Alhamdullilah...
akhirnya satu beban dosa dah kurang. Perit jugak nak habiskan pinjaman nie. Selagi tak selesai selagi tu lah rasa tak best.
In Syaa Allah, pinjaman yang lain akan cuba diselesaikan secepat mungkin.
Kesilapan masa lalu kan..
ye diakui bahawa penulis blog ini banyak melakukan kesilapan zaman remaja. Masa tu jahil lagi. buat masa nie apa yang boleh dilakukan adalah berusaha untuk tidak menggulangi dan berusaha untuk menyelesaikan semua pinjaman.
Doakan aku berjaya ok. Aku nak berusaha menjadi hamba Allah yang solehah dan umat Nabi Muhammad s.a.w yang terbaik seperti di dalam Khutbah baginda Rasulullah S.A.W :
........................................................................................................................................
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya,
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas
segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala
urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka
juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam Suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di
bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan
kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua
adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya
kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan
kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari
mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya
telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Dari JAKIM, melalui iluvislam.com