Isnin, 20 Februari 2012

Cara budak dah sihat makan

Lepas keluar dari hospital hari tu... dekat seminggu jugak budak kecik nie boikot makan dan minum. Maybe trauma di hospital masih belum reda. Iyalah every 30 minit di paksa minum. Balik jer terus merajuk tak nak makan.. tak nak minum. Susu pun tak pandang.. Sampai orang taska kata badan dia dah ringan sangat. 

Kat umah pulak asyik nak melekat kat mak dia je. Dok selak-selak baju mak dia pastu tersengeh-sengeh. Nasib baik dapat ibu mithali.. hee hee hee ye ker? tak per lah hak dia aku bagi je lah.. sampai 2 tahun jer tau..

Then aku paksa sikit-sikit bagi makan. Sua apa saje yang dia mintak. Dan paling menjadi pilihan di hati dia adalah COKLAT!!! aku layankan ajer janji dia nak makan. 

Bila dah ok sekarang nie, aku pulak risau sebab memanjang je nak makan!!! adeh.. hee hee ok.. ok.. Nur Ikhlas boleh makan banyak-banyak dengan syarat... cepat jalan! ibu dah tak larat nak dukung dah nie..








Jumaat, 17 Februari 2012

Musim sakit - story 2


Permulaan di serang cirit birit dan muntah-muntah
Tidur jer sehari suntuk
Berat Badan dia turun 400 gram dalam tempoh sehari!
 

Tengok gambar nie sayu jer hati ibu...


Dah start tak mau makan tak mau minum
 

Benda yang kat tangan tu yang selalu di dengki.. Asyik nak cabut jer..
Penat sebab kena paksa minum every 30 minit
Sepatutnya malam ke dua dah boleh keluar tapi sebab demam kena tahan balik..
Sebelum discaj.. Dah ok cuma cirit ada sikit-sikit

Musim sakit - story 1

Selamat pagi... pagi-pagi nie update blog agak-agaknya ada yang tersentap lagi tak?? haaa haa haaa

Dua minggu menyepi? bukan sebab membawa diri ok.. Dua minggu kami sekeluarga di landa masalah kesihatan. Demam, selsema, batuk, cirit birit, muntah-muntah... berselang seli.. berjangkit-jangkit.

Alkisahnya, minggu lepas family husband sibuk dengan kenduri kendara majlis perkahwinan adik bongsu dia. Aku pun dok menyibuk jugak ar.. sibuk jaga Nur Ikhlas.. hee hee hee.. Pagi sabtu (04/02/2012) aku tak nampak apa yang pelik pada si kecik nie. Makan memang banyak sangat. Mood nak makan dia datang so aku layankan ajer. Habis dua biji limau mandrin.. 4 biji pisang dia makan. tambah nasi lagi. hebat tak?? aku risau gak.. tapi sepanjang hari tu aku tak nampak pun perut dia meragam. Sihat dan aktif seperti biasa. Bila malam dia nak susu aku pun bagi lah... tak sampai berapa minit lepas menyusu, dia muntah. aku cuak kejap. maybe dia tak cendawa so dia jadi mual. tengah malam pun begitu tapi aku tengok dia relak jer tido balik.

Esoknya.. dok sibuk-sibuk siap nak pergi menghantar ke rumah pengantin perempuan, Nur Ikhlas sibuk-sibuk nak makan. Aku pun bagi lah makan nasi impit. siap cecah kuah kacang tapi sikit jer buat perasa. Makan memang tak ingat. Aku fikir budak nak membesar tak kan aku nak tahan-tahan makan dia kan? ye ker?

Sampai rumah pengantin memang tengah panas terik. Si kecik nie tabiat dia memang tak suka pakai topi. tak suka kepala dia ada benda. Nak tak nak aku redah jer lah kepanasan itu. Orang lain sibuk makan kat tempat vvip, aku sibuk buat rumah orang macam rumah sendiri. Siap mengadap kipas. Ayah dia memang dah awal-awal kene jadi photografer, jadi sibuk memanjang. Mungkin kepanasan, Nur Ikhlas asyik nak minum aje. Minum susu.. minum air masak..  Lebih kurang sejam kat rumah pengantin perempuan on the way nak balik tiba-tiba Nur Ikhlas boleh muntah. Banyak sangat!! macam air paip. Aku jadi cuak giler. Habis satu baju dia termasuk baju aku kena muntah.

Sepanjang petang tu, Nur Ikhlas asyik mintak susu. Masalahnya bila aku bagi susu, dia muntah.. bagi makan, dia muntah... dah letih, dia tidur. Sepanjang masa sehingga ke malam. Mengalir air mata aku tengok keadaan dia. Pujuk husband bawak gie klinik mintak air garam. Tengah malam pun keadaan tidak berubah. Malah dia di serang cirit birit pulak. Aku ajak pulak pergi hospital. tapi nenek dia kata tak perlu sebab benda nie biasa kena kat budak-budak. Macam cucunya yang lain. Tapi hati ibu mana yang sanggup tengok anak terkulai layu depan mata.

Pagi esoknya, tengok Nur Ikhlas dah memang tak bermaya... dengan bebelan opah dia, aku paksa juga husband aku bawak pergi hospital. Akhirnya...Nur Ikhlas kena tahan di wad 7D (wad pengasingan) Hospital Klang dengan 3 botol air drip selama 3 hari dua malam akibat kekurangan air dalam badan kesan muntah-muntah dan cirit birit.

Jumaat, 3 Februari 2012

Selamat bercuti panjang!!!


Again... cuti panjang bakal menjelma bermula esok sehingga selasa minggu depan. Untuk warga Putrajaya dan Klang.. sama-samalah kita menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Cuti ni akan sibuk dengan kenduri kendara majlis perkahwinan aroy.. adik ipar aku.

Sambil-sambil tu aku nak ulit si Nur Ikhlas. Semakin manja dan ngada-ngada. Rancang nak bawak dia jumpa doktor nadir ahad nie tapi kena tunda.

Ahad nie kenduri rumah perempuan then ahad depan kenduri rumah mak mertua aku pulak..
so kene tunggu ahad yang free ar sebab dr. nadir just ada hari ahad jer. Kenapa mesti ahad ek?? entah..

Untuk semua sahabat-sahabat.... Marilah kita menghayati pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W sempena Malidul Rasul yang akan menjelma nanti. Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik sepanjang zaman. Rasul yang akan membantu kita di padang myshar nanti.

Selasa, 31 Januari 2012

Man with 7 wives


Ok lah...
nie ada lagi satu ujian matematik untuk anda.
Silalah selesaikan permasalahan matematik ini...

Can you solve this??
 
A man was traveling to Kasoa

At the bus stop, he met a man with 7 wifes. Each wife has 12 sons and 12 daughters

Each daughter of the man's wife had 4 sons and 7 daughters ,each son of the man's wife had 7 sons and 4 daughters

Each grand daughter had 4 friends
 
How many people got to kasoa? 

N3 terlambat 2 - Gambar offical Nur Ikhlas setahun



N3 Terlambat 1 - Happy Birthday Nur Ikhlas!!!

Memandangkan birthday Nur Ikhlas jatuh pada hari khamis.. so aku ter'cepat'kan sikit sambutan birthday dia sebab nak sangat bagi family aku makan kek. First time sambut birthday anak macam excited sangat. Ala bukan buat apa pun.. just potong kek jer.

So aku buat hari sabtu malam 23/01/2012 sebab ramai yang balik kampung. Maklumlah cuti panjang. Bila ramai-ramai nie meriah sikit. Anak-anak buah aku boleh habiskan kek tu. hee hee hee.

Ini lah kek dia... hee hee
Aku pilih khas gambar hello kitty nie sebab nampak cute jer.. Ingat nak cari gambat keroppi tapi tak der pun. Mentang-mentang lah ibu dia suka keroppi.. huu huu.

Kek nie bila dah sampai rembau dah jadi senget benget.. Iya lah dok dalam kereta. nie pun kotak dia aku dah sendal dengan bantal tapi still mengelusur.. Ok lah tu dari hancur terus. kan.. kan..

Happy Birthday Nur Ikhlas!!!
Memandangkan dia nie kecik lagi.. tak tahu apa kes.. so kitaorang poyo-poyo happykan suasana.. opsss memang buat secara tertutup. tak jemput sesiapa pun. Nie pun potong kek lepas dia betul-betul bangun tido haa haa haa.


Aku doakan Nur Ikhlas akan membesar dengan sihat dan ceria dan menjadi anak yang soleh. Insya Allah. Amin.

Wordless Wednesday #28

yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...