Khamis, 17 Julai 2014

Labuan dan Keningau

Assalammualaikum..
 
Sibuk sangat ibu sekarang. tak dan nak update blog bagai. hanya mampu membaca je. tapi... hari nie ada lah masa sikit nak bercerita.
 
Rahsia besar ibu dah diketahui ramai!!!
 
oh nooooooo... ibu memang takut naik kapal terbang
 
but pada satu hari my boss bagi tahu... "Aida.. u ikut I gie Labuan dan Keningau"
 
why??? why me??? terus jantung ibu berdebar-debar macam dah berlari 10 KM..
 
tak kan nak tolak kan? dah lah geng opis makin susut sebab ramai yang pindah/bakal pindah/ cuti bersalin. Nama kena jaga beb.. SKT tu..
 
yang nie pulak jadual penerbangan. Mudahkan planner kitaorang. haaa haaa. janji sampai. ye dok.
 
 
 
3 kali naik flight .. memang mencabar minda betul. Masa naik flight gerun sangat. Rasa nak turun tang tu jugak... tapi buat-buat layan movie cerita 'Istambul Aku datang'. terus jatuh cinta dengan Beto!!! oh tidak....
 
Akhirnya.....
 
here I'am...
 
welcome to Labuan and Keningau...
 
so jom layan gambar ek.

Pemandangan dari Kampung Emy
 
Yang bestnya emy adalah anak tempatan Labuan. so dapat lah gie jalan-jalan kat rumah dia. Rumah Emy atas air tau.. best.. orang KL sibuk-sibuk nak dok chalet atas air..... bayar mahal-mahal... dia tak yah susah-susah.
 
Cuak juga nak naik atas titi tu. dah lah kiri kanan takde pemegang. Rasa macam nak jatuh. lagi-lagi bila berselisih dengan orang. Nak ke kiri takut.. nak ke kanan takut.. takut jatuh.
 

Pemandangan dari Kg Emy + My bos + Me + Emy
 
Sila abaikan diri ibu yang semakin gemuk melebar tu ye.. Itu lah my bos dan Emy.. cantikkan.. ibu je yang pendek. Haaa haaa.. nak buat macam mana dah acuannya begitu.
 
Malam tu bos ajak gie makan kat Anjung Ketam.
 
Makan seafood??? aduh ibu dah lah allergic.. mau gatal-gatal nanti. dok fikir nak gie ke tak. Teringat balik dalam beg memang ada ubat so boleh lah. bila lagi nak datang Labuan kan.. takkan tak nak gie.
 
Sedap sangat. confirm! seafood dia fresh giler. Ibu melantak makan 2 kilo ketam tanpa memikirkan tentang kegatalan yang bakal dihadapi kelak.
 
malam tu memang standby ubat tapi Alhamdullilah sampai balik memang takde langsung gatal-gatal menjelma. Maybe sebab makanan dia fresh sangat.
 
so..... sapa yang datang Labuan.. tempat ini adalah wajib untuk dikunjungi dan jangan lupa juga pada penggemar coklat sebab Labuan adalah Duty Free Zone!
 
Lupa lak.. thanks to my bos yang belanja makan. tak tahu lah berapa ratus duit dia habis. huu huu.
 

Sedap!!!!!

Gambar keningau tak ada sebab terlupa nak ambil.
 
Keningau kopi dia sedap sangat. Ibu habis duit memborong kopi sahaja.
 
Pemandangan pun cantik. lebih-lebih lagi masa melalui Banjaran Crocker.
 
Yang best dan misterinya... tiba-tiba driver kereta tu boleh berhenti di satu kawasan di laluan menurun. cuak jugak ingatkan kereta rosak rupanya bila dia free kan gear kereta itu tidak meluncur ke bawah tetapi dia akan menaik.
 
Ajaibkan. Besar sungguh kuasa Allah.
 
So trip kali nie memang ibu banyak habis duit beli macam-macam. Dengan coklatnya lah.. dengan baju.. dengan udang besar.. dengan kopinya.. memang belanja macam orang kaya. sebab fikir tah bila boleh sampai lagi.
 


Jumaat, 30 Mei 2014

Biar gambar berbicara EP 2

Assalammualaikum...
 
 
 
"adik... jom main sama-sama"

Biar gambar berbicara EP1

Assalammualaikum..
 
Sambil menunggu waktu balik.. jom layan gambar nie..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

kakak makan sambil menyanyi
 
"adik tak leh makan sebab adik takde gigi"
 

Jumaat, 2 Mei 2014

Teman baik - Autumnz Marvel Single Electric + Autumnz - Classique Cooler Bag

Assalammualaikum
 
Perkenalkan teman baik dan yang paling setia sepanjang tempoh penyusuan Muhammad Ilyas...



Allah memudahkan segalanya.. tak sangka akan melahirkan bayi pra matang.. Memang hati sangat mendesak untuk membeli breast pump dengan lebih cepat walaupun usia kandungan baru 30 minggu. Seminggu lepas beli terus bersalin.
 
Sebulan ilyas di hospital... beg nie lah teman yang bersama-sama menghantar susu ke sana. Pump itulah peneman setiap hari siang dan malam... Mendengar tangisan dan harapan si ibu mohon ilyas dapat keluar hospital segera..
 
 
Ketika 14 hari tanpa suami di sisi cukup mendidik ibu tabah dan terus berjuang.. Mengusung mereka setiap hari dan menjadi pengunjung setia wad NICU putrajaya setiap pukul 4.00 petang
 
Alhamdullilah dapat susukan ilyas selama setahun sebulan. Memang bersyukur sangat sempat beli pump nie. Walaupun dia tak semahal mana.. tapi bakti yang diberi sangat bermakna.
 
In sya Allah.. sekiranya ada rezeki lagi.. Khidmat kamu berdua pasti akan diperlukan. duduk elok-elok dalam almari ye.
 
Terima kasih

Isnin, 14 April 2014

Kenangan : Nasi Ayam

Assalammualaikum..
 
korang makan apa hari nie?
 
ini menu tengah hari aku...
 
NASI AYAM makcik MOF!!!

 
sebut pasal nie teringat pertama kali makan nasi ayam..
 
Dah hidup 15 tahun baru tahu kewujudan nasi ayam nie.. huu huu
 
Mak bawak balik sebungkus nasi ayam yang dia beli di Jalan Pekeliling.
 
Makan kongsi 3 beranak. Sedap betul rasanya.
 
Tanya mak nie makanan apa.. mak jawap ini lah nasi ayam!!!
 
Rindunya di saat susah dahulu.. semuanya dikongsi bersama..

Rabu, 12 Mac 2014

Happy Birthday Muhammad Ilyas - Setahun

Assalammualaikum
 

Alhamdullilah.... budak nie dah setahun..
 
Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Kuat iman di dada untuk mengharungi cabaran akan dating. amin

Rabu, 5 Mac 2014

Nur Ikhlas : Cerai Lampin Ep 1


Assalammualaikum...

Selalu tertanya-tanya bilakah usia yang paling tepat untuk Nur Ikhlas nie 'cerai lampin'...

ohhh...  akhirnya 04 Mac 2014 bermula episode untuk Nur Ikhlas belajar 'Potty Training'.

Hampir 6 bulan ibu pujuk untuk buat Potty Training sebab Nur Ikhlas dah pandai cakap nak berak dan kencing tapi ada saja alasan si kakak nie..

Siap ibu belikan Kid Toilet Foldable Trainer Potty Seat Step Ladder macam yang si kakak minta (sebab nak sama dengan yang ada di taska)

Alasan utama dia "nanti ikhlas nak pegang pampers" tabiat dia yang paling sukar nak buang. (di sini)

Petang semalam selepas balik taska, Nur Ikhlas request untuk tak nak pakai pampers.. wahh ibu rasa sangat-sangat gembira. Macam satu hadiah yang sangat berharga buat ibu.

Kelakar sangat bila dia nak buang air kecil... terkejar-kejar buka seluar dan berlari ke tandas.. Setiap jam kena tanya dia nak kencing ke tak. Alhamdullilah berjaya untuk tidak memakai pampers dari jam 6 petang sehingga nak tido. Bila nak tido baru pakai pampers.

Tadi hantar ke taska, Nur Ikhlas pakai pampers tapi ibu dah beritahu teacher yang Nur Ikhlas tengah buat Potty Training..So harap hari ini boleh diteruskan sehingga berjaya untuk tidak pakai sepenuhnya. Insya Allah.

Wordless Wednesday #28

yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...