Nak buat N3 khas buat taska baru Ikhlas dan Ilyas lah....
Alhamdullilah dah masuk dua bulan anak-anak ibu berada di taska baru. Jom kita sama-sama review Taska Mamamia di Presint 16, Putrajaya.
Taska Mamamia, Presint 16 |
Setakat N3 ini dititipkan.. ibu sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Walaupun sedikit agak jauh dari taska lama, tapi demi masa depan anak-anak ibu redah juga.
Aktiviti yang dibuat di Taska ini mengikut perkembangan kanak-kanak. Sejak Ikhlas dihantar ke sini, jelas perbezaannya. Ikhlas semakin ceria dan petah bercakap. Tidak kering dengan cerita-cerita setiap kali jemput dia dari Taska. Dah pandai baca doa makan walaupun sedikit berterabur.
Paling latest Ikhlas belajar sembahyang.. Alhamdullilah..
Sayu sebenarnya hati ini nak menyerahkan anak-anak ke tangan orang lain setiap pagi di mana ibu seharusnya menjaga dan membelai anak-anak ibu setiap masa. Lagi-lagi bila dengar kes penderaan di taska.
Namun apakah daya, ada hutang yang perlu dijelaskan.. Insya Allah.. ibu dan ayah sedang berusaha untuk melunaskan segala-galanya. Jika waktunya telah tiba ibu akan dengan rela hati menjaga anak-anak ibu sepenuh masa. doakan Ibu ye sayang.
Doa ibu semoga Allah memelihara keselamatan dan kesihatan anak-anak ibu. Ikhlas dan Ilyas membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..