Khamis, 19 Januari 2017

Love this moment!!

5.45 pm

life is short.. kan.. kita hidup ni cuma untuk 3 saat sahaja..

untuk 3 saat tu lah kami nak grab sebanyak mungkin peluang. ini bercakap mengenai kehidupan ok..

hari ini.. semuanya berjalan lancar. Alhamdullilah. tak berapa stress dan semuanya agak teratur.

Hujan kat luar tu.. sejuk sangat. mata pun minta untuk berehat.. alangkah seronoknya dapat tidur dengan lena. Enam tahun dah tak dapat tidur dengan betul :p

Pagi tadi masa memandu tiba-tiba teringat.. tahun ini dah 36 tahun.. tapi perangai macam budak-budak. still tak matang lagi. bila lagi lah kami ni nak matang. lagi 4 tahun nak masuk 40 siri.. seram pulak rasanya.

tertanya juga dalam 3 saat tu apa pencapaian yang dah kami buat? yup.. banyak.. terlalu banyak rezeki yang Allah berikan selama 36 tahun ni. tak terdaya nak membalasnya. Alhamdullilah masih sihat dan waras.

so untuk next 36 tahun.. Insya Allah.. apa yang akan kami lakukan? Hope sesuatu yang sangat-sangat baik dan berguna. amin

Hujan masih membasahi bumi.. kami suka sangat saat ini.. nyaman dan tenang.. bila lagi lah nak setenang hari ini..


walau selebat mana pun hujan.. matahari pasti akan muncul kembali..

Rabu, 11 Januari 2017

Nur Ikhlas kena gegata

10.54pm

Start pagi tadi ada dua macam kesan gigitan nyamuk pada muka Nur Ikhlas. bila ibu tanya dia kata kena gigit nyamuk. So ibu pun takde lah nak periksa sangat sebab pagi-pagi kan.. mungkin ada nyamuk merayap masuk dalam rumah dan ibu tak perasan.

Tiba-tiba tengah hari abahnya bagai tahu Nur Ikhlas kena gegata.. habis satu badan..

aduh.. ibu jadi kusut.. dari mana pulak Nur Ikhlas dapat gegata tu.. dia makan apa semalam.. ke tilam tu ada hama?

Pening dah ibu. Lepas satu..satu.. dugaan betul sekarang ni. Ibu cuba google macam mana nak atasi dan ubatkan Nur Ikhlas. So ini yang ibu dapat dari blog Dr Hassan Medical

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

So ibu kena tabah dalam merawat Nur Ikhlas. kena bawak gie klinik untuk dapatkan pandangan doktor. Doakan Nur Ikhlas cepat sembuh. Insya Allah. Amin

Personal diaries

12.45 pm

Kadang-kadang blog nie bukan sahaja tempat bercerita... tapi juga tempat untuk meluah perasaan. Ada cerita yang di up kan dan  ada cerita yang sengaja di hide kan. Malu kalau ada orang baca luahan perasaan merapu kita..

tapi ada ke orang baca blog nie? Tak popular pun kan. Banyak yang merepek dan tak menarik.



Dah lama tak bermain kata-kata.. nak kena asah balik bagi tajam. mampu kah?

Sejak sebulan mula membaca novel, hati kembali membuak-buak untuk bermadah. Rindunya keadaan itu.

Hidup mesti gambel kan. Nak bagi semua orang baca apa yang kita tulis supaya dapat merasakan bahawa kita tak keseorangan dan kesepian.





2017 berusaha untuk melangkah maju dengan lebih bergaya dan cuba untuk mencipta memori yang indah-indah belaka.

cuba untuk mencari keceriaan di hati dan nak elak dari kemurungan. Insya Allah.

nak buat balik hobi yang mencabar dengan lebih kerap supaya dapat memotivasikan diri.



motivasi untuk awal tahun selepas berhadapan dengan isu-isu yang mencabar minda dan fizikal di tahun lalu.

Semoga semuanya dipermudahkan. amin

Nur Ikhlas 6 Tahun

Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present

- Jim Rohn

..............................................................................................................................................


05 Januari 2017 - org lain dh masuk 3 hari bersekolah... kakak ikhlas baru first day kat tadika baru.

6 tahun, kami pindahkan Nur Ikhlas ke sekolah Tadika An-Nur. memandangkan kebanyakkan masa kami tak berapa nak sempat nak ajar  Nur Ikhlas bab agama so ini salah satu inisiatif kami untuk bagi basic agama pada dia. 

Ibu pun tak berapa berilmu so marilah kita belajar bersama-sama. Insya Allah



ibu doa segala ilmu yang kakak belajar akan kakak manafaatkan dengan baik. 

ibu dgn abah tak kaya nak bagi kakak emas belian... 
hanya dpt sediakan keperluan seadanya untuk kakak cari ilmu untuk kakak bina kehidupan yang gemilang. 

ibu sayang kakak.

Khamis, 24 November 2016

Happy Birthday to me!!!

Assalammualaikum

Morning!!

officially sekarang dah berusia 35 tahun.. Last tahun sebagai warga belia.. haaa haa nak masuk fasa dewasa dah. 

actually jarang update time birthday kan. tapi hari ni macam nak bercerita what happend to me sejak dua menjak nie.

macam-macam berlaku. yang di duga dan terlalu banyak yang tidak di duga.

membesarkan tiga orang anak dengan gelagat masing-masing. berkerja sampai demam-demam.. penat sangat. bab anak yes i have a lot of fun rising them.. pasal kerja.. banyak yang buat kita down dan tak bersemangat.

kadang-kadang terfikir.. betul ke keputusan untuk pindah ke klang. buat no point untuk patah balikkan.. keputusan dah di buat. so laluinya saja.

but terus terang.. ini bukan jalan yang membahagiakan :(

sangat besar onak dan duri yang perlu ditempuhi.. banyak kali kata.. sabar deq su.. u can do it!!  u'r amaizing women..

hope esok dan seterusnya akan bertambah baik. Insya Allah.

6.52am

Khamis, 27 Oktober 2016

Selamanya Cinta

Pabila ku lihat senyumanmu
Terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua

Ada sesuatu tentang kita
Kemesraan bersama membuatku alpa
Tak pernah terlintas untuk aku kehilanganmu

Aku tahu kau juga pun turut rasakan itu
Lebarkanlah sayapmu ke pangkuanku
Agar bayangan hitamku berlalu

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Jarak itu buat ku celaru memikirkanmu merindukanmu
Namun itulah menguatkan cinta kita

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Tanpa cintamu
Ku merasakan hidup tak lagi bererti
Tanpa dirimu aku rapuh

Tiada tanda tanya
Tentang ketulusan kasih kita berdua
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta
Bersemi cinta
Ku harap kita kan selamanya cinta

Selasa, 25 Oktober 2016

Manja

now 11.51 pm

orang kata kami garang.. ye ke? mungkin...

hee heee..

yang rapat pun belum tentu tahu kami macam mana inikan pula orang kata..

kami ada rahsia nak bagitahu.. sebenarnya kami nie manja orangnya.. haaa haaa haaa

kami tengah sedih lah

kami rindu teman kami.. rindu sangat2 pada dia.. manja kami hanya pada dia..

banyak cerita sepanjang 15 tahun ni kami nak cerita pada dia.

dia jahat.. tinggalkan kami sorang-sorang buat keputusan sendiri.

ok.. dah merapu malam-malam..

gud nite

12.14am


Attend Kuala Lumpur International Book Fair 2025

"Ilmu yang bermanfaat untuk rakyat digarap daripada hasil pembacaan buku yang bermutu."  - Anwar Ibrahim - ..........................