Hari nie rezeki murah sangat. Pagi tadi bacaan Yassin, ada makanan. Tengahari Pengarah belanja makan nasi briani. Alhamdullilah.
Esok Insya Allah, nak balik rembau ambil mak ngan ayah. duduk kat umah aku seminggu. Next week nak pergi batu berangkai, kenduri kahwin adik abang ngah.
Macam rasa nak cuti isnin nie.. nak melawat dian nathrah.. Hati aku sayu sangat bila mengenangkan dian. Aku selalu baca dalam blog orang lain pasal hal anak mereka. Semua cerita sedih. Dilanda dugaan yang hebat. Anak sekecil itu menaggung derita yang aku sendiri belum tentu dapat menghadapinya. Memang sedih sangat-sangat. Aku doakan yang terbaik buat mereka.
Selalu aku berdoa mohon Allah memberi kesihatan buat Nur Ikhlas. Sebab aku bukan seorang ibu yang kuat dan aku tak mampu untuk menghadapi dugaan yang begitu besar.
Bila aku tengok anak-anak ini, aku insaf sangat-sangat. Selalu aku mengeluh bila di dalam kesukaran tapi aku tak sedar yang sebenarnya ada lagi yang lebih sukar hidupnya dari aku.
Ye.. aku bukan tergolong dalam golongan yang kaya.. sederhana pun bukan. hidup aku sekeluarga sukar. Dah terlalu banyak air mata yang mengalir. Dulu aku tak suka dengan ketentuan Allah ini. Namun, bila semakin besar.. aku menilai dari sudut yang berbeza.
Dugaan yang Allah beri pada aku cumalah sedikit sangat dan aku sebagai hambaNya begitu kurang ajar mempersoalkan hukum Allah. Betapa jahilnya aku. betapa tidak mengenang budi.
Insya Allah aku akan belajar dari kesilapan ini.
Buat dian natrah.. tak banyak yang dapat auntie bantu kamu sayang.. auntie tak sanggup nak tengok dian hadapi semua itu. rawatan kimo.. dengan jarum yang banyak.. hari-hari auntie ingat kat dian. Nampak Nur Ikhlas teringat kat dian. Tengok mama dian, auntie sedih sangat. Auntie tahu kawan auntie susah nak dapatkan dian dan bila dian hadir dalam hidupnya, dia terpaksa menhadapi kemungkinan kehilangan dian. Auntie mohon pada Allah, kalau di takdirkan dian melihat dunia ini dengan lebih lama maka sembuhkan dian tapi kalau kehidupan itu akan menyebabkan dian derita berikanlah jalan yang terbaik buat dian. Auntie juga tahu yang mama dian tabah sangat. Walaupun dia sebenarnya seorang yang lurus bendul dan baik hati. dia kuat gelak dan kelam kabut tapi dia ibu yang sangat cantik.
Dian kene kuat sebab nanti dian boleh main dengan Nur Ikhlas kan.. Auntie sayang dian selalu.
Jumaat, 18 November 2011
Selasa, 15 November 2011
Dinner @ Puteri Garden, Klang
Aku ada dinner dekat Hotel Puteri Garden, Klang !!!
Macam best je kan.. kan..
sorilah
dah hampir setahun lebih tak makan kat hotel
macam excited sangat
huu huu huu
Dah lama duduk kat klang
tapi baru sekarang dapat pergi sana
school husband aku buat makan-makan kat hotel nie
so dapatlah menempel sikit
kalau tak jangan harap lah
alangkah....
Dengar kata makanan kat sana sedap-sedap!!
ok.. ok..
Malam nie aku akan cuba merasa
SEMUA
makanan yang ada
boleh ker???
hee heee
tak boleh ar..
tangki aku kecik jer
First time bawak Nur Ikhlas gie dinner nie
harap-harap dia stay cool and happy!
Nur Ikhlas jangan nagis-nagis tau..
ibu ngan ayah nak makan nie..
kalau ada ais krim ibu bagi ye
muah.. muah..
kalau sesat memang biol ar..
Isnin, 14 November 2011
Munculnya gigi Nur Ikhlas
Nampak tak gigi Nur Ikhlas??13.11.2011
pertama kali aku nampak kemunculan gigi sulung nur ikhlas
bahagian depan belah atas..
sekarang dengan jelas gigi itu telah keluar
sangat besar dan sangat menakutkan ibunya
takut sebab nanti dia gigit puting ibunya
hee heee

dah pandai bergaya
asal hala kemera kat dia
siap posing lagi
huu huu
Sekarang dah boleh tinggal kat ruang tamu sorang-sorang
dah tak nagis
so senang sikit nak buat keje
tapi kalau tengok dia senyap semacam
baik cepat-cepat tengok dia
mesti ada benda 'nakal' dia buat
pagi tadi hampir-hampir
cermin mata ibu nak dikopak Nur Ikhlas
alangkah...
Ahad, 13 November 2011
Greyson Chance Perfoming on AIM featuring Najwa Latif LIVE in Malaysia
hee heee
alkisah sebenarnya baru tengok AIM pagi tadi
maklumlah umah takde astro..
ok dan takdelah bosan sangat
coz pengacaranya
AC mizal ngan Zizan
best dan ada chemistry..
Dalam banyak-banyak persembahan
aku paling suka persembahan
Najwa Latif dan Greyson Chance
Sebab suka
so
aku upload dalam blog nie
thanks pada yang muat turun
video nie dalam you tube
heee heee
macam nak jatuh cinta pulak
kat vokal Greyson Chance..
Vokal Najwa Latif pun boleh tahan ar
maybe sebab budak baru so macam kaku sikit atas pentas
tapi still ok
boleh diasah lagi...
Jumaat, 11 November 2011
11.11.2011
ok.. ok..
macam acara wajib jer
kene buat N3 pasal tarikh hari nie..
aku bukannya pakar bab tarikh-tarikh best nie
kadang-kadang
tarikh semasa pun aku boleh lupa
heee hee
Best sangat ker
11.11.2011
nie..
ada yang nak kahwin pada hari ni
ada yang sanggup buat pembedahan
untuk lahirkan anak pada hari ni
macam-macam lah..
bagi aku
tak penting pun
sebab akhirnya aku akan lupa...
haaa haaa haa
sebab tak nak kecilkan hati orang
aku terpaksa set tarikh-tarikh penting
dalam handphone
biar hp aku jer yang tolong ingat kan
alangkah....
Wajah Nur Ikhlas baru bangun tido pagi tadiKalau dapat family macam family aku
hampeh jer nak ingat tarikh
tak kira ar..
tarikh lahir ker
tarikh anniversery ker..
buat dek jer diaorang
terutama husband tercinta
takder nye tersimpan dalam memori dia
huu huu huu
janji semangat kekeluargaan erat dan kukuh..
opsss..
nie bukan nak kondem sapa-sapa ek
just catatan seorang wanita yang dok fikir
apakah kepentingan
11.11.11?
????
Rabu, 9 November 2011
The book "Understanding Women"
Dah lama aku berhenti berpuitis..
Bakat aku dah tumpul..
untuk mengasahnya balik... aduh macam malas sangat!!
Bila bercakap pasal puitis..aku teringat sahabat lama.
Noor Bazura namanya
Rindu sangat aku padanya
Hampir 12 tahun berjauhan. lamakan.
entah dimana dia sekarang.
bukannya aku tidak boleh jejak dia di FB cuma status 'melarikan diri' masih berkuasa dalam hidup aku.
Uya sangat suka berpuisi.
Sangat suka menulis cerpen.
sangat suka bermadah pujangga.
buku tahunan kami penuh dengan hasil nurkilan beliau.
bermula pada tingkatan 2,
aku mengenali dia sehingga penghujung SPM.
kami berlumba-lumba bersaing.
Dan dia masih yang terbaik.
Rindu pada dia menyebabkan aku juga rindu pada wanie..
sahabat aku yang sangat lembut.
putih melepak
manja
tabah
lurus bendul.
kami bertiga satu kelas..
terpisah bila mengikuti aliran yang berlainan.
Bila teringat mereka juga
menyebabkan aku teringat pada Safrin..
(ok... ok... off record)
Aku harap mereka sihat sejahtera.
Sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Selasa, 8 November 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
-
yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...
-
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...
-
"Try to be a rainbow in someone else's cloud," - Maya Angelou - .................................................................




