..................................................................................................
N3 telambat 2 bulan.
baru perasan yang aku tak story lagi pasal jalan-jalan di Melaka.
Nampak tak betapa serabutnya hidup aku 2 bulan ni.
Ok hajat nak bawa anak-anak pusing Melaka akhirnya tercapai juga. Alhamdullilah dapat juga curi masa sekejap hujung tahun hari tu.
Ambil kesempatan cuti Hari Selangor nak bawa mak balik jenguk rumah dia kat kampung. Dah hampir 3 bulan tak jenguk. Cutikan budak-budak ni sebab dah habis exam akhir penggal. (jangan ikut perangai ini ye :P) Cantik lah tu kan. Masuk Melaka time bukan cuti sekolah. Heaven sikit.
Hari pertama pergi, tak dapat round sangat sebab hujan. Lagipun hari isnin banyak muzium tak buka. So kita dapat pergi Taman Seribu Bunga je. Pastu jalan-jalan kat aeon mall Melaka. Rasa macam dah reda sikit. Lepas solat zohor kami bertolak masuk ke bandar Melaka. Kita round Jonker Street je sebab hari isnin semua muzium tutup.
Tak puas hati tu, esoknya kami masuk semula Melaka. Pagi-pagi dah bertandang ke negeri orang :P
Alhamdullilah, kalau masuk Melaka hari Isnin dan Selasa parkingnya free. Tempat parking pun senang sebab bukan cuti sekolah kan.
Kami pun masuklah dari satu Muzium ke muzium yang lain. Macam biasa seharusnya aku hanyut dalam dunia zaman dahulu kala.
Tiket pun tak mahal sangat pun. dalam RM2 - RM10 je. Tapi kadang-kadang, 1 harga untuk 1-3 muzium. Macam tiket nak masuk Kapal Flor de la Mar, dia join sekali dengan Muzium Samudera Fasa 2 dan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Bagi aku ok lah berbaloi. Bukan senang nak maintain segala macam khazanah dalam tu.
Kami tak naik Melaka River Cruise sebabnya.. satu, mahal. kedua, kami pergi waktu siang. macam tak best nak tengok siang.
Kota A'Famosa dan Bukit St. Paul wajib lah pergi. Bukan sebab nak mengagungkan pun. Cuma nak bagitahu anak-anak kisah yang terjadi dan nak bagi mereka bayangkan sendiri apa yang yang telah berlaku.
4 kali aku pusing semua muzium tu selama hidup aku ni, satu-satunya muzium yang tak pernah aku jejak adalah Stadthuys. tak tahu mengapa.
Lunch kita lepak kat Dataran Pahlawan Melaka Megamall sebab dekat. Kami kelaparan dan kepenatan yang amat. Si abang dah merungut sebab kaki dia dah sakit. haaa haa
Usai makan dan solat, jom kita balik sebab ada orang tu sibuk nak tengok game SRG lawan dalam ML. cheh!!!
Aku tak banyak sangat bergambar sebab entah.. macam kenangan tu simpan dalam hati. tapi adalah sikit ni.
![]() |
bestnya kalau boleh deco rumah macam ni |
![]() |
sejuk wei hujan tak berhenti |
![]() |
Dia macam tenang je masuk sini |
![]() |
ni kat Jonker Street. Haruslah membelikan barang dia. penuh dia je kat papan iklan |
![]() |
First muzium |
![]() |
Gaji dulu-dulu 20 ringgit je 😅 |
![]() |
kita yang suruh dia buat gaya ni. haaa haaa |
![]() |
Nasib kakak sporting layan kerenah ibu dia :P |
![]() |
Harus ambil gambar depan dia ni |
![]() |
Ni kat Muzium Rakyat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan