Khamis, 17 Julai 2014

Labuan dan Keningau

Assalammualaikum..
 
Sibuk sangat ibu sekarang. tak dan nak update blog bagai. hanya mampu membaca je. tapi... hari nie ada lah masa sikit nak bercerita.
 
Rahsia besar ibu dah diketahui ramai!!!
 
oh nooooooo... ibu memang takut naik kapal terbang
 
but pada satu hari my boss bagi tahu... "Aida.. u ikut I gie Labuan dan Keningau"
 
why??? why me??? terus jantung ibu berdebar-debar macam dah berlari 10 KM..
 
tak kan nak tolak kan? dah lah geng opis makin susut sebab ramai yang pindah/bakal pindah/ cuti bersalin. Nama kena jaga beb.. SKT tu..
 
yang nie pulak jadual penerbangan. Mudahkan planner kitaorang. haaa haaa. janji sampai. ye dok.
 
 
 
3 kali naik flight .. memang mencabar minda betul. Masa naik flight gerun sangat. Rasa nak turun tang tu jugak... tapi buat-buat layan movie cerita 'Istambul Aku datang'. terus jatuh cinta dengan Beto!!! oh tidak....
 
Akhirnya.....
 
here I'am...
 
welcome to Labuan and Keningau...
 
so jom layan gambar ek.

Pemandangan dari Kampung Emy
 
Yang bestnya emy adalah anak tempatan Labuan. so dapat lah gie jalan-jalan kat rumah dia. Rumah Emy atas air tau.. best.. orang KL sibuk-sibuk nak dok chalet atas air..... bayar mahal-mahal... dia tak yah susah-susah.
 
Cuak juga nak naik atas titi tu. dah lah kiri kanan takde pemegang. Rasa macam nak jatuh. lagi-lagi bila berselisih dengan orang. Nak ke kiri takut.. nak ke kanan takut.. takut jatuh.
 

Pemandangan dari Kg Emy + My bos + Me + Emy
 
Sila abaikan diri ibu yang semakin gemuk melebar tu ye.. Itu lah my bos dan Emy.. cantikkan.. ibu je yang pendek. Haaa haaa.. nak buat macam mana dah acuannya begitu.
 
Malam tu bos ajak gie makan kat Anjung Ketam.
 
Makan seafood??? aduh ibu dah lah allergic.. mau gatal-gatal nanti. dok fikir nak gie ke tak. Teringat balik dalam beg memang ada ubat so boleh lah. bila lagi nak datang Labuan kan.. takkan tak nak gie.
 
Sedap sangat. confirm! seafood dia fresh giler. Ibu melantak makan 2 kilo ketam tanpa memikirkan tentang kegatalan yang bakal dihadapi kelak.
 
malam tu memang standby ubat tapi Alhamdullilah sampai balik memang takde langsung gatal-gatal menjelma. Maybe sebab makanan dia fresh sangat.
 
so..... sapa yang datang Labuan.. tempat ini adalah wajib untuk dikunjungi dan jangan lupa juga pada penggemar coklat sebab Labuan adalah Duty Free Zone!
 
Lupa lak.. thanks to my bos yang belanja makan. tak tahu lah berapa ratus duit dia habis. huu huu.
 

Sedap!!!!!

Gambar keningau tak ada sebab terlupa nak ambil.
 
Keningau kopi dia sedap sangat. Ibu habis duit memborong kopi sahaja.
 
Pemandangan pun cantik. lebih-lebih lagi masa melalui Banjaran Crocker.
 
Yang best dan misterinya... tiba-tiba driver kereta tu boleh berhenti di satu kawasan di laluan menurun. cuak jugak ingatkan kereta rosak rupanya bila dia free kan gear kereta itu tidak meluncur ke bawah tetapi dia akan menaik.
 
Ajaibkan. Besar sungguh kuasa Allah.
 
So trip kali nie memang ibu banyak habis duit beli macam-macam. Dengan coklatnya lah.. dengan baju.. dengan udang besar.. dengan kopinya.. memang belanja macam orang kaya. sebab fikir tah bila boleh sampai lagi.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1