19/12/2009, Cameron Highlands
Hee heee rancang kononnya pukul 9 pagi akan bertolak ke sana... tapi macam biasa hampir pukul 11 barulah masing-masing masuk kereta.
Melalui jalan simpang pulai, cuaca agak cerah. niat di hati nak berhenti tepi jalan untuk amik gambar. Pemandangan memang cantik. tapi macam takut pulak bila tengok cerun curam. Doa banyak-banyak agar tidak berlaku tanah runtuh. Amin
request dari mak nak amik gambar tepi bunga nie.. heeee
Baru singgah satu tempat hujan mulai turun. kami yang bijak pandai nie pulak takde sorang pun yang bawak baju tebal. kebal lah katakan.heee heee.. macam terbantut pulak nak berjalan sakan. tapi redah ajelah.. sejuk giler.
p/s : misi aku nak cari strawberry shake. tapi sampai kesudah tak dapat.. Sedapnya.... :-(
tak banyak sangat tempat yang dapat kami pergi kerana hujan agak lebat dan jalan jem. nak bawak makan tempat roti canai yang sedap tu pun tak kesampaian.
ole-ole dari Cameron Highlands??
satu sarung tangan corak strawberry warna merah dan satu beg gambar strawberry yang sangat cantik!!!
mak dan suami memborong teh yang sangat banyak. Katanya untuk stok setahun :-P
dengan mak di Ladang Teh Boh.. Cantik tak beg aku??
20/12/2009, Telok Batik
ingatkan hari ke-2 mahu ke Zoo Taiping. tapi entah macam mana kami dok plan gie telok batik pulak.. corak perjalanan agak sama, pukul 11 pagi lebih cikit baru bertolak.
Kak ngah dan mak masak mee hoon, goreng nugget dan ayam. so cadangnya nanti berkelah sekeluarga sambil mandi manda.menikmati panorama alam. cewahhh.
p.s : Aku?? tolong tengok TV jer hee... heee..
perjalanan mengambil masa sejam. dengan orang yang ramai dan angin yang kuat, sempat jugak aku teringat tentang Tsunami.. minta jauhkan lah. fobia aku bila fikir tentang itu. Sampai jer terus bukak bekal. takdelah sedap mana pun kak ngah masak tapi lapar punya pasal aku bedal ajelah.
muka dah tak sabar nak mandi laut.. cari line clear ke tak
dari jauh nampak langit dah semakin gelap. nak hujan lah nie.. hati berdoa agar hujannya lambat cikit turunnya. sempat jugak berbahas bila hujan akan turun. kak ngah dah semakin risau sebab anaknya bukan boleh kena hujan. nanti demam. katanya.... tapi masing-masing tak mahu berganjak. masih lagi menunggu betulkah hujan akan turun di pantai. degil betul!!
akhirnya belum sempat mandi laut hujan pun turun dengan lebatnya. Larrrriiiiiii..... nie bukan mandi laut tapi mandi hujan. betapa hebatnya kami.. pergi telok batik semata-mata untuk makan tengahari. heeee ..... heee heee.
muka frust tak dapat mandi laut... cian
kesimpulannya....
walaupun percutian ini tidak lah sesempurna mana tapi aku bahagia sangat sebab aku masih ada keluarga untuk aku habiskan duit, berhibur dan menenangkan diri.
aku masih sempat nak bawak mak dan ayah aku berjalan-jalan seperti janji yang aku ucapkan ketika aku mula-mula kerja dulu.
p.s : ati sayang sangat mak dan ayah. Muahhh
deq'su
29/12/2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan