Ahad, 28 Disember 2025

Hari Anugerah Sek Rendah 2025

 Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"

-Albert Camus-

......................................................................................



Alhamdullilah rezeki untuk si kecik ni.

Tahniah bulan ibu. Teruskan usaha. tolong lah kurangkan main game tu :p

Tinggal dia seketul je nanti kat sekolah rendah

Cepat betul masa berlalu kan.

Sabtu, 27 Disember 2025

Bye Bye KIMIE

 How lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard" 


-A.A. Milne/Winnie the Pooh-

...........................................................................

25.05.2018 - 17.12.2025

17.12.2025 petang, last day Kimie dengan kami. Agak terkejut juga sebab tau-tau dealer kereta sampai rumah. Kejadian tak sampai pun sejam. Aku macam masih belum percaya yang dia dah takde.

Thanks Kimie untuk 7 tahun berbakti pada keluarga kami. Sudi dengar semua luahan aku sepanjang kita bersama-sama mengharungi jem pergi dan balik kerja.

Kita sayang awak sangat. Banyak jasa awak pada kami tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.

InsyaAllah semoga tuan baru akan menjaga awak dengan baik. Amin



Jumaat, 26 Disember 2025

Movie Time - Papa Zola The Movie

 "Lelaki Tidak Bercerita Kecuali Cerita... Papa Zola The Movie"


-Papa Zola The Movie - 

......................................................................................


Movie wajib tengok untuk anak-anak aku.

Tak dapat tiket untuk tayangan hari pertama. tapi tak pelah. bukannya panggung wayang tu lari ke mana kan.

Kita beli tiket hari ke-3. Still full house.

Ada part sedih.. ada part kelakar... ada part bosan.. 

One of my friends tanya.. ok atau tak nak bawa anak dia pergi tengok cerita ni. Sebab abah dia bukan macam Papa Zola (bercerai dan tinggalkan anak macam tu je). Takut anak dia sedih.

Aku cakap terpulang. Jangan ambil yang negatif dalam kehidupan kita 100%. yang bongoknya ayah dia. Maybe kalau tengok cerita itu dia tahu apa sebenarnya tanggungjawab seorang ayah. then he should be like Papa Zola. Berusaha yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak. 

Overall ok. tapi teruja part last. Sapa yang belum tengok boleh stay sampai hujung.. sampaiiiii huuujjjuuungggg tau.

Kalau dah tengok tapi tak stay sampai hujung tak leh buat apa lah.

Markah 9/10 sebab mula cerita agak membosankan . waaakakakaka

Free TGV bagi tapi aku tak tahu untuk apa

Doakan Ikhlas dapat masuk SBP ye

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...