Jumaat, 25 Oktober 2024

Postcard from Milan, Paris

Travel is more than the seeing of sights; it is a change that goes on, deep and permanent, in the ideas of living.”

- Miriam Beard -

.............................................................................................


Last two week, bos kecik aku gie paris untuk tranning simulator pesawat kat paris.

Bos-bos ni kalau outstation jauh selalu lah beli survenior kat aku. Tapi fridge magnet paris aku dah dapat banyak. so kali ni aku request nak poskad.

Macam nak start kumpulkan poskad sekarang lah. New hobby plus new habit nak paksa orang bagi poskad kat aku :P


Cantik kan.. suka sangat. Ni poskad kedua yang aku terima. Sebelum ni aku ada terima dari member yang pergi sabah.


Lepas ni kalau travel mana-mana nak beli poskad lah.

Ingat nak guna poskad ni untuk buat jurnal. sayang pula. cantik sangat. susah pula nak dapat lagi kan.

Kita simpan dia dalam album lah.

thanks tuan fazulli sanggup layan kerenah anak buah sengal dia ni. haaa haa

Rabu, 23 Oktober 2024

Selasa, 22 Oktober 2024

Antara dua daging dendeng

“People who love to eat are always the best people.” 

- Julia Child - 

......................................................................................


Last week, dok lepak-lepak atas katil macam biasa lah kita scroll handset.

Dah kalau scroll... scroll.. agak-agak apa yang akan berlaku?

ye betullllll

shopping ar!

Tergerak pula hati nak try beli daging dendeng Khairul Aming. Lidah ni inginnnn sangat rasa.

Kita beli lah 4 paket. Alang-alang pos kan.


Alhamdullilah petang lusanya selamat sampai dengan jayanya. Kira cepat juga lah dia pos.

Keesoakan harinya pula, abang korang call tengahari tu. Nak buka satu. Aku ok je. Memang beli nak buat makan kan.

Balik tu tengok atas meja takde pun baki. Aik habis dah? Tapi tak bertanya pun sebab budak-budak ni memang suka makan daging dendeng. Selalu beli kat kawan berbekas-bekas.

Malam tu tanya lah pendapat cik abang. so macam mana?

"yang kawan ko buat lagi sedap."

Ok tak kena dengan tekak dia. 

Kita pun capai hp, whatsup member order lah stok dendeng.



taaa-daaa. semalam sampai 10 bekas. Kita kasi masuk peti. Esok-esok malas nak masak kita lebur satu.

Boleh baring-baring lama sikit scroll benda lain pula

haaaa haaaaa

Ahad, 20 Oktober 2024

Replica of my house, Year 3 English

 “Home is where one starts from.” 

 - T.S. Eliot - 

..............................................................................................


Ingat tak aku ada  mention pasal projek si kecik ni kat sini?

Taraaaaa

inilah projeknya



buat replika rumah untuk subjek english.

14 September ari tu cikgu dia masuk dalam gorup whatsup kalau ada sesiapa yang sudi buat replika rumah. Macam projek cuti sekolah lah.

so kita pun bersemangat lah nak join.

Tapi buat slow-slow je. 

Bab potong memotong memang maknya lah.

Si kecik ni tolong bab gam dengan semua tulisan untuk tanda dan nota.

Bila cikgu tengok ramai pula yang join makin bertambah seronok cikgu. Buat pameran kat dewan. Guru besar minta semua kelas dari darjah 1 sampai darjah 3 (sesi petang) turun untuk tengok pameran.

Cikgu yang jadi juri pun dah rambang mata nak bagi markah.

Happy betul guru besar. Cikgu english pun tak sangka ramai parents yang nak join.





Cantikkan replika diaorang no

Hebat-hebat ciptaannya. Sangat Kreatif!

Alhamdullialh.. rumah replika kami dapat no 7.

tapi hadiah dia si kecik ni bolot sorang-sorang ye

hmmmmmmmmmm

Jumaat, 18 Oktober 2024

Pada akhirnya takdir Allah selalu baik. Walaupun terkadang perlu air mata untuk menerimanya

 “Pada akhirnya takdir Allah selalu baik. Walaupun terkadang perlu air mata untuk menerimanya”

- Umar bin Khattab -

.................................................................................................




Suka sangat petikan ini.. 

Benar...

Segala-galanya adalah ketentuan daripada Allah. 

Apa yang terjadi pada kita adalah ujian dari yang Esa. 

Nak tengok sejauh mana kita ni sebagai hambaNya benar-benar beriman padaNya.

Bukan sekadar hanya dimulut atau di atas IC semata-mata.

Ujian Allah tanda di sayang pada kita.

Bayangkan kalau kita tidak pernah diuji. 

Bayangkan bila Allah dah tak pandang kita.

Nauzubillah.. 

Pada siapa lagi dapat kita berpaut?

Sabtu, 12 Oktober 2024

Hari Sukan Negara HSN 2024 - aktiviti mereka di sekolah

CERGAS BERSAMA

-HSN 2024 -

.............................................................................................



 HSN disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.


Tahun ni meriah sikit anak-anak sambut HSN 2024 kat sekolah.


Sekolah kakak macam biasa lah.. dengan fun walk nya. Then macam biasa juga dia masuk bertanding catur

Tahniah sebab jadi juara di sekolah tu.


Kelas si abang buat permainan bowling kelapa. takde pula cikgu dia bagi gambar.


Untuk darjah 3, ada 3 pertandingan. Isi air dalam botol. bawa bola dalam sudu dengan leret bola berhalangan. Adik masuk acara no 3 tu. Dapat lah no 5. ok lah tu

Ahad, 6 Oktober 2024

Lawan Chess kat KL Gateway Mall

Critical thinking is the most important factor with chess. As it is in life, you need to think before you make decisions.

- Hikaru Nakamura -

..................................................................................................


Now semasa entry ni ditulis aku ada kat KL Gateway Mall

Ikhlas ada pertandingan catur selepas 2 tahun tak aktif join.

sekarang dah masuk game ke -4

3 game dia kalah. huu huu

tak pelah. dia tak dapat rentak lagi. 2 tahun dia struggle dengan UPKA, PSRA, dgn ujian SBP, MRSM

Kelas catur pula memang tinggal terus.

Kita kena cari rentak balik.

Sekarang pun dia dah kena join group atas 12.. so lawan dia ramai yang dah besar-besar.

Hari ni apa pun keputusan.. ibu is redha


goodies dari KBS



First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................