Isnin, 8 November 2021

TRAGEDI 12 FEBRUARI 2021

Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah maka sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berakal

QS Al Baqoroh : 269

.............................................................................................................................................................


Aku eksiden gaissss..


Begini kisahnya... Hari Jumaat 12 Februari 2021, cuti raya cina. Tengahari tu kononnya nak pergi beli burger baru dari KFC. Nak rasalah dan buat video pasal burger baru tu. So keluarlah aku dan husband dengan menaiki moto. Entah macam mana sampai jalan belakang ini sebelum simpang ke kubur, tiba- tiba keluar satu moto biru secara mengejut dari sebuah kedai. Apa lagi berdentumlah kami.

Sampai sekarang aku boleh ingat rasa melayang tu. Kesan daripada eksident tu husband cedera di kaki kiri.. Bengkak dan luka. Tangan sebelah kiri pun cedera luka. Aku? Patah siku kiri. huu huu huu. itu je kecedaraan aku. yang lain-lain takde. Nasib lah kami pakai helmet. Kalau tak lagi teruk cederanya.

Penunggang moto biru? Selamat tanpa kecederaan sebab sebelum berlanggar dia sempat terjun dari moto. Rasa macam hampeh kan.


gedget81.blogspot.com
Muka menahan kesakitan

Lepas eksiden tu, gie lah klinik swasta sebab fikir ok je. Mungkin terseliuh sikit. Tapi doktor tu suruh ke hospital terus sebab mungkin ada yang patah.

Sampai hospital.. bila di x-ray.. haa tu dia.. Siku yg bucu tu patah.. patah tau.. bukan retak.

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................