Ahad, 31 Januari 2010

Pesta Buku!!!

1) Karnival Karangkraf 2010
Anjuran Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB)
Lokasi : Perkarangan KKSB, Seksyen 15 Shah Alam
Tarikh : 29/01/2010 - 02/02/2010
Masa : 9.00 am - 7.oo pm

2) Karnival Buku MPH 2010
Anjuran MPH
Lokasi : Stadium Malawati, Shah Alam
Tarikh : 27/01/2010 - 01/02/2010
Masa : 10.00 am - 10.oo pm

30/01/2010....Bertolak ke Karnival Karangkaraf 2010 dalam pukul 2.30 pm. cuaca sangat cerah.. actully tak pernah pergi pun karnival karangkraf nie. so aku nak tengoklah macam mana karnival dia.dengar macam best ajer..

Pengunjung memang ramai. Nasib baik tempat dia agak besar. macam-macam booth ada. rupanya banyak juga Karangkraf nie terbitkan buku dan majalah. kami pun mengelilingi karnival sambil menunggu kedatangan cikgu mail.

hmm... entah mengapa takde buku yang aku berkenan. nak beli novel... aku macam dah tak suka baca novel. nak beli majalah, aku pun dah lama tak beli majalah. heee hee aku sebenarnya mencari KOMIK!!! tapi takde..

Jalan-jalan nampak pulak squad ERA.. tapi yang tak bestnya KKSB tengah buat perasmian and squad era ada di sebelah sambil melakukan pelbagai aksi. agak bising macam tak menghormati majlis. era yang perasan bagus. nasib baik aku tak vote era.. heee heee.

Habis je datuk datin tu merasmikan majlis, ada persembahan pulak. walaupun pengacara dia agak macam kelam kabut dan macam nak berebut kuasa dan macam tak de perancangan tapi boleh lah aku layan diaorang nie.

p.s: KKSB nie macam satu syarikat yang besar gak tapi kenapa macam takde belajar cara-cara mengendalikan majlis??? sangat kelam kabut tak semegah namanya... heee heee

Penyanyi memang 100% aku tak kenal. cian kan.. tapi okeylah diaorang nie. adalah suara gak. boleh di bawak ketengah lagi. sori ar aku takde amik gambar diaorang sebab diaorang tak POPULAR haaa haaa haaaa.

So yang shopping hanya asmad sahaja. asmad beli buku berunsurkan agama. buku yang bagus tapi aku belum habis baca lagi.. hee heee

Pukul 4 lebih kami bergerak pulak ke Stadium Malawati. nasib baik kedua-dua karnival nie di Shah Alam. so dapatlah pergi semuanya. sebelum tu kami singgah di Masjid Shah Alam untuk solat asar. aku cuti... hee hee so duduk bawah pokok sambil baca majalah yang asmad beli. Kisah Yakjud Makjud. macam tak faham cerita dia. takpe nanti balik aku baca lagi. benda macam ie kena baca slow-slow, satu persatu. tak boleh main skip jer. betul tak??

Sebelum sampai Stadium, kami singgah kejap kat Stadium Shah Alam. Asmad dan cikgu mail nak ambil gambar stadium. sekali nampak pulak orang main go-kart. nampak macam best ajer. sempat jugaklah diaorang berdua snap satu dua gambar go-kart. kitaorang just snap di luar pagar so maybe gambar tak berapa menarik. aku dari jauh dah nampak awan yang sangat gelap!! nak hujan ar.. macam nak ada petir jugak. Alamak!! nie yang aku fobia nie. macam biasa aku pun mendesak asmad untuk segera beredar. napelah mamat nie tak faham yang aku memang tak boleh ada petir-petir nie. sakit kepala otak aku nanti.

Sampai stadium, aku pun mulakan pencarian. KOMIK... mana kau!!! hee heee aku dah mula sebenarnya kembali menjalani kehidupan seperti sebelas tahun yang lalu. membaca KOMIK!! kembali berfantasi tanpa serabut nak fikir hal lain.

Akhirnya aku jumpa jugak... so aku pun sambar 4 komik sekali gus. giler... semua sekali berharga RM23.40 (setelah ditolak diskaun RM 2.60) puas hatiku.. heee heee

Dah nak balik, hujan lebat kat luar. seram jugak. asmad gie hantar cikgu mail dulu ke kereta. aku pun tunggulah dia ambil aku balik. petir kuat! aku risau gak, risau kalau asmad kena petir... tunggu punya tunggu dia tak sampai-sampai. kene langgar ker? mana lah tau dalam gelap hujan lebat and kelam kabut... nauzubillah.. minta jauhkan. sebenarnya ada situasi yang menyebabkan aku marah sangat dengan asmad. cemburu tengok suami orang lain take care isteri diaorang. aku pulak macam kene survive sendiri. kadang-kadang rasa macam takde suami pulak. takpelah dah memang aku di takdirkan untuk sentiasa melindungi diri sendiri. emosi pulak!!! hee hee

So singgah gaint. makan dan minum dan solat maghrib. hee hee aku tiba-tiba TER berkenan kat satu baju nie. Harganya RM35.00. sekali sekala berhabis duit untuk diri sendiri. takpe kot. giler... balik rumah hampir pukul 10.00 pm.

Sekali-sekala berjalan mencari aktiviti best jugak. harap lepas nie akan ada destinasi yang lebih menarik dan best untuk aku lawati.

deq su
31/01/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................