Cepat je kan masa berlalu. Dah masuk tahun 2012. Tahun yang banyak kontroversi. Tahun yang di tunggu-tunggu oleh peramal masa depan. Entah betul entah tidak akan semua ramalan itu.. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Bila di kenang kan.. banyak juga masa yang terbuang secara sengaja dan tidak sengaja. Rasa rugi tapi tetap tak berubah kan.. hee hee itulah manusia namanya.
Hari Sabtu lepas, untuk kali ke 2 aku datang melawat dian di HKL. Rindu sebenarnya pada Dian. Walaupun aku tidak pernah menghabiskan masa bersama dia tapi sudah cukup 42 bulan aku menghabiskan masa bersama ibunya satu ketika dahulu mampu mengeratkan persahabatan kami.
Inilah si Comel Dian Natrah |
Diana Nd
Bila tengok dian hari tu.. aku terkenang akan kesusahan aku. Aku jadi
malu. Baru demam sikit aku dah merapu meraban.. lemah selemah-lemahnya.
Macam dunia aku nak kiamat. Dian Natrah, sehebat itu dugaan untuknya
masih boleh tersenyum. Anak yang sekecil itu, yang masih belum mengerti
tentang dunia di luar ini. Anak yang sebaya Nur Ikhlas. Anak yang masih menyusu ibunya...Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat mereka.
Semua ini susah nak di jangka. Hari ini kita tersenyum riang.. bila tiba esok hari entah apa yang terjadi. Adakah kita masih akan tersenyum riang atau dunia kita akan berubah sekelip mata? Semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Tanpa amaran.. tanpa kata-kata. Yang perlu ada hanya satu keredhaan. Redha dengan apa yang bakal terjadi pada kita. Redha yang semua ini adalah ujian dan dugaan Allah buat hamba Nya yang di sayangi.
Tapi kita tidak boleh hanya sekadar redha sahaja tanpa usaha untuk memperbaiki dan muhasabah diri sendiri. Ibu Dian Natrah berusaha untuk mengubati sakit anaknya. Walaupun dalam kepayahan dan kesukaran, dia tetap berusaha dan berdoa untuk kesihatan permata hatinya.
Wajah Nd sentiasa senyum dan ketawa tapi tidak bermakna dalam hatinya juga begitu. Senyuman dia tidak dapat menipu mata aku. Kesayuan dan kerisauan seorang ibu. Ibu mana yang tidak mengharapkan kesejahteraan anak. Anak yang di kandung 9 bulan 10 hari. Yang di bawa kehulu hilir. Anak tempat bermanja dan tempat mencurahkan kasih sayang. Kalau aku di tempat dia, belum tentu aku setabah Nd. Belum tentu keredhaan itu pemangkin semangat aku.
Aku berterima kasih pada sahabat-sahabat yang sering mendoakan kesejahteraan Dian Natrah. Begitu kuat ukwah persahabatan itu. Sehingga setiap kesakitan sahabat-sahabat adalah kesakitan kita juga. Aku tak mintak banyak untuknya. Aku mohon pada Allah berikan yang terbaik buat Dian Natrah. Yang mana lebih baik untuk kehidupan dia di masa hadapan. Insya Allah. Amin.
Sahabat ku di luar yang tergerak hati untuk membaca N3 aku ini.. Marilah sama-sama kita doakan agar Dian Natrah akan sembuh dan menjalani kehidupan ini dengan ceria dan sihat. Tiada apa yang lebih baik dari doa seorang mukmin untuk saudara seislamnya. Penyembuh luka dan penambah semangat datangnya dari doa yang ikhlas. Doa dan terus berdoa.. Ya Allah...
Al fatihah untuk anakku Arwah Dian Natrah telah pergi pd 915pm di hari jumaat yg mulia sama seperti hari kelahiran di hari jumaat..
terima kasih pada semua yang telah mendoakan Dian Natrah.. Saya mendoakan agar kalian tetap dan terus medoakan beliau. Insya Allah.. amin
BalasPadamcomel nye anak akak...rasa nak cubet2 jew...^_^
BalasPadam