Assalammualaikum...
Alhamdullilah aku dapat jawatan baru W27 Penolong Akauntan. so sekarang aku kerja di Bahagian Pengurusan Audit Dalam JANM, Putrajaya.
Suasana kat sini ok lh tapi gak membosankan. Tak seceria di tempat-tempat lama. mungkin sebab aku baru lagi so tak ramai yang aku kenal.
Hujung minggu nie aku akan berpindah rumah ke Bandar Saujana Putra. belum tahu macam mana keadaan di sana. agak risau sebenarnya dengan suasana baru, tapi aku kena tabahkan hati sebab aku perlu menjadi penyokong suami.
Insya Allah, Allah akan permudahkan urusan aku dan suami. amin
deq'su
Selasa, 2 November 2010
Khamis, 9 September 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Alhamdullilah esok 1 syawal bersamaan 10.10.2010, kita akan menyambut hari lembaran.
Semoga puasa pada tahun ini lebih baik dari puasa tahun lepas. Aku doakan semua umat islam akan terus bersatu dan memperjuangkan islam sehingga ke titisan darah terakhir. Amin
Dengan tulus ikhlas, aku memohon maaf sekiranya telah terkasar bahasa dan menguris perasaan sesiapa yang mengenali aku secara langsung atau tidak langsung.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Deq'su
09/09/2010

Rabu, 11 Ogos 2010
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Alhamdullilah berjumpa lagi kita di bulan yang mulia ini. Tahun nie agak berlainan kerana aku berpuasa bersama anak yang masih di dalam kandungan.
Cabaran memang tinggi. Walaupun baru setengah hari berpuasa tapi keletihannya sangat-sangat terasa. Insya- Allah, aku akan cuba berpuasa selama sebulan. Mungkin agak sukar sebab sekarang nie aku payah untuk makan dan selalu muntah-muntah tapi aku akan berusaha. Cayok!!
Kepada semua teman-teman aku mengucapkan selamat berpuasa. Semoga bulan puasa ini akan memberikan kita kesabaran yang tinggi. amin
deq'su
1 Ramadhan 1431
11/08/2010

Rabu, 14 April 2010
Cuti - Sakit Kepala
Malam tadi aku terima khabar gembira dari Kak Liza. maybe dia mengandung. Alhamdullialh.. tapi yang tak seronoknya dia boleh kata tak nak baby tu??? pelikkan? bila insan yang benar-benar mahukan anak tak dapat tapi orang yang tak nak anak selalu sahaja dapat. Kuasa Allah, hanya Dia yang mengetahui segla-galanya..
p/s : Patutlah aku pening dari pagi semalam. Tak tahan rasanya. ilmu mak dah turun pada aku kot... hee hee

Jumaat, 2 April 2010
life must go on
Assalamualaikum.
Pelbagai perkara menarik dan tidak menarik berlaku sepanjang bulan Mac lalu. Akibat kekangan masa dan ketiadaan internet menyebabkan aku tidak sempat untuk meng upload sebarang cerita.
Cerita 1
Hari ni, berita kematian Din Beramboi menjadi isu hangat di perkatakan oleh pihak media. Din beramboi, seorang pelawak dan pengacara popular meninggal dunia pada pukul 12.30 malam tadi akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan hati dan paru-paru beliau gagal berfungsi. Ucapan takziah buat keluarga beliau
Cerita 2
Sejak awal tahun sehingga kini, aku dan suami sering berbicara tentang kematian, kiamat, dajal dan yakjut makjut. Pencarian ilmu dan penyelidikan dan satu buku ke satu buku. penerangan dari orang perseorangan dan carian di Internet, menemukan kami dengan pelbagai sumber yang menceritakan tentang akhir zaman.Terlalu besar dugaan dan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh umat islam di akhir zaman. terutama dugaan dengan diri sendiri. Mampukah aku bertahan dan mempertahankan keimanan ini? aku mohon pertunjuk dari Allah. hanya Allah sahaja yang akan melindungi aku dari kesesatan yang nyata.
Cerita 3
Dengan banyaknya berzikir, aku semakin hari semakin dapat mengawal sifat panas baran ku. Hanya dengan mengingati Allah dapat mengurangkan stress dalam hidupku. Ajar yang paling baik aku terima selepas sedikit selisih faham antara aku dan En Azmi. Aku berharap dan aku berdoa semoga ketenangan yang aku cari menemukan aku dengan kebesaran islam sebagai agama yang paling unggul. Dengan terjadinya selisih faham ini juga aku dapat kenal yang mana kawan yang mana lawan. Islam menyuruh aku memilih kawan yang baik, kawan yang dapat membawa aku ke arah kebaikan. Insya Allah, aku akan ketemu kawan yang benar-benar jujur denganku.
Cerita 4
Tanggungjawab aku membahagikan kedua ibu bapaku. Mak berhajat untuk membesarkan sedikit rumah di kampung. walapun aku rasa hajatnya itu tidak terlalu penting namun aku ikutkan sahaja. Walaupun sebenarnya peruntukan untuk penyelenggaraan itu tidak dapat aku sediakan secukpnya namun aku masih berusaha untuk menyediakan yang tebaik buat ibuku. biarlah dia bahagia kerana telah bertahun-tahun dia menanggung keperitan membesarkan aku dan anak-anaknya yang lain. Semoga Allah memberikan aku yang terbaik dalam menyelesaikan masalah ini. Insya- Allah akan ada rezeki juga buatku. doa dari seorang ibu. aku mendoakan ibuku akan menemukan kebahagiaan dalam hidupnya dunia dan akhirat. amin
deq'su
02/04/2010

Ahad, 28 Februari 2010
Karnival Jom Heboh, Stadium Bukit Jalil
Tarikh : 27 - 28 Februari 2010
Tempat : Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Actually, suami aku menghadiri Kursus Pengenalan Adobe Fhotoshop di Kolej Komuniti, Kuala Langat dengan cikgu Mail dan Intan PKG. Tak tahu kenapa pagi sabtu Intan sms kata tak dapat join. so aku dengan gembiranya pun gantilah tempat dia.
Pada mulanya aku agak risau bila dapat tau Intan pergi kursus tu dengan Asmad. cemburu aku bila fikir Intan akan duduk sebelah pemandu. Ahh.. ini tak boleh jadi.. aku mintaklah Asmad suruh Intan duduk belakang. Ada ke patut Asmad gelak aje?? Nasib baik Intan tak jadi pergi.heee heee heee. isteri mana yangtak cemburu oiii... walaupun perempuan yang laki dia bawak tak lah cantik mana... adeh!!
Kelas habis pukul 3.30 petang. Kami menuju ke rumah Cikgu Mail untuk ambil kemera beliau. Tinggalkan kelisa kat rumah dia and naik kereta Cikgu Mail menuju ke Stadium.
Jalan tak berapa sesak sangat. so cepatlah kami sampai. suasana di Karnival itu tak berapa meriah seperti yang aku pergi tahun lepas. gerainya pun tak berapa banyak.. Konsert mini pun takde.. agak bosan jugaklah.
so aku suruh Asmad snap satu gambar sahaja...

Tapi tahun nie ada kelainan jugak dimana aku dan Asmad berjaya menghabiskan duit sebanyak RM 30 untuk membeli jajan.. heee heee satu beg barangan maggi, satu beg barangan mamee dan satu beg barangan Jacker..

deq'su
28/02/2010

Ahad, 21 Februari 2010
Masjid Besi & Festival WOW, Putrajaya
20/02/2010
Actually, tujuan aku dan suami ke Putrajaya adalah untuk memeriahkan Festival WOW, Putrajaya yang berlangsung pada hari tersebut. Kami bergerak menuju ke Putrajaya pada pukul 5.30 petang setelah selesai solat asar dan makan petang di rumah. Perjalanan hanya mengambil masa 30-40 minit sahaja melalui lebuh raya utara-selatan dengan kadar tol RM 3.90 sehala. (dari tol Ebor ke tol Putrajaya)
Sampai di sana, cuaca agak panas tapi hujan renyai-renyai. Sampai di tapak karnival, terdapat gerai-gerai jualan barang dan makanan. Menariknya Festival ini terdapat acara belon udara panas. Namun aku sedikit hampa kerana belon tersebut tidak dinaikkan. Mungkin cuaca hujan yang tidak mengizikan.
Perut yang agak lapar minta untuk diisi mengerakkan kaki kami menju ke gerai makanan. Macam-macam makanan dijual. KFC bergerak pun ada juga. Suami aku macam biasa bila nampak gerai sup di situlah dia singgah. So menu petang pada hari ini adalah bihun sup dan teh tarik. Kami makan di gerai tersebut sambil menunggu kedatangan Cikgu Mail.
Dalam pukul 6.30 petang, cikgu mail pun sampai...nasib baik rumahnya dekat so takdelah kami perlu menunggu lama. Borak-borak kejap sambil menghabiskan makanan, asmad sempat mengambil beberapa gambar.
p/s: makanan dia tak sedap langsung.... :(
Langkah seterusnya menuju ke Masjid Besi, Putarajaya untuk solat maghrib. Kami berjalan kaki ke masjid tersebut sambil meng'shoot' beberapa tempat menarik. Malangnya aku tidak dapat mengambil gambar sakan sebab bakteri limited...
p/s: heee heee heee lupa nak charge ar....
Seni binaan masjid ini memang cantik. Masjid nie besar sangat.So aku dapatlah snap beberapa gambar walaupun bakteri hampir 'kong'. heee heee
Masuk jer masjid nie memang aku rasa macam gah sangat. Sampai tak tahu mana satu pintu masuk nak ke ruangan solat. Rupa-rupanya kena naik tingkat atas. Masjid ini walaupun nampak besar dari luar namun sebenarnya ruangan solatnya agak kecil. Masuk sahaja sudah nampak air pancut di ruangan hadapan. Masjid ini agak sejuk mungkin kerana binaannya yang berasaskan besi.
Firts time datang sini aku jadi sesat. tak jumpa tempat untuk mengambil wuduk... hee heee tempat wuduknya kena turun bawah rupanya. emm... jauh betul perjalanan. tapi tempat wuduknya memang mesra alam.
Pandai tak pandainya aku, kali ini terlupa pula untuk membawa telekung sendiri. Terpaksalah aku menanti telekung yang limited edition... so terlepaslah aku untuk solat berjemaah. ralat sangat-sangat. Habis solat asmad dan cikgu mail memulakan experiment mengambil gambar di dalam masjid. aku apa lagi... i follow u... tapi sedih sebab bakteri kemera aku habis.. so takdelah gambar yang dapat aku post kat sini.
Satu situasi dimana sedang syok-syok ambil gambar, tiba-tiba datang 2 orang mamat (mungkin orang negro kot) nak minta asmad ambilkan gambar mereka. konon-konon nak email kat family di sana.. asmad pun layankan ajer.. heee heee. Aku dengan cikgu mail pun gelakkan ajer. tiba-tiba jugak datang seorang mamat dok usha kitaorang. ingatkan berminat dengan fotografi, rupa-rupanya si shahmiezan... kecilnya dunia.....
Pukul 8.30 malam, kami bergerak ke tapak festival untuk tengok konsert dengan menumpang kereta shahmiezan. Sampai sana tengok ada belon udara panas. syok ar.. macam teringin nak naik pulak. tapi aku gayat... macam mana????? so layankan ajer...
Konsert kali nie aku dapat duduk bawah kehmah VVIP... best tak best lah.. asmad dan cikgu mail pulak macam teruja sangat dapat amik gambar kat bahagian media. VVIP betul kitaorang. inilah rezeki yang tuhan bagi...
artis yang ada.. Aizat, Qaub AF7, Aishah AF7, Misha Omar, M.Nasir, Jamal Abdillah dan Ella. Persembahan best tak best ar.. tapi yang paling best persembahan Ella. memang rock habis. bawak sampai 4 lagu. memang gilezz.. tengah syok-syok tengok persembahan, aku ternampak kawan aku.. cheh si baragas rupanya.. oooo... urusetia amik gambar..
Penutup dipenuhi dengan acara bunga api.. aku pulak yang jadi teruja sangat-sangat. Maklumlah first time tengok bunga api depan mata. heee heee kesian kan?? memang cantik dan memang dahsyat!!!
so masa nak balik aku pun jumpa lah dengan si baragas nie. konon nak bertegur sapa lah.... tapi hampeh!!! berlagak betul!!! tak pe tak pe aku tak heran sangat dengan dia tu. memang perangai dia dari dulu macam tu tak ubah-ubah. Asmad pun kata masa time amik gambar kat depan stage pun dia poyo sangat. Orang media yang profesional tu pun cool ajer...
sebelum balik rumah, kami singgah makan roti john kat kedai.. kenyang kejap.. balik rumah sampai pukul 1.30 pagi.. pukul 3.45 pagi baru aku boleh tido..zzzzzzzz
deq'su
21/02/2010

Langgan:
Catatan (Atom)
Wordless Wednesday #17
dia macam malas nak fikir semua benda dah. dah letih.. penat.. hidup nak tenang-tenang jer

-
“Happiness is being the creator of your experience, choosing to take pleasure in what you have, right now, regardless of the circumstances,...
-
“If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” Michele Ruiz .......................................
-
"You can never quit. Winners never quit, and quitters never win." - Ted Turner - ....................................................