life is short.. kan.. kita hidup ni cuma untuk 3 saat sahaja..
untuk 3 saat tu lah kami nak grab sebanyak mungkin peluang. ini bercakap mengenai kehidupan ok..
hari ini.. semuanya berjalan lancar. Alhamdullilah. tak berapa stress dan semuanya agak teratur.
Hujan kat luar tu.. sejuk sangat. mata pun minta untuk berehat.. alangkah seronoknya dapat tidur dengan lena. Enam tahun dah tak dapat tidur dengan betul :p
Pagi tadi masa memandu tiba-tiba teringat.. tahun ini dah 36 tahun.. tapi perangai macam budak-budak. still tak matang lagi. bila lagi lah kami ni nak matang. lagi 4 tahun nak masuk 40 siri.. seram pulak rasanya.
tertanya juga dalam 3 saat tu apa pencapaian yang dah kami buat? yup.. banyak.. terlalu banyak rezeki yang Allah berikan selama 36 tahun ni. tak terdaya nak membalasnya. Alhamdullilah masih sihat dan waras.
so untuk next 36 tahun.. Insya Allah.. apa yang akan kami lakukan? Hope sesuatu yang sangat-sangat baik dan berguna. amin
Hujan masih membasahi bumi.. kami suka sangat saat ini.. nyaman dan tenang.. bila lagi lah nak setenang hari ini..
walau selebat mana pun hujan.. matahari pasti akan muncul kembali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan