Jumaat, 26 Julai 2024

Seharian di Lapang Sasar

"Me shooting 40% at the foul line is just God's way to say nobody's perfect."

- Shaquille O'Neal -

..................................................................................................


Teka apa aktiviti aku minggu ni sampai takde masa nak update blog?

weiiiiiii...

akhirnya tercapai gak impian aku yang satu ni!

Nak try menembak. mana tahu tiba-tiba jadi hobi. Hobi aku kan selalu mahal-mahal. haaa haaa

yes!!

Kali ni kita buat kasi jadi

Excited mula-mula masa paper tengah buat. Macam tak sabar-sabar nak sampai hari kejadian

Tapi.......

Bila sampai masanya

amik kau! satu badan gigil wei

dengan peraturan dia yang semestinya ketat. Aku takut buat salah je. Diaorang kata ketua boleh bila-bila masa je halau kita dari tempat tu kalau kita buat tak betul. Lagi lah diorang badan beruniform. Bila-bila masa boleh kena tendang kat situ gak. Banyak gak pantang larang dia. Diaorang tak pe dah biasa

aku yang baru first time ni macam cuak sangat. Kalau toreh muka masa tu tak berdarah lah.

Dah mula lah rasa macam nak tarik diri. Haihhhhh.. kemon deqsu u can do it! kata hati aku.. Badan aku kata.. gila muuuuuuu

Dia ajar sikit. macam mana nak pegang pistol. nak load peluru. dah habis tembak nak buat apa. Semua lah. Aku ikutlah satu persatu. Tak berani nak derhaka.

Pistol dia agak berat. pistol jenis apa? korang takyah lah tertanya-tanya sebab aku pun tak tahu. Diaorang ada je bgtahu tapi aku tak faham. tak masuk otak pun sebab cuak aku melebihi segala-galanya ketika itu. haaaa haaaa

Daaaannnnnnnnn pada akhirnya dari kata nak tembak 10 butir je, aku dah tembak 32 butir. Ok kau hebat deqsu!

Tangan menggeletar tak usah cakap lah. Tabah je lah. tak kena papan pun takpe. Tak dapat markah pun takpe. i is redha.

Dengan cuaca panas. Dengan jantung aku yang tiba-tiba dia pam macam tengah racing kereta bila nama dipanggil. Dengan tangan menggigilnya plus sakit sebab sentakan masa menembak. Balik rumah aku terus tidur! selamat...

Kesimpulannya, nak jadikan hobi tak? takkkkkk kotttt tapi tak tahu lah kalau tiba-tiba datang gila aku ni.. masa depan tak boleh di ramal. lagi masa hati aku ni. susah dijangka. kannnnnn

gedget81
Sehaian di sini

gedget81
korang nampak muka cuak aku tu

gedget81
yang dok belakang tu kalau latihan menembak kita panggil 'Pengasuh'

gedget81
my target is number 1.. kira hebatlah aku kan 😝

gedget81
10 meter

gedget81
15m

gedget81
Lastly.. my score

4 ulasan:

  1. saya belum ada pengalaman menembak lagi...bagus juga ada bakat menembak tepat...boleh masuk SUKMA sukan menembak

    BalasPadam
  2. Kalau toreh muka tak berdarah tu.. mmg pucat habis tu hahaha.. first time jer cuak lepas tu dah ok mcm biasa je kan hihii... Btw bukan sukan murah murah ni... Score tu kira paling tinggi sebb nama paling atas ke macam mana tu hahaha.. terbaikk la.. 32 butir peluru tu tembak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. confirm takde darah. bukan paling tinggi.. nama awalan A je mesti no 1 kan 😅

      Padam

Wordless Wednesday #14