Khamis, 29 Disember 2022

Now you're lone ranger

 Believe in yourself! Have faith in your abilities! Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy.


-Norman Vincent Peale-

..................................................................................................................................................


Being honest... 7 bulan ditempat baru nie berlainan dengan opis - opis yang lama. 


Sebenarnya taknak cerita benda-benda yang negatif dalam blog nie tapi aku macam dah tak tahu nak bercerita dan meluahkan pada siapa.


kat sini aku rasa terasing sangat- sangat. majoriti kakitangan di sini semua lelaki. Hanya ada 4 orang sahaja perempuan.


Sebelum ini di pejabat lama perempuan lebih ramai dan banyak kerenah . So bila pindah sini dengan majoriti lelaki aku ingat lebih mudah untuk aku buat kerja. Tapi rupanya anggapan aku salah.


Serius mental aku penat bila duduk tempat baru nie. Bila tiap pagi rasa tak bersemangat nak pergi kerja. Bila asyik fikir nak balik cepat. 17 tahun kerja tak pernah aku rasa macam nie.


Selalu aku akan bermotivasi untuk datang opis. semangat nak siapkan kerja. Semangat nak bantu orang lain. sekarang tak rasa dah macam tu. 


Now you're lone ranger. Hadap masalah atau isu berbangkit kat opis nie pun sorang- sorang.  Semuanya sendiri.


Pendekatan aku sekarang... Setiap kali datang opis aku selalu ingatkan yang aku datang opis untuk cari rezeki. selesaikan kerja Walaupun tiada siapa yang nampak ko buat kerja.Walaupun apa kata mereka... aku lalu je semua itu.


Korang.. doakan aku kuat ye. 


ok done meluah rasa. thanks sudi membaca :)

4 ulasan:

  1. Ammi pun lone ranger di office sbb ofis ammi cuma ada ammi dan boss je. On one hand agak mudah nak deal dengan situasi sbb tak banyak kerenah birokrasi, tak banyak kerenah staff lain...tapi on another hand penat gaklah sebab semua sendiri. nak cuti pun risau kadang2.

    semoga awak kekal memotivasikan diri...pikir positif je

    BalasPadam
  2. Moga Allah permudahkan Deq Su. Pernah lalui situasi tersebut. Last2 skg dah immune jadi lone ranger. Rupa2nya Allah nak ajar kita jadi kuat dan tak berharap pada manusia.

    BalasPadam

wordless wednesday #1