Rabu, 31 Disember 2025

Good Bye 2025


...............................................................................................

so time tu recap yang berlaku sepanjang tahun 2025.

kita mulai dengan first time dalam kehidupan aku berjaya travel ke luar negara. Seriously ketakutan tu memang sangat tinggi. Kalau darah tinggi tu memang dah lama KO. but aku berjaya mengharungi ketakutan itu. Antara pengalaman yang paling berharga dalam kehidupan aku. Aku berterima kasih sangat dengan ko yati sebab berjaya pecahkan prinsip aku untuk tak travel ke luar negara.

Sorry aku tak sempat-sempat nak buat blog berkenaan travel ni. tak tahu bila akan ada. maybe ada maybe takde. tengoklah macam mana

Seterusnya.. tahun ni memang banyak bonding dengan family pergi muzium.  Merata muzium kat Melaka kami masuk dan semestinya Muzium Negara tidak ditinggalkan. Pun sebenarnya salah satu harapan aku untuk bawa anak-anak pergi melawat muzium. Ada lagi plan nak pergi muzium sekitar Selangor tapi tak tercapai lagi sebab masa dan keadaan tidak mengizinkan. Insya Allah kita akan teruskan menjelajah muzium pada tahun akan datang.

ketiga.. julung-julung kalinya tahun ni kami sambut merdeka di Selangor. Kalau Selangor, dia akan sambut malam kemerdekaan. So satu pengalaman baru juga untuk aku dan family untuk lepak dekat Padang Kemerdekaan Shah Alam waktu malam sambil berkelah, tengok perarakan dan konsert. First time juga balik pagi buta sebab konsert habis pukul 2 pagi ok. gile puas hati aku sambutan kali ni. Tahun depan Insya Allah akan ke sana lagi. tapi tak janji. mana tau tiba-tiba hati berubah untuk turun putrajaya balik. 

ini pun tak diblog kan.. aku sibuk sangat ke tahun ni?

keempat.. tahun ni kami dah start main badminton kat court badminton. sebelum ni asyik main kat rumah je. So tahun ni tengok anak-anak dah besar. Berbaloi lah nak bawa. Sebenarnya si kakak yang cadang sebab dia nak rasa main badminton kat court. Kalau ikutkan rasanya dah 4 kali kami pergi. So aktiviti ni boleh disambung lagi untuk tahun hadapan. Insya Allah.

kelima.. first time juga aku pergi konsert ok.. Konsert bukan calang-calang. kat Singapore. Sanggup travel ke sana demi nak tengok G-Dragon!!!. Kerja gile si yati lagi. tapi aku memang have fun sangat. dan pengalaman baru juga macam mana nak handle diri kat negara orang. Nak repeat ke Singapore rasanya tak lah kot. mahal sangat and aku perlukan bidet dalam kehidupan aku.

nak buat story pasal ni tapi still tak buat-buat.. kemalasan aku maybe dah tahap dewa

keenam... I got my second APC (Anugerah Pekerja Cemerlang) dalam perkhidmatan aku selama 21 tahun. Alhamdullilah. Syukur sangat atas rezeki yang Allah bagi ini.

maybe aku akan buat story pasal ni tahun depan. as kenangan. tahun depan lah tapi

ketujuh.. buat julung kalinya aku berjaya menaiki train bersama si kakak ke Pesta Buku Antarabangsa 2025. Walaupun sedikit huru hara tapi aku happy sebab dapat habiskan masa dengan si kakak. I wish aku akan sentiasa dapat habiskan waktu dengan dia even besok-besok dia dah besar dan mempunyai kehidupan sendiri but aku tetap perlukan gegirl time dengan dia. 

ok touching.. huu huuu

kelapan.. Aku jumpa my childhood friend yang hampir 25 tahun tak berjumpa. Hilang macam tu aje dia ye. Satu pertemuan yang sangat nostalgia. Terutama bila aku kenalkan dia kat anak-anak aku. beritahu mereka inilah kawan ibu masa kecil. membesar bersama. Parents dia berkawan dengan parents aku. Bila ayah dia nampak aku then aku bagi tahu yang ayah dah takde, dia menitis air mata. Aku pula terkejut bila tahu yang mak dia baru meninggal raya tahun lepas. Ohh berapa banyaknya kisah kami berdua bazir begitu saja smpai tak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan masing-masing. ruginya.

kesembilan.. yup macam yang korang tahu. Aku mula mengaji start dari iqra. Sekarang dah masuk iqra 5. Lambert sikit sebab lidah terbelit-belit (please don't judge ye coz aku still manusia biasa). Aku akui benda ni memang satu cabaran yang besar buat aku. Bukan cabaran membaca tetapi cabaran istiqomah. banyak betul setan berbisik kat telinga ni supaya malas pergi mengaji. (dah salahkan seten pula haaa haaa) tapi Alhamdullilah untuk 2 bulan ni aku berjaya mengharungi kemalasan itu. Ya Allah kuatkanlah hati aku ini. Korang.. aku still perlukan doa korang ye.

kesepuluh... jeng.. jeng... kejap lagi aku nak gie ambil kereta baru. tambah lagi hutangnya :P 

story kereta baru? Insya Allah

So korang.. walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan korang sepanjang 2025 ini, aku doakan semuanya adalah yang terbaik buat kita. Pengalaman yang mungkin tak akan datang kembali.

namun kehidupan perlu diteruskan kan..

so last word for 2025.. good bye! thank you for being part of the memories

welcome 2026.. will we be good friends?

Ahad, 28 Disember 2025

Hari Anugerah Sek Rendah 2025

 Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"

-Albert Camus-

......................................................................................



Alhamdullilah rezeki untuk si kecik ni.

Tahniah bulan ibu. Teruskan usaha. tolong lah kurangkan main game tu :p

Tinggal dia seketul je nanti kat sekolah rendah

Cepat betul masa berlalu kan.

Sabtu, 27 Disember 2025

Bye Bye KIMIE

 How lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard" 


-A.A. Milne/Winnie the Pooh-

...........................................................................

25.05.2018 - 17.12.2025

17.12.2025 petang, last day Kimie dengan kami. Agak terkejut juga sebab tau-tau dealer kereta sampai rumah. Kejadian tak sampai pun sejam. Aku macam masih belum percaya yang dia dah takde.

Thanks Kimie untuk 7 tahun berbakti pada keluarga kami. Sudi dengar semua luahan aku sepanjang kita bersama-sama mengharungi jem pergi dan balik kerja.

Kita sayang awak sangat. Banyak jasa awak pada kami tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.

InsyaAllah semoga tuan baru akan menjaga awak dengan baik. Amin



Jumaat, 26 Disember 2025

Movie Time - Papa Zola The Movie

 "Lelaki Tidak Bercerita Kecuali Cerita... Papa Zola The Movie"


-Papa Zola The Movie - 

......................................................................................


Movie wajib tengok untuk anak-anak aku.

Tak dapat tiket untuk tayangan hari pertama. tapi tak pelah. bukannya panggung wayang tu lari ke mana kan.

Kita beli tiket hari ke-3. Still full house.

Ada part sedih.. ada part kelakar... ada part bosan.. 

One of my friends tanya.. ok atau tak nak bawa anak dia pergi tengok cerita ni. Sebab abah dia bukan macam Papa Zola (bercerai dan tinggalkan anak macam tu je). Takut anak dia sedih.

Aku cakap terpulang. Jangan ambil yang negatif dalam kehidupan kita 100%. yang bongoknya ayah dia. Maybe kalau tengok cerita itu dia tahu apa sebenarnya tanggungjawab seorang ayah. then he should be like Papa Zola. Berusaha yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak. 

Overall ok. tapi teruja part last. Sapa yang belum tengok boleh stay sampai hujung.. sampaiiiii huuujjjuuungggg tau.

Kalau dah tengok tapi tak stay sampai hujung tak leh buat apa lah.

Markah 9/10 sebab mula cerita agak membosankan . waaakakakaka

Free TGV bagi tapi aku tak tahu untuk apa

Rabu, 10 Disember 2025

Akhirnya... Finally Pistachio Chocolate

“The pistachio: it's just like our politics. When the two sides are divided, that's when the nuts come out.”

- Stephen Colbert -

..........................................................................................................

hiiiii terjebak juga aku beli air Finally Pistachio Chocolate ni. Pengaruh rakan blogger :P


Ok kita dah try test tadi. Ada rasa kacang Pistachio dia dan ditambah pula dengan Brownie Crumble sebagai topping dia. Aku baca, katanya ada rasa berlemak. tapi aku rasa biasa je. Coklat pun biasa. So overall biasa je.

Sedap tapi tak boleh tersenarai dalam air favorite sebab aku memang tak suka Pistachio. So review aku ni tak boleh di ambil kira sangat tau korang. Cuma yang boleh aku cakap kalau aku boleh minum ni, ok lah... sedap

Sayangnya sticker dia dah takde. Tak dapat lah aku koleksi sticker tu.

Khamis, 4 Disember 2025

Selangor International Book Fair 2025 (SIBF 2025)

“Jangan pandang rendah seketul isi yang digelar hati. Kau bagilah amaran macam mana pun, kalau hati dah menyuruh, tak akan berhenti.”

- LAGA PUJANGGA -

..................................................................................................



Ahad hari tu aku ke  2025. Second time dia buat dekat Setia City Convention Center2, Shah Alam. Aku lagi suka Selangor buat kat sini dari yang sebelumya masa kat MBSA Convention Center.

Sini tempat dia luas. Booth pun tersusun. Tempat makan pun luas. Parking Alhamdullilah ada.

yang pernah pergi masa kat MBSA tu tau lah.. kawasan dia sempit.. berterabur pula. parking... jangan cakaplah.. memusing berkali-kali. Masa tahun 2023, aku pergi berpusing-pusing cari parking. Ada parkingnya tapi kebanyakkan kenderaan vendor. Untuk pelawat mmg sikit. last-last aku balik je. Sedih


Si Ikhlas ni yang ajak pergi. Ikutkan aku dah tak mau beli buku dah. Last month beli 2 buku pun belum baca lagi. Buku yang beli masa kat Jakarta pun ada 4 belum buka plastik.

Abahnya pun sama.. banyak lagi tak baca :P

Kami gie lah juga sebab Ikhlas suka baca buku. Dalam otak dok fikir pergi ni cuma nak cukupkan langkah dengan cuci mata je. Tapi bila sampai sana. Allah... dugaan sungguh. Aku ni kuatkan lah iman agar tak terbeli lagi.

Alhamdullilah kami laki bini berjaya menahan diri. huuu huuuu


Ini lah hasil tangkapan Ikhlas.. Dia ni suka genre misteri-misteri je. Kalau yang kisah cinta-cintun macam buku ibu dia memang dia tak pandang.

Berpusing-pusing dok cari buku karya Osman Deen. Gie search kat IG tak pula dia mention booth no berapa. Nasib lah akhirnya jumpa.

Rozanna tu dia baru berkenalan. Pandai abang yang jual tu berkata-kata. Akhirnya duit ibu dia juga yang terbang. huu huu

Ada lagi satu penulis Syafiq Aizat bawah terbitan Fixi. tapi kali ni tak terpegi pula booth dia. Nasib.. sebab baru je berhabis ratusan beli karya dia masa Karangkarf buat jualan ari tu.

Selasa, 2 Disember 2025

Permulaan satu perubahan.. mungkin?

"Indeed, Allah is with those who are patient." 
- Quran (8:46) -
..................................................................................................



 

Permulaannya adalah untuk mencari tempat-tempat yang buat usrah. Dia macam dah sampai satu detik macam nak tambah ilmu di dada. tapi kat masjid rumah ni usrah untuk wanita hanya ada hari Isnin dan Selasa pagi. Sayangnya...

Then serach kat FB perumahan.

ok ada kelas ngaji. why not kita join sebab i pun bukan yang rajin sangat mengaji. Dia semacam kemalasan yang tinggi bila sorang-sorang.

Kalau ada kelas, kita kena gigih juga pergi.

Call ustazah then request nak start balik dari Iqra. why.. saja nak betulkan balik bacaan. panjang.. pendek.. dengung.. tak dengung.. cam tu lah

First day, ustazah kasi test.. then dia terus minta kita lompat iqra 4. hee hee.

Alhamdullilah sebulan dah berlalu. so sekarang masa malam i dah kurang tengok tik tok.. yeyeye

Doakan i istiqomah ye. amin 

Selamat Tahun Baru 2026 korang!!!

A hoarder is someone with Hoarding Disorder, a mental health condition marked by a compulsive need to acquire and keep excessive amounts of ...