Jumaat, 19 Februari 2010
kalau....
'Kalau' aku tidak keguguran dulu, awal bulan depan aku akan melahirkan seorang anak... kalau....
Aku seperti tidak redha kan dengan suratan takdir?? aku tidak berniat langsung untuk menyalahkan takdir yang Allah beri untuk aku. cuma hati seorang wanita....
aku rindukan ilyas... rindu sangat-sangat. aku ingin merasai menjadi seorang ibu. membesarkan anak-anak. mencurahkan kasih sayang pada mereka. Aku redha dengan ketentuan illahi. aku tidak pernah putus asa berdoa semoga Allah akan memberikan pada aku dan suami zuriat dari kalangan yang soleh dan solehah.
cuma bila masyarakat sekeliling bercakap. hati mana yang tidak tersentuh? inikan pula hati seorang wanita. dulu ketika aku tidak mengandung, mereka bercakap aku mandul. kini kata pulak aku tak 'pandai buat'. tapi rezeki kan dari Allah... Dia yang maha mengetahui segala-galanya.
adakah aku terlalu sensitif? usia dah semakin berganjak tua. masa aku di dunia ini sudah semakin sedikit. setiap hari aku lalui kehidupan dengan harapan yang terlalu tinggi. semoga suatu hari nanti impian aku untuk menjadi seorang ibu akan termakbul. biarlah aku dapat melihat anak-anakku membesar. menjadi seorang pendakwah yang berbakti kepada agamanya. menjadi seorang anak yang sentiasa berdoa untuk ibu bapanya. menjadi anak yang mampu membawa aku dan suami ke syurga...
aku bukan wanita yang sempurna. malah aku bukan seorang hamba-Nya yang soleh. tapi aku masih berdoa dan berharap agar Allah akan memberikan aku taufik dan hidayahnya. memberikan aku zuriat yang terbaik agar aku dapat menebus kesilapan aku yang lalu. memberikan aku ruang dan peluang agar aku dan suami boleh mendidik mereka menjadi insan yang kamil. tidak mengulangi kesilapan-kesilapan kami. membazir waktu muda tanpa sebarang insentif untuk memajukan diri dan keimanan. aku tahu impian aku terlalu besar. tapi tidak salahkan aku berharap dan berdoa semoga impian aku akan menjadi kenyataan.
ilyas.. ibu bersalah kerana tidak bawa ilyas pulang ke rumah. ibu tinggalkan ilyas di sana keseorangan. ibu tidak sempurnakan ilyas. tidak kebumikan ilyas. ibu bersalah sangat-sangat. ibu berdoa semoga Allah akan lindungi jasad ilyas. ibu berharap mereka akan menunaikan tanggungjawap itu bagi pihak ibu. ibu naif sangat-sangat. maafkan ibu ye.
ya Allah.. kesilapan masa lampau ku tidak dapat aku tebus selama-lamanya. aku berdosa dan aku memohon keampunan-Mu. aku memang tidak layak untuk masuk syurga-Mu, ya Allah.. tapi aku tidak sanggup untuk menerima azab seksaan-Mu. aku tidak boleh bayangkan kesakitannya.
ya Allah.. kasihanilah aku yang jahil dalam agama. berikanlah aku pertunjuk dan hidayah. agar aku kekal di dalam keimanan sehingga hari kiamat kelak.
izinkanlah aku dan suamiku mempunyai zuriat yang dapat mendoakan kesejahteraan kami. amin...
deq'su
19/02/2010
Isnin, 15 Februari 2010
Jalan-jalan di Kuala Kangsar

Hari nie nk gie jalan-jalan kat Kuala Kangsar sebab asmad nak ambil gambar Masjid Kuala Kangsar dan bersiar-siar di sekitarnya.
So kitaorg pun bergerak lah ke Kuala Kangsar dalam pukul 11 pagi mengikuti jalan Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit dengan kadar tol sebanyak RM3.50 sahaja.
First location.. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Dari luar pun masjid tu nampak cantik. Bila masuk nampak ciri-ciri binaan lama pada kayu dan batunya. sejuk jer masjid nie mungkin sebab mamarnya yang mahal. Tapi masjid nie kecil sikit dan tak berapa sangat dijaga. Cerita pembinaan masjid nie sebab sultannya bernazar kalau sihat dari penyakitnya dia akan bina masjid kat bukit Candan nie. so pada 26 September 1913, Sultan Idris Shah 1 pun meletakkan batu asas di masjid tersebut. Masjid tersebut telah siap dibina dan dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah, Sultan ke 26 pada 1917.
p/s: rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Ubudiah,_Perak
Seterusnya kami bergerak menuju ke Istana Iskandariah, terletak di atas puncak bukit Chandan, Kuala Kangsar. agak jauh bangunan istananya dari pintu pagar so tiada tempat yang strategik untuk kami ambil gambar istana tersebut.
Sambil mengelilingi kawasan istana, tiba-tiba aku nampak dari jauh satu bentuk bangunan yang cantik. So kami pun menuju ke sana. Rupanya ia adalah Istana Kenangan, Kuala Kangsar. Istana Kenangan juga dikenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Pada asalnya, istana ini dibina sebagai tempat persemayaman sementara Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) sementara menantikan siapnya pembinaan Istana Iskandariah. Kini Bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium di Raja Perak yang mempamerkan sejarah kesultanan dan menyimpan alat-alat kebesaran Negeri.
Malangnya, kami tidak dapat masuk ke kawasan tersebut kerana ia di dalam proses pembaikpuliharaan. tapi bangunannya memang cantik dan berseni. Agak kecil untuk seorang sultan bersemayam di situ. katanya bangunan itu kalau tengok dari atas seperti sebilah pedang tapi aku pun tak pasti sebab tak nampak ciri-ciri sebilah pedang pun. hee heee
Lokasi seterusnya... Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Bangunannya macam ala-ala britis sikit. Kami tak masuk galeri ini sebab malas nak bayar tiket. Harga tiket RM 4.00 dewasa. So ambil gambar kat luar sahaja. Bangunannya pun cantik dan terdapat binaan labu sayung yang agak besar berwarna hitam menghiasi lamannya.
Letih berjalan, kami singgah di Medan Cendol dan Laksa. Kononnya nak merasa cendol yang dikatakan sedap tapi taklah berapa sedap cendol dan laksanya. agaknya mungkin kami salah pilih tempat makan kot. Selesai makan kami mengakhiri pengembaraan dengan memandu ke Jaya Jusco, Ipoh dengan mengikut jalan dalam. Perjalanan yang mengambil masa sejam lebih dan penuh kesesatan amat meletihkan.
Sampai Jaya Jusco, Ipoh.. aduh!! sangat sesak menggalahkan Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang. mungkin kerana tempatnya yang sempit menyebabkan aku rasa suasana yang sangat serabut.banyak kedai yang tutup sebab raya cina. emm... tak best pun JJ Ipoh nie. bosan jer..
Makan tengahari kami di Pizza Hut, Ipoh Garden. Pizza hut yang tak best aku pergi. markah 30%. jer. dahlah dengan harga pizza yang mahal, ada ke patut dia hidangakan kami dengan roti yang hangus dan sejuk??? aku memang tak puas hati dengan Pizza hut ini. sudahlah tiada ais, meja yang melekit, lantai berselerak, pelayan yang tidak kemas berpakaian.. malah ada pelayan yang makan buah di tempat salad
p/s : Dia bawa bekas buah untuk diletakkan di tempat salad sambil berjalan dia mengambil buah yang terdapat didalam bekas tersebut lalu memakannya. Pelayan boleh buat begitu ker???)
Sampai rumah sudah pukul 6 petang... opss lupa ketika di Jaya Jusco aku telah membeli 2 buah buku komik bertajuk 'Pakcik Kaki Panjang-prolog' dan 'Pakcik Kaki Panjang-monolog' heee heee.
aku harap aktiviti percutian seperti ini dapat mengeratkan kasih sayang aku dan suami. amin...
deq su
15/02/2010
Kenduri rumah Kakak Ngah
Kak ngah buat kenduri doa selamat kat rumah dia. Jemputan adik beradik ajer. So 11.00 malam sabtu aku ngan husband bergerak ke kampung untuk mengambil mak dan ayah. sampai dalam pukul 12.30. Jalan tak berapa sesak cuma keadaan yang gelap membuatkan aku terpaksa memandu perlahan.
p/s : aku drive sebab aku marah dengan asmad!!!!!
sampai tol senawang aku jadi berdebar-debar. Teringatkan kemalangan ngeri 6 sekeluarga di situ. sampai tol pedas aku rasa fasa 1 telah selamat dan nak menuju fasa 2 pulak. harga tol di kurangkan 10% sempena Tahun Baru Cina. so aku bayar tol RM 11.5o. jimat RM 1.20 jer....
fasa ke 2 pun selamat aje.. nak masuk fasa 3 yang aku risau sangat. so aku nekad lalu jalan Kota. seram ar nak masuk bongek!! jalan clear jer cuma tiba-tiba terpaksa break mengejut sebab sekumpulan kerbau melintas. nasib baik tak langgar... sampai rumah aku pun tido.. zzzzzzzz
13/02/2010
Bertolak ke rumah kak ngah dari kampung dalam pukul 3.00 petang. Jangka sampai dalam pukul 7.30 tapi!!!! jem giler dari tol tanjung malim sampai Perhentian sungkai. sebab jem?? TAK TAHU!!!!
masa kat hentian Tanjung Malim konon-konon tak nak berhenti isi minyak sebab rasa macam sempat je. tak sangka pulak boleh jem. so terpaksalah asmad exit Tol Sungkai untuk isi minyak PETRONAS. keluar balik dari tol Sungkai still jem tapi bila sampai hentian sungkai tengok jalan clear jer. yang sesaknya hanya hentian Sungkai. so penjelasan akibat kesesakan selama 3 jam tu tidak di ketahui... hampeh tul.
sampai rumah kak ngah, dah penuh dengan adik beradik abang ngah. aku yang rasa letih dan ngantuk pun dengan rasa rendah diri naik bilik dan tido. ZZZZZZZZ
14/02/2010
Hari kenduri. Bangunlah awal sikit. dalam kul 8 pagi aku dah bangun. Tolong apa-apa yang patut. tak lama lepas tu kakak abang ngah pun sampai untuk tolong masak. boleh lah aku tolong sikit-sikit.
Tetamu dah sampai so tibalah untuk baca Yassin dan makan tengahari. Menu hari ini... daging masak kari, ayam masak merah, ulam, sambal belacan, ikan kering, buah tembikai dan air sirap.
Selesai kenduri tibalah masa utk mengemas dan tengok TV. Pukul 12.30 pagi aku pun tido.ZZZZZZZZ
Semoga dengan sedekah dan keikhlasan kak ngah sekeluarga membuatkan rumah ini akan lebih tenang dan ceria. Amin...
deq su
15/02/2010
Ahad, 31 Januari 2010
Terima Kasih Teman

Kesuraman malamku bagai tidak berbintang
Kerana kesepian tiada berteman
Kemanakah hilangnya kejujuranmu insan
Adakah hanya di waktu ku keriangan
Punah sudah segala kepercayaan
Terhadap insan yang ku gelarkan teman
Aku tidak mahu lagi diriku di permainkan
oleh janji yang tak ditepatkan
Tapi kini kecurigaan ku berakhir
Kau hadir diwaktu aku memerlukan ketenangan
Walau di mana sahaja ku berada
Kau pasti tetap bersama sepanjang masa
Kau beri kekuatan dan keyakinan
Untuk tabah menghadapi masa hadapan
Biar pun kita berlainan pandangan
Ku kira itu tidak menjadi halagan
Asalkan kita jujur
Sesama insan
Kebahagiaan pasti berpanjangan
p.s: untuk suami tercinta... seluas langit aku mohon kemaafan di atas semua kesilapanku.
Pesta Buku!!!
Khamis, 14 Januari 2010
J Card Members' Day
hee hee nak tak nak, jadi jugak lah aku n the geng serang jusco bukit raja hari nie.. actully dari hari selasa lagi aku dah bising nak pergi sana. konon-konon nak buat pakatan ambil cuti sehari semata-mata nak merasai suasana J Card. tapi impian aku macam kabur jer. tak dapat respond dari geng...
entah macam mana pukul 12.45 pm tadi tiba-tiba diorang dok bising-bising nak pergi. aku apa lagi ... i follow you... naik kereta kak tun. aku dan ina just nak tengok suasana jer tapi rupanya kak tun memang dah plan nak beli hand beg and su pulak nak beli kasut. cheh! nasib baik aku ada TERbawa duit sikit.
kereta memang banyak sangat. so terpaksalah kami parking nun jauh di selekoh. nasib kaki lah kene menapak. aku pun tak tahu lah sempat atau tidak diaorang nie nak bershopping sakan.
dalam jusco memang dah sesak. orang shopping macam beli ikan di pasar. duit ratus-ratus jer keluar dari poket mereka. naik seram aku tengok. ingatkan perempuan aje yang suka bershopping, rupanya ramai gak lelaki dok berebut barang. asyik sangat kejar barang sampai kami berempat terpisah. heee heee aku pun apa lagi bawa diri lah. mata melilau ke sana sini menegok semua barang yang best-best belaka. harga memang ok lah bagi aku. ada yang mahal ada yang memang murah sangat. so kene pandai pilih dan kene memilih. dari kononnya hanya datang untuk melihat (kononnya lah) tanpa aku sedar aku telah membeli barang dengan harga mencecah RM 130.00!!!!!! huu hhuuu hhhuuuuu
p.s : habis duit kecemasan aku habiskan. nampak gaya gaji bulan nie terpaksalah aku bayar hutang dengan begitu BANYAK sekali
so senarai pembelian aku adalah seperti berikut:
i) Baju kemeja jenama DURBAN - RM 45.90
ii) Seluar dalam lelaki jenama ALAIN DELON - RM 16.90
iii) Baju T Shirt jenama TOMS GIRL - RM 23.73
iv) Baju T Shirt jenama TOMS GIRL - RM 34.94
dalam masa sejam aku telah menghabiskan duit yang begitu banyak!!! bayangkanlah jika aku jadi mengambil cuti untuk datang ke sana dan menghabiskan masa hampir 5-6 jam... berapa agaknya duit aku akan terbang masuk ke dalam poket AEON??? bazir.... bazir....
aku harap di masa akan datang, aku akan lebih berhemah dalam berbelanja.. HHHaaaaa haaa haaaa yer ker???
apa pun aku memang seronok hari ini kerana aku dapat membeli seluar dalam suami aku yang dah lama aku teringin nak beli. Sayang abang!!
deq su
14/01/2010
Isnin, 4 Januari 2010
komik 1/2010
Selamat Tahun Baru 2010.
Alhamdullilah masih lagi sempat merasa keindahan tahun baru.
now tengah giler dengan buku komik. expecially buku anime. for opening, this new year aku beli 2 buah buku "Putera di Balik Tabir" & "Kemasyhuran Putera Di Balik Tabir" karya Sakurakouji Kanako.
the story soo nice. gambar cantik and jalan cerita sangat indah. tidak menghampakan!
Putera di Balik Tabir & Kemasyhuran Putera Di Balik Tabir
ceritanya berkisar Akari, seorang pelajar sekolah tinggi bertemu dengan Ryusei, pelakon Kabuki (pelakon teater muzikal tradisonal Jepun yang merangkumi drama tarian dan nyayian) yang kacak dan sangat terkenal.
Watak Akari seorang perempuan yang normal dan tidak mempercayai lelaki yang kacak tetapi di sebabkan satu kemalangan kecil dia terpaksa menjadi pembantu kepada Ryusei. Ryusei dikenali sebagai seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang ramai.Namun keadaan itu menyebabkan Akari menjadi rapat dengan Ryusei dan menimbulkan rasa cinta dalam dirinya.
Percintaan mereka di sembunyikan kerana tidak mahu populariti Ryusei jatuh. malah hubungan mereka juga tidak di sukai oleh ayah Ryusei. Dalam masa yang sama kehadiran Naoki, seorang pelakon menyebabkan rasa cemburu di hati Ryusei.
Mampukah mereka berdepan dengan pelbagai halangan di dalam perhubungan mereka?
hee heee silalah baca komik tersebut. plot cerita memang menarik. mungkinkah terjadi di alam realiti?
p.s : boleh lah layari laman web pengarang iaitu http://sakurakoujie.lolopop.jp dan di bawa khas oleh Gempak Starz Collections
deq'su
04/01/2010
Wordless Wednesday #17
dia macam malas nak fikir semua benda dah. dah letih.. penat.. hidup nak tenang-tenang jer

-
“Happiness is being the creator of your experience, choosing to take pleasure in what you have, right now, regardless of the circumstances,...
-
“If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” Michele Ruiz .......................................
-
"You can never quit. Winners never quit, and quitters never win." - Ted Turner - ....................................................