Selasa, 14 Jun 2016
Dari Allah Kita datang Kepada Allah Kita Kembali
Selasa, 7 Jun 2016
BlackOut 1 Ramadhan 1437
Malam tadi berbuka puasa tema candle light dinner :p
stress betul. dah 3 malam elektrik takde kat rumah. katanya kabel bawah tanah terbakar.
Alhamdullilah sebelum balik teringat nak beli lilin kat kedai berhampiran opis. Husband kata kedai dekat rumah semua dah takde lilin.
Beringat nak simpan lilin banyak-banyak... pengajaran dari malam ke dua tiada elektrik hanya bertemankan cahaya dari HP gara-gara tak simpan stok lilin. nasib baik bakteri full.
Alhamdullilah dikurniakan anak-anak yang tahan panas. Kesian tengok anak-anak dah lecun mandi peluh.
Lepas ni nak cari kipas yang boleh guna power bank pula... and always remind untuk full kan semua power bank lepas guna.
Isnin, 31 Ogos 2015
Anak bujang sulung
assalammualaikum
nie anak bujang kita.. tengoklah cara dia bergaya depan kamera... nk buat 'peace' tapi macam tu lah bentuknya...
anak bujang ni kesayangan kakak dia.. ke mana pergi mengekor je.
Pantang hilang kakak... mesti nagis...
sampai rimas lah kakaknya.. huu huu
semenjak ada baby ni.. manja dia terlebih. kuat menangis.. kuat merajuk.. mungkin rasa terasing kot.
iya lah.. kita sibuk dengan baby baru.. dia rasa ada persaingan untuk merebut kasih sayang..
adeh...
ibu sayang anak-anak ibu ni.. cuma awal ni ibu kena bagi lebih perhatian buat baby yang baru nak kenal dunia ni..
so tak mau jeles.. jeles ye.. hee hee cakap macam lah ilyas boleh baca kan...
Selasa, 18 Ogos 2015
Pindah Klang
Assalammualaikum.
hee hee kita tak bagitau pun yang kita dah pindah kan.. kan..
yeee yee kita dapat tukar klang... start awal bulan 7 hari tu kita dah pindah rumah.
bye.. bye.. putrajaya..
sedih memang sedih tapi kita kena teruskan kehidupan harian.
semoga penghijrahan ini memberi seribu satu keberkatan dan kebahagian buat kami sekeluarga.
Posted via Blogaway
Isnin, 13 Julai 2015
ubat mematangkan paru-paru bayi
Steroids
Ia diberi kepada ibu untuk membantu kematangan paru-paru bayi pra matang.
Ubat yang digunakan di KKM adalah dexamethasone dan ia diberi dalam bentuk suntikan di punggung pesakit. Dos yang digunakan adalah 12mg setiap 12 jam untuk 2 suntikan.
Kebaikan steroids termasuk:
1) Mengurangkan masalah pernafasan bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
2) Mengurangkan masalah pendarahan di dalam otak bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
3) Mengurangkan masalah jangkitan usus bayi selepas bersalin disebabkan pra-matang.
4) Mengurangkan risiko kematian selepas bersalin disebabkan pra-matang.
sumber: www.myhealth.gov.my
p/s: pengalaman menerima suntikan ni... memang sakit sangat. dalam tempoh 10 minit dari mula disuntik rasa kesakitan tu seperti nak mematahkan besi katil hospital.
Ahad, 12 Julai 2015
Muhammad Ilman Mohd Asmad
lama menyepi ye..
Alhamdullilah.. kita dah selamat melahirkan baby boy pada 20 Mei 2015. Muhammad Ilman namanya. lahir pada minggu - 32..
doakan ilman sihat dan membesar bagai johan ye.
Khamis, 2 April 2015
cantikkan?
bukan mudah untuk mengenali seseorang. walaupun dah lama bersama tetapi belum tentu kita saling memahami antara satu sama lain.
Mengenali dan memahami mengambil masa bertahun-tahun.... beratus-ratus tahun.. berjuta-juta tahun... sampai mati.
sebab itu wujudnya kasih sayang.. kasih berpanjangan... untuk kita mengenali, mempelajari dan menerokai keindahan satu perhubungan.
mencintai seseorang sesuatu yang indah. merindui dan merasa dikasihi. semuanya adalah bunga-bunga kehidupan.
Alangkah indah jika perasan yang sedang berbunga-bunga di hati ini boleh di kongsi bersama dengan orang tersayang.
tetapi biarlah nanti cinta kita pada perhubungan itu kerana Allah.. cantikkan?
Wordless Wednesday #28
yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...
-
yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...
-
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...
-
"Try to be a rainbow in someone else's cloud," - Maya Angelou - .................................................................

