Rabu, 6 Januari 2021

Hiking Setia Alam Community Trail - Bukit Sapu Tangan - Mirror Lake (18/12/2020)

 “If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” 

Michele Ruiz

.............................................................................................................................................

Gile.. memang kerja gile.. 

Last aku datang Setia Alam Community Trail ni lebih kurang setahun yang lalu dengan Ikhlas. Tapi masa tu aku ikut trail ke Setia Alam Community Trail je. so jarak perjalanan kami cuma mengambil masa 3 jam lebih.

Last naik dengan Ikhlas - 6/01/2019

Tapiiiiiiii.. yang kali ni memang tak boleh hadam macam mana aku begitu tabah menghadapi turun naik bukit banyak kali selama 6 jam. 6 Jam hiking beb.. dah lah tak fit.. dengan lama tak workout. memang mengundang lah kan. Mental koyak gile.

Last khamis member ajak gie hiking ke bukit sapu tangan, shah alam. Aku pun dengan penuh confident cakap ok on kalau malam sabtu tak hujan.

Alhamdullilah. Hari jumaat tak hujan dam malam tu pun tak hujan juga.

Awal-awal member dah bagi tahu yang hiking ni mengambil masa dalam 6 jam lebih. so dia tak galakkan bawa anak. Aku ok kan aje. Pagi-pagi keluar, letak kereta kat MCD then naik kereta dia.

Masa dia on waze, aku dah confius. Kata nak hiking bukit sapu tapi kenapa ikut map nak ke setia alam. Aku pun dalam hati macam oooo hiking setia alam tu kot. tak kan lah amik masa sampai 6 jam sebab aku gie dulu 3 jam je. itu pun naik slow and steady.

Rupa-rupanya selain ikut shah alam, kita boleh ikut setia alam juga untuk ke bukit sapu tangan. Ok.. ok dah faham.



Start hiking pukul 7.40 pagi dari setia alam. Tempat pertama kami tuju adalah ke bukit sapu tangan. Trek dia agak mencabar sebab kita macam kena naik turun.. naik turun bukit. dan ada sesetengah tempat tu memang agak curam dan agak pacak.

Mungkin disebabkan sebelum-sebelum ini hujan turun, trek agak licin dan berlumpur. So memang kena extra berhati-hati. Tak banyak gambar dalam perjalanan sebab hp memang aku simpan kemas dalam beg. ye lah mana nak pegang pokok dan tali.. mana nak pegang hp kan..




Gambar ni betul-betul lepas sampai bukit sapu tangan. Sampai je aku terus duduk. Penat giler wei


Sampai bukit sapu tangan dalam pukul 9.50 pagi. Lepak jap kat situ sambil bergambar. Tak banyak gambar yang aku ambil. Penat giler.. nak posing pun tak larat. Aku just tumpang pakai hp canggih member je haa haa. Masa ni dalam hati memang macam nak angkat bendera putih dah. tak mahu ikut gie tasik cermin. Tapi tak kan aku nak tinggal sorang-sorang kan. mahunya sesat nanti.

Next nya ke tasik cermin pula. Aku dah start slow sangat-sangat masa ni. sebab tak larat dengan trek yang sangat licin. Dua member aku jatuh terduduk masa nak turun tempat yang curam. Lagi aku cuak. Dalam sejam lepas tu kami pun sampai kat tasik cermin.








Tenang je tasik ni. cantik pemandangan dia. tapi sebab aku bukannya pandai sangat bergambar so itu je hasil yang terbaik yang boleh aku buat. :P 

Again.. lepas santai-santai kat sini tiba lah masa untuk pulang ke pangkal jalan. 10 langkah permulaan aku ok tapi masuk langkah ke sebelas aku dah mental down. Jauh sangat rasanya nak balik. Memang mental aku betul-betul koyak rabak. Jalan beberapa langkah peluk pokok.. jalan beberapa langkah peluk pokok lagi. Masa ni kaki dah start gigil. Jari-jari kaki dah sakit. Peha jangan cakap lah. Time ni aku dan member diam seribu bahasa. Fokus pada trek dan fokus nak balik je.

Balik memang mengambil masa yang lama. Bila dicongak-congak adalah dalam 2 jam lebih. Nak dijadikan cerita.. boleh pulak time hiking ni datang period. Serius krem perut. Itu juga salah satu sebab aku slow selain keadaan aku yang tak fit dan trek yang licin. Memang langkah aku slow sangat dan banyak kali berhenti.

Dalam tempoh 6 jam tu aku sempat ambil snek coklat sebungkus, pisang sebiji dan 2 Waterlyte Electrolyte Jelly untuk mengelakkan aku terlalu dehydration.. 

Otot aku mengambil masa 3 hari untuk pulih. Dalam tempoh 3 hari tu, salonpas spray adalah sahabat baik aku termasuk nur ikhlas yang sudi menyapu minyak panas setiap malam :P


Sahabat baik

Menyesal? Tak lah. maybe aku akan naik lagi ke sini tapi sebelum tu aku kena fitkan badan lah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................