Jumaat, 29 November 2024

Bila kita ada member kaki travel

Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.

- Ibn Battuta =

...............................................................................................


Ya Allah... jauh sungguh dah korang bercerita ye.

Hari ni ada lega sikit sebab mostly banyak payment dah buat semalam. So just tunggu untuk buat payment bulan November isnin depan. Wish me luck!

Starting petang ni, dah boleh lah aku merayap sekejap ke blog-blog yag ada. Nampak sekali imbas tu macam-macam story pasal makanan ye. Sedap nampaknya. Berjalan je lah korang kan.

Takpe.. takpe.. boleh bagi idea kat aku kalau tiba-tiba rasa nak melepak santai.

14 hari hadap payment hujung tahun memang stress dia tak boleh di bawa bincang. Even macam dah jadi tradisi penutupan akaun setiap tahun tapi suasana dia sentiasa berlainan. Tahun ni extra stress sebab tarikh dia awal sangat.

Sebabkan stress lah minah ni boleh ajak aku gie Hong Kong ari tu


Dia punya healing bukan main jauhhhhh. Aku ni dah lah tak pernah jejak kaki ke Luar Negara. Paling jauh pun tu sempadan Thailand masa Wang Kelian tengah top. Adalah lebih kurang 20 tahun yang lalu.

Tadi tengok baru teringat.. eh jadi ke dia ke sana ni. sebab kan tengah sibuk nak closing accaunts. tup.. tup.. buka status whatsapp dia.. nahhh kau dah sampai rupanya. Senang lenang nampakkkkk.



dan macam biasa.. poskad plzzzzzz.

#untung ada member suka melancong 😝😝😝😝😝

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

me as a sagittarius girl in my early 40s

Hope your special day brings you all that your heart desires! .................................................................................