Selasa, 13 Ogos 2024

Kali pertama Nur Ikhlas shopping guna kad

“Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapanya". 
- Saidina Umar Al-Khatab-

......................................................................................

Budak ni kan susah sangat bila keluar beli barang nak bayar sendiri.

Kalau setakat kat kantin ke, koop ke, hebat lah dia sebab guna tunai.

Kalau kat luar.. dia beli barang, dia pula tumpang barang kat kita. kita pula beratur untuk bayar. Tak maunya dia nak bayar. Aku hulur kad pun dia buat tak tahu je.

Last week, dia bagitahu yang barang skincare dia dah habis. 

So singgah watson lah kan.

Sebab semata-mata barang dia, aku memang tak lah nak beratur. Aku cakap "dah barang awak, awak lah bayar". then aku hulur dia kad aku blah buat tak tahu je.

Sempat lagi bisik kat aku. Nak hulur yang mana dulu?

Touch je kan ibu?

haaa haaa

Nampak... pandai pun anak ibu beli barang sendiri. Bukan susah pun. janji dalam kad awak ada duit. Kalau takde duit tu yang susah

8 ulasan:

  1. Touch touch nie lagi senang.. Tau2 duit dalam kad habis... Hahaha

    BalasPadam
  2. Dah besar dah Nur Ikhlas, time flies so fast.
    Betul tu, biar mereka belajar apa yg ada di zmn mereka.
    Bebudak ni biasanya ajar sekali terus cepat tangkap. Pastu nt dorang pulak yg lg pandai dari kita.Hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebat dah dia sekarang. lagi advance dah. kita pula yang terpinga-pinga tak tahu mende

      Padam
  3. kurang yakin kot...ataupun malu terlebih.
    anak dara ammi dulu siap tanya "nanti kalau akak tu tanya kad sapa nak jawap apa?"...takdenya akak tu nak tanya kad sapa...dia tau ada je duit dalam kad tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih ke malu. sebab tak pandai lagi takut orang ejek dia

      Padam

Wordless Wednesday #14