"Ilmu yang bermanfaat untuk rakyat digarap daripada hasil pembacaan buku yang bermutu."
- Anwar Ibrahim -
Acara wajib hadir setiap tahun akhirnya tiba.
Tapi tahun ni berbeza sikit. Hanya aku dan Ikhlas je yang pergi dengan menaiki train ke WTCKL. First time ni pergi naik train. Kami macam follow the flow dengan penuh keyakinan sedangkan dalam hati ni dah cuak takut salah naik platform.
Actually boleh je naik Komuter dari Klang ke Putra terus tapi disebabkan KTM tengah baiki landasan so train komuter hanya ada waktu pagi dan petang (waktu pergi dan balik kerja)
Kami pun lenggang kangkung lah ke sana dengan gembiranya.
Ingatkan pergi hari kerja tak berapa ramai orang rupanya tak ye. Punya lah ramai. Penuh dengan budak-budak sekolah. Campur dengan yang datang sendiri. Perghhhh
![]() |
Kita naik dari LRT Subang Jaya |
yang kelakarnya masa pergi naik LRT boleh pula kami turun kat KL Sentral then naik Komuter ke Putra. Sedangkan sebenarnya boleh je kami stop dekat masjid jamek dan tukar train ke PWTC. Aduhh. dah lah masa kat komuter tu tunggu punya lama dia nak gerak. tapi takpe lah. Pengalaman kan. kalau tak tak tahu pun road sebenarnya.
Sampai KL Sentral kami macam lapar dan fikir better makan dulu kat sini sebelum teruskan naik komuter. So kita layan makan kat Rollti . Kami order Chicken Mamba Lada dan Beef Keju Berapi. Alhamdullilah sedap. Kena dengan tekak kami berdua.
![]() |
gambar ihsan. lupa nak snap kedainya |
![]() |
Beef keju berapi Ikhlas punya.. Chicken Mamba Lada aku punya |
Then gerak ke WTCKL.
Macam aku cakap tadi orang punya lah ramai. tapi takdelah sesak sampai nak jalan pun tak boleh. tu padat kan istilahnya.
Sebelum pergi Ikhlas dah tahu nak beli buku apa so kami hanya tuju ke booth yang sepatutnya sahaja. Adalah on the way ke booth tu dok jenguk-jenguk gak gerai yang lain.
Masa jenguk tu, aku jumpalah poskad yang ada. Tak banyak pun yang jual poskad. Boleh lah grab sekeping dua.
![]() |
poskad yang aku grab |
Tahun ni aku tak beli buku. Layan Ikhlas je. Dia siap jadi PS kawan dia ye. Punyalah panjang senarai buku yang kawan dia order. Dia pula dengan baik hati tolong belikan seikhlas hati tanpa minta upah. haihh lah anak. Nasib kawan dia bagi duit dulu.
Aku pun tak faham buku novel anak-anak zaman sekarang ni. Pelik-pelik je judul dia. Takpe kita layankan aje. cuma aku dah warning tengok kandungan buku tu betul-betul. Dah besar sepatutnya dah pandai tapis mana elok mana tidak.
![]() |
The book hunter.. her list of books is so long.. I'm just sitting there. Malas nak tolong cari 😝 |
![]() |
Layankan ajelah cerita diaorang ni. |
![]() |
Dia happy sebab dapat poster ni |
Kalau ikutkan sepatutnya aku pergi KLIBF ni dengan yati. dia nak turun dari kelantan ke sini. Tapi tak jadi sebab ada hal. Lagipun masa tu ASEAN tengah berlangsung. Takpelah aku carilah buku yang dia nak.
Ini pun sama. pelik-pelik je judul buku dia. Genre buku pun berbeza-beza. Buku Gantung 3 keluaran Fixi, Maybe this is love keluaran Iman dan last sekali Karbala keluaran Kawah Buku.
Alhamdullilah semua buku yang di minta ada dan senang jumpa. Semalam kat sana memang jenis nak buku apa terus dapat jumpa booth dia. Tak pening kepala macam sebelum ni. Mungkin sebab kali ni kami study map KLIBF ni kot.
![]() |
Katanya lama dia cari buku ni. Nasib ada |
![]() |
Nanti aku minta dia koleksi ni. nak baca.. malas nak beli |
![]() |
Dia boleh tanya aku best ke idok cerita ni.. mana nak tau.. tak pernah baca 😅 |
![]() |
Faisal Tehrani with Yati's book |