Isnin, 9 April 2012

Plasma Car - mainan baru Nur Ikhlas

plasma car - mainan baru nur ikhlas
          Plasma car nie baru jer 3 minggu di beli. rasa berbaloi sangat-sangat dari beli basikal!!! Even nur ikhlas yang baru setahun dah boleh naik dan kemudi benda nie.. bukan saja dia boleh naik but aku pun naik sekali.. ayah dia pun kadang-kadang join..

          Ini semua gara-gara aku kena pergi kursus sebulan. Risau nanti Nur Ikhlas takde aktiviti di umah neneknya kat klang so kena cari something yang boleh buat dia busy. Mula-mula masa buat perancangan, ingat better beli basikal.. tapi bila fikir balik lebih baik beli plasma car sebab boleh guna sampai rosak bila-bila. Now, celik jer mata pagi-pagi, si kecik nie terus cari plasma car dia.

          Sebab Nur Ikhlas nie tak kuat kecik lagi so dia still gerakkan plasma car nie pakai kaki. tapi dalam tempoh dua minggu jer dia dah pandai ke depan, ke belakang, buat pusingan, elak rempuh barang. Aku rasa macam membina sangat-sangat daya motor dia. Kini plasma car nie dah jadi rebutan anak-anak buah aku. Kadang-kadang kesian tengok Nur Ikhlas sebab terpaksa beralah pada yang besar-besar. tapi Nur Ikhlas tak kedekut tau!!!.. dia jenis redha jer.. so seharusnya ayah dan ibu dia yang jadi penyelamat supaya dia dapat main balik.

          Lupa nak mention... plasma car nie di beli hasil simpanan dari duit yang datuk dia bagi setiap kali dia balik kampung. Baikkan atuk dia?? Sekali bagi cucu buka seringgit dua tau... Harga Plasma Car nie tak mahal.. kalau di nilai 3 boleh dapat dalam RM 70 dan kalau di GM Klang boleh dapat dalam RM 55 (ini kata orang klang ar...)

          Actually benda nie kena kemudi macam gambar kat bawah nie..


          Ada video cara guna plasma car nie.. tapi disebabkan aku tak leh nak upload so korang-korang boleh lah layari laman web nie kat PLASMACAR.COM

    
          Tapi serius aku cakap... benda nie memang b.e.s.t.!!!

Rabu, 4 April 2012

Harga minyak naik 10 sen?

Sejak dua menjak sibuk memanjang nie .. maklumlah kursus dalam hutan belantara tak dengar langsung khabar berita yang terjadi kat Malaysia. 
Pagi kelas.. petang kelas.. malam kelas... balik bilik letih dah.. terus zzzzzzzzzz..
tiba-tiba
malam tadi member bagi tahu harga minyak RON 97 naik 10 sen mulai 12 tengah malam tadi.
ye ker?
sahih ker???
nak bukak surat khabar online malas :P
Bila harga minyak naik
agak-agaknya harga barang akan naik tak?
heee hee heee
macam tak biasa pulak kan...
Hujung bulan ini,  kalau jadilah ye
Orang gomen akan dapat pelarasan gaji baru + gaji baru.
dan
agak-agak lagi harga barang akan naik tak?
agak-agak je lah ye...

Tak berniat nak merungut... 
tak berniat untuk tidak bersyukur..
namun secara halusnya rasa macam di kejami
tapi inilah hakikatnya
zaman serba maju kan?
maju segala-galanya..

opsss.. nie bukan bicara politik..
ini sekadar luahan hati seorang insan lemah
yang berkorban demi sebuah kemajuan
hope boleh bertahan dan terus bertahan
hope boleh tidur lena malam nie
zzzzzzzzzzzz........
boleh buat request tak?
sekarang nie kan,
aku selalu fikir apa yang aku perlukan..
 Fikir untuk kepentingan diri aku je lah ye.. 
diri aku dan anak-anak
so
what i need?.. what i want?
jawapannya!!

aku perlukan KESTABILAN
rasa SELAMAT kat negara sendiri
rasa BAHAGIA kat negara sendiri

boleh ker???
ada ker orang yang nak layan permintaan kecil ku ini?
maklumlah...
aku hanyalah insan kerdil
tapi sekerdil aku nie
agak-agaknya lah ye
agak-agak je lah
undian aku berharga tak??
hee hee hee
oppssss!!!

Ahad, 1 April 2012

blog ku sepi..

Assalammualaikum...
Pengumuman!!!!!
saya tak dapat update blog 
sebab berkursus selama sebulan 
di sabak bernam!!!
sebulan ok...
S.E.B.U.L.A.N
oh tidak!!!!!

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................