Monday, December 12, 2011

Tak Nak Merokok

Apa pandangan korang pada wanita bertudung merokok? sejak kebelakangan ini semakin menyerlah keberanian mereka.
Tadi aku keluar makan dengan member di Cyberjaya. Masa aku nak cuci tangan lepas makan aku nampak lah dua orang perempuan.. cantik sangat.. ayu berbaju kurung dan bertudung tapi.. yang tak bestnya kat tangan tengah pegang rokok. oh.. sayang kan.
Wanita melayu kini semakin parah.. adakah ini semua harga yang perlu dibayar sebagai tukaran sebuah pemodenan? Tinggi sungguh nilainya. Kalau lah aku dapat bayar harga semua ini.. aku mahu kembali ketika rokok mula-mula wujud di dunia. Aku nak letupkan kilang rokok itu. tapi mustahilkan?
Aku terfikir.. aku ada anak perempuan.. dan aku tak sanggup melihat keadaan begitu terjadi pada dia. Nauzubilliah. Bolehkah aku bertahan dan bersabar dalam mendidik Nur Ikhlas dalam zaman yang penuh ranjau dan duri ini? Insya Allah.

No comments:

Post a Comment