Rabu, 29 Februari 2012

I love mr. google

hee hee.. hari nie aku sangat gembira.. dah takde perasaan marah.. sedih... kecewa.. segala-galanya sebab
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

aku sayang mr. google!!!!!!!

Selasa, 28 Februari 2012

Be careful with it.... its fragile!

Alhamdullilah.. mungkin ini balasan Allah pada aku atas segala kesilapan dulu.
Ye.. aku semakin cepat terasa sekarang.. Sejak dah ok sikit dari sakit nie, perasaan marah sangat meluap-luap.
Bila di malukan di depan anak-anak buah, aku jadi marah. Adakah selama ini aku tidak menjaga hati dan perasaan orang lain? Mungkin... sebab itu hati dan perasaan aku juga tiada siapa yang jaga.
Bila aku di cerca dan di tuduh oleh saudara aku sendiri, aku jadi sedih. Adakah selama ini aku berkata-kata demi kepuasan hati sendiri?.. Jadi selama ini apa yang aku pertahankan.. apa yang aku lindungi.. apa yang aku pertahankan adalah untuk satu yang sia-sia. mungkin... sebab itu jasa aku di campak di dalam tong sampah.
Baiklah.. kalau untuk memuaskan hati semua pihak. hinaan.. cercaan.. itu boleh mengembirakan hati mereka. Aku redha saja. Kalau ada sebarang kesilapan dari pihak aku, aku mohon maaf.

Rabu, 22 Februari 2012

Lebih Baik Kisah Pasal Syria Dari Kematian Whitney Houston

Pagi-pagi baca satu email.. memang aku tersentuh sangat-sangat. Sebenarnya aku tak berapa faham keadaan dan isu yang berlaku di Syria. So aku kena search info di internet lah nanti-nanti.

Hidup di akhir zaman ini memang benar-benar menakutkan aku. Setiap malam tengok wajah Nur Ikhlas, aku jadi sayu. Aku risau dia tidak dapat menanggung segala dugaan akhir zaman ini. Semoga doaku setiap hari akan di makbulkan Allah. Hanya pada Allah aku serahkan takdir Nur Ikhlas. Nur Ikhlas adalah milik-Nya yang mutlak. maka aku bergantung pada Allah untuk memelihara iman dan maruah Nur Ikhlas. Insya Allah.



 ----- Forwarded Message -----
From: "Ismail, Rohani (GE Aviation)" <rohani.ismail@ge.com>
To:
Sent: Friday, 17 February 2012 9:03 AM
Subject: FW: Lebih Baik Kisah Pasal Syria Dari Kematian Whitney Houston


Lebih Baik Kisah Pasal Syria Dari Kematian Whitney Houston
 

Assalamualaikum.

Kat Twitter, orang dok gaduh isu RIP. Tapi kat Syria, kau tahu apa jadi??? :O

Kau tengok gambar jenazah budak ni ...

   

 Apa kau rasa yang berlaku pada budak ni? Tahu? Ke tak tahu? Yang tahu, Alhamdulillah. Bagus sebab kau seimbangkan hal duniawi dan akhirat kau.

Yang tak tahu ni, meh aku bagitahu ... gambar yang aku dok tepek ni nak bagi korang tengok ni, buat pengetahuan korang, budak ni kena sembelih oleh rejim Bashar.

Kau sedih tak? Kau marah tak? T___T

Tapi inilah realiti yang baru berlaku ni negara Syria yang semakin bergolak di bawah pemerintahan pemerintah yang gila kejam-tak-ingat-Allah!

Kau kenal Bashar tak? :o

Bashar adalah pemerintah Syria sekarang. Dialah yang mengerahkan orang bawahan dia tangkap geng budak-budak ni, seksa budak-budak ni, cabut kuku dorang, dan salah seorang dari budak-budak yang kena tangkap tu, disembelih.

Nama arwah budak kat atas ni ... Marwa Adil Bahar. Aku sedih gila tengok video orang mandikan, kapankan dia. Kalau korang nak tengok, pi cari kat YouTube. Takpun, pergi kat sini ... Artikel Kanak-Kanak Yang Dibunuh.

Tahu kenapa budak ni Bashar suruh sembelih? Sebab budak-budak ni mengutuk tindakan dan menulis di dinding tentang kekejaman Bashar ni. Maka bila Bashar dapat tahu, semua yang terlibat which is around 28 kids, ditangkap, diseksa dan pengakhirannya, salah sorang budak tu, si arwah Marwa ni disembelih sampai kepala terputus dari badan!

Eeeeeiiiii .. kalau ada kuasa, nak je aku suruh tukang pancung kat Arab Saudi ni, pergi tolong pancungkan kepala di Bashar niiii! Biar dia rasa sikit apa rasanya kena potong leher camgitu.

Ehhhhh, kalau pancung tak rasa sakit sangat sebab terus zasssss, kepala tertanggal. Tapi arwah budak ni, dorang sembelih, so aku nak suruh si tukang pancung, dok sembelih Bashar ni macam kita sembelih ayam. Baru adil dan saksama kan?

Aku taktau apa perasaan si Bashar ni bila dok zalim dengan budak-budak. Dah nama budak-budak. Budak-budak dahlah ibarat kain putih suci murni. Boleh pulak dia dok sedap suh seksalah, sembelih lah, kau kenapa Bashar? Kau tak takut balasan Allah SWT?

Inilah akibatnya bila hati dah gelapppp! Bila hati dah gelap, berbuat kezaliman pun, masih boleh dok rilek macam takde perasaan kan???

Kau tunggu Basharrrrrr! Itu ha ... itu haaaa ... kat atas langit tuuuu, Allah SWT tengok jeee apa kau buat, tahu? Nanti sampai masa, memang riwayat tamat kezaliman kau pada Muslimin lainnn!

Kau sibuk bergantung dengan negara Rusia kan? Kau ingat Rusia tu hebat sangat keee? Kau lupa ke, yang paling hebat adalah Allah SWT? Lupa keeeeee????

   

" Kamu membunuh kaum yang rindukan syahid. "

Itulah mesej yang disampai oleh rakyat Syria pada pemerintah Bashar. Ia cuma disampaikan, ditulis di dinding. Mesej yang sangat jelas dan sangat sinis!

Iniiii ... kalau Bashar baca tapi tak terkesan jugak, memang confirmlah Allah SWT dah palingkan nikmat taubat pada dia!

So, now guys, at least, some of you dah tau sikit-sikit apa yang dah jadi di negara Syria. Tak banyak, sikit pun dah cukup dari kita tak tau langsung. Ok?

Let me added some more pasal Syria ...

Awal pergolakan, #teamUltrasBashaar memang ramai tapi lepas certain of the member team sedar that apa yang dorang buat tu salah, makanya for almost 30,000 of the #teamUltrasBashar kembali ke pangkal jalanNya dengan meninggalkan #teamUltrasBashaar dan they build up new team as Free Army!

Makanya, hinggalah ke saat ini, sekarang ni, #teamUltrasFreeArmy inilah yang sedaya upaya melindungi rakyat Syria yang lain. AllahuAkbar! You go Free Army! Allah SWT is always there to help all of you to protect the Syrian! You go boysss!

I listed for you, kekejaman yang dah dibuat oleh #teamUltrasBashar kepada rakyat Syria dari awal kebangkitan hinggalah sekarang ni :
1.        
In 42 days, almost 40,000 rakyat Syria dibunuh. Mereka mati syahid.
2.        
39,000 rakyat Syria yang cedera, tidak dirawat langsung. Dibiarkan macam tu saja.
3.        
19 doktor dan 40 pesakit di sebuah hospital di wilayah Doma, Syria dibunuh oleh #teamUltrasBashar.
4.        
9000 Syrians dijadikan tahanan tanpa sebab.
5.        
413 Syrians syahid dalam penjara.
6.        
All the womens, #teamUltrasBashar bawak entah ke mana, then, in front of their families, they raped the women!
7.        
Zainab Al-Husni yang berusia 23 tahun, ditangkap dan kemudian #teamUltrasBashar nak rogol tapi Zainab ni melawan. So, to end up the 'story', #teamUltrasBashar bunuh Zainab & cut her body into 4 pieces, put inside the plastic bag and threw the bodies right in front of her family. :'(
8.        
Takbir adalah tidak disukai oleh #teamUltrasBashar.
9.        
Bashar mengarahkan, ucapan " Laillahhaillallah " ditukar pada " Laillahhaill Bashar Asar ".
10.        
Kezaliman yang dilakukan #teamUltrasBashar dan Bashar sendiri pada wanita dan kanak-kanak adalah jauh lebih kejam dan dasyat dari kekejaman Israel. :'(

  

So guys, please pray for them, Make du'a for them. Kita sama doa semoga Allah SWT sentiasa melindungi mereka semua. Not only for the Syrians but same goes to all the Palestinians, Egyptians, Yemanians and for all Muslims yang ditindas dan dilakukan kekejaman sesuka hati. Ok?

Keep, du'a and du'a and du'a as du'a is A REAL WEAPON to all Muslims and by du'a is how you could connect to Allah SWT. ;')

Now, stop membusykan diri korang dari dok sibuk sedih pasal kematian Whitney Houston tu because on the other side of world, there are some Muslims that needed more your sympathy and du'a! 

Isnin, 20 Februari 2012

Cara budak dah sihat makan

Lepas keluar dari hospital hari tu... dekat seminggu jugak budak kecik nie boikot makan dan minum. Maybe trauma di hospital masih belum reda. Iyalah every 30 minit di paksa minum. Balik jer terus merajuk tak nak makan.. tak nak minum. Susu pun tak pandang.. Sampai orang taska kata badan dia dah ringan sangat. 

Kat umah pulak asyik nak melekat kat mak dia je. Dok selak-selak baju mak dia pastu tersengeh-sengeh. Nasib baik dapat ibu mithali.. hee hee hee ye ker? tak per lah hak dia aku bagi je lah.. sampai 2 tahun jer tau..

Then aku paksa sikit-sikit bagi makan. Sua apa saje yang dia mintak. Dan paling menjadi pilihan di hati dia adalah COKLAT!!! aku layankan ajer janji dia nak makan. 

Bila dah ok sekarang nie, aku pulak risau sebab memanjang je nak makan!!! adeh.. hee hee ok.. ok.. Nur Ikhlas boleh makan banyak-banyak dengan syarat... cepat jalan! ibu dah tak larat nak dukung dah nie..








Jumaat, 17 Februari 2012

Musim sakit - story 2


Permulaan di serang cirit birit dan muntah-muntah
Tidur jer sehari suntuk
Berat Badan dia turun 400 gram dalam tempoh sehari!
 

Tengok gambar nie sayu jer hati ibu...


Dah start tak mau makan tak mau minum
 

Benda yang kat tangan tu yang selalu di dengki.. Asyik nak cabut jer..
Penat sebab kena paksa minum every 30 minit
Sepatutnya malam ke dua dah boleh keluar tapi sebab demam kena tahan balik..
Sebelum discaj.. Dah ok cuma cirit ada sikit-sikit

Musim sakit - story 1

Selamat pagi... pagi-pagi nie update blog agak-agaknya ada yang tersentap lagi tak?? haaa haa haaa

Dua minggu menyepi? bukan sebab membawa diri ok.. Dua minggu kami sekeluarga di landa masalah kesihatan. Demam, selsema, batuk, cirit birit, muntah-muntah... berselang seli.. berjangkit-jangkit.

Alkisahnya, minggu lepas family husband sibuk dengan kenduri kendara majlis perkahwinan adik bongsu dia. Aku pun dok menyibuk jugak ar.. sibuk jaga Nur Ikhlas.. hee hee hee.. Pagi sabtu (04/02/2012) aku tak nampak apa yang pelik pada si kecik nie. Makan memang banyak sangat. Mood nak makan dia datang so aku layankan ajer. Habis dua biji limau mandrin.. 4 biji pisang dia makan. tambah nasi lagi. hebat tak?? aku risau gak.. tapi sepanjang hari tu aku tak nampak pun perut dia meragam. Sihat dan aktif seperti biasa. Bila malam dia nak susu aku pun bagi lah... tak sampai berapa minit lepas menyusu, dia muntah. aku cuak kejap. maybe dia tak cendawa so dia jadi mual. tengah malam pun begitu tapi aku tengok dia relak jer tido balik.

Esoknya.. dok sibuk-sibuk siap nak pergi menghantar ke rumah pengantin perempuan, Nur Ikhlas sibuk-sibuk nak makan. Aku pun bagi lah makan nasi impit. siap cecah kuah kacang tapi sikit jer buat perasa. Makan memang tak ingat. Aku fikir budak nak membesar tak kan aku nak tahan-tahan makan dia kan? ye ker?

Sampai rumah pengantin memang tengah panas terik. Si kecik nie tabiat dia memang tak suka pakai topi. tak suka kepala dia ada benda. Nak tak nak aku redah jer lah kepanasan itu. Orang lain sibuk makan kat tempat vvip, aku sibuk buat rumah orang macam rumah sendiri. Siap mengadap kipas. Ayah dia memang dah awal-awal kene jadi photografer, jadi sibuk memanjang. Mungkin kepanasan, Nur Ikhlas asyik nak minum aje. Minum susu.. minum air masak..  Lebih kurang sejam kat rumah pengantin perempuan on the way nak balik tiba-tiba Nur Ikhlas boleh muntah. Banyak sangat!! macam air paip. Aku jadi cuak giler. Habis satu baju dia termasuk baju aku kena muntah.

Sepanjang petang tu, Nur Ikhlas asyik mintak susu. Masalahnya bila aku bagi susu, dia muntah.. bagi makan, dia muntah... dah letih, dia tidur. Sepanjang masa sehingga ke malam. Mengalir air mata aku tengok keadaan dia. Pujuk husband bawak gie klinik mintak air garam. Tengah malam pun keadaan tidak berubah. Malah dia di serang cirit birit pulak. Aku ajak pulak pergi hospital. tapi nenek dia kata tak perlu sebab benda nie biasa kena kat budak-budak. Macam cucunya yang lain. Tapi hati ibu mana yang sanggup tengok anak terkulai layu depan mata.

Pagi esoknya, tengok Nur Ikhlas dah memang tak bermaya... dengan bebelan opah dia, aku paksa juga husband aku bawak pergi hospital. Akhirnya...Nur Ikhlas kena tahan di wad 7D (wad pengasingan) Hospital Klang dengan 3 botol air drip selama 3 hari dua malam akibat kekurangan air dalam badan kesan muntah-muntah dan cirit birit.

Jumaat, 3 Februari 2012

Selamat bercuti panjang!!!


Again... cuti panjang bakal menjelma bermula esok sehingga selasa minggu depan. Untuk warga Putrajaya dan Klang.. sama-samalah kita menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Cuti ni akan sibuk dengan kenduri kendara majlis perkahwinan aroy.. adik ipar aku.

Sambil-sambil tu aku nak ulit si Nur Ikhlas. Semakin manja dan ngada-ngada. Rancang nak bawak dia jumpa doktor nadir ahad nie tapi kena tunda.

Ahad nie kenduri rumah perempuan then ahad depan kenduri rumah mak mertua aku pulak..
so kene tunggu ahad yang free ar sebab dr. nadir just ada hari ahad jer. Kenapa mesti ahad ek?? entah..

Untuk semua sahabat-sahabat.... Marilah kita menghayati pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W sempena Malidul Rasul yang akan menjelma nanti. Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik sepanjang zaman. Rasul yang akan membantu kita di padang myshar nanti.

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................