah kami sampai sebelum hujan turun.




deq'su



Rabu, 18 Mei 2011

Wajah anakku ketika berak... heee heee hee



inilah wajah-wajah anak ku sayang ketika sedang melepas.. heee heee

p/s: nakal kn ibu dia amik gambar nie... heee heee

istimewa anak ku kalau masa meneran dia akan berbunyi.. memang kelakar sangat...

tapi tak sampai hati nak biarkan dia macam tu so atas keperihatinan ibu dia, aku pun cuba lah bantu.

macam mana aku bantu??? kene pegang tangan dia sambil cakap "... ekk ekk... ekk ekkk..." nanti senang je dia nak berak.

Anak ibu... walau macam mana coreng pun kamu.. comot pun kamu... kerenah kamu... ibu tetap sayang...

deq'su

Isnin, 16 Mei 2011

Nur Ikhlas binti Mohd Asmad

Alhamdullilah, aku telah selamat melahirkan seorang anak secara pembedahan pada 26 Januari 2011 (6.15pm) dengan berat sebanyak 2.3 kg. Anak perempuan yang di beri nama Nur Ikhlas binti Mohd Asmad.

p/s : nie cadangan ayah dia heee heee


Sekarang Nur Ikhlas telah berusia 3 bulan 7 hari. Sangat sihat dan montel...seronok bila dah ada anak nie.. dia pun dah pandai senyum dan gelak.. comel sangat-sangat. aku suka tengok dia masa ikhlas tido. so sweet. cium beratus-ratus kali pun tak pe.

Hari-hari pergi kerja aku jadi rindu kat dia. tak sabar nak balik umah, nak jemput dia.. nak cium dia.

Aku doakan ikhlas akan sihat sentiasa dan berada dalam keredhaan Allah.. Aku juga doakan Ikhlas akan menjadi anak yang soleh dan hamba Nya yang bertaqwa. amin..

Untuk Nur Ikhlas, anak ibu yang ibu sayang... jaga diri, jaga kehormatan, jaga peribadi. ibu sayangkan ikhlas dan abang ilyas.. kehadiran mu membawa berjuta-juta makna dan keriangan dalam hidup ibu. semoga anak ibu sentiasa di lindungi Allah. Insya Allah.

deq'su
16/05/2011


SELAMAT HARI GURU!!!!

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................