Jumaat, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Entah bila aku boleh menjejakkan kaki ke mekah..
Entah sempat atau tidak..
semuanya kuasa Allah.
Aku harap bila tiba masanya nanti,
Allah akan mengizinkan aku mengunjungi rumah Nya.
Insya Allah

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Khamis, 3 November 2011

Hadiah Birthday!!!

Macam melampau tak kalau aku nak benda nie untuk birthday aku nanti??

Melampau ker?
Boleh ar.. untuk tambah koleksi..


Selipar nie unik.. macam best je bila pakai kan???

Yang nie special untuk Nur Ikhlas... mesti cute sangatkan.. hee hee

haaa haaa aku suka coklat nie!!!! nak jugak!!!!

ok... memang perlu sebab cute jugak.. hee heee


kan cantik kalau letak dalam kereta... Ohh bilahkah kelisaku nk bertukar warna hijau nie...



tolong!!! nak yang nie jugak...


kalau dapat nie, confirm husband aku tak boleh nak cilok lagi... hee hee


comel kan...


nie yang paling aku nak... best.. best..


tapi... sapa yang sudi nak bagi aku hadiah nie???

husband..

jangan mimpi ar. maunya aku kene leter dengan dia..

haa haa haaa

Exam tah apa-apa

Ok.. bukan salah pengubal soalan yang menyebabkan aku rasa exam semalam yang paling bodoh dalam sejarah hidup aku..
Mula-mula.. ya aku akui yang aku tak buka buku langsung. Salah aku lah.. dan sebab kesalahan itu aku rasa macam bodoh sangat.
Untuk masa selama 1 jam 30 minit, aku perlu jawap 2 soalan kajian kes yang sah-sah memang aku pernah tahu dan buat. tapi sejak meninggalkan kerja-kerja tu 6 tahun lepas adakah boleh memori aku yang sedia ada dah 'broken' nie mengingati semua itu. Haa haaa haa
Dan alasan sebab tak pergi induksi mungkin aku boleh pakai jika aku TERPAKSA mengulangi semula exam tu.. boleh ker?
Akhirnya.. aku mula dibayangi dengan perkataan "KANDAS". oh tidakkkk.... aku berdoa agar penyemak kertas jawapan aku akan berbesar hati memberi status lulus untuk paper aku semalam.
Alangkah....

Selasa, 1 November 2011

Puding Roti Karemal

Demam masak memasak..

So untuk pencuci mulut kali ini aku buat Puding Roti Karemal pulak. Yang nie berbeza dengan yang aku pernah buat dulu. Bezanya dulu aku main carik-carik ajer rotinya.. ada susu segar dan margerin bagai.. tapi kali nie aku kisar terus. Bahannya pun senang jer..


Bahan-bahan:

6 keping roti

6 biji telur

1 tin susu cair

500 ml air

360 gm gula (kalau tak nak manis boleh dikurangkan)

sedikit perisa pisang


cara-cara:

1) Kisar telur, susu cair,roti, air dan perisa pisang.

2) Cairkan gula dalam periuk.

3) Tuang gula dalam loyang diikuti dengan bahan yang dikisar tadi

4) Kukus sehingga masa (dalam 45 minit - 1 Jam)

5) Siap untuk makan.....


so inilah hasilnya....




Maaf lah gambar dan cara penghiasan tak lawa sebab aku main snap ajer.. Kamera masih di pinjam oleh anak buah so kamera handphone jelah yang mampu.

Pagi tadi aku suruh husband aku bawak sikit untuk kakak-kakak dia di klang. Anak buah aku suka makan.. Hee hee tapi tak tahu lah yang nie sedap ke tidak.

Untuk next week aku nak try masak kek coklat kukus pulak.

Resepi dia pun aku tengok sempoi ajer. Orang yang tak rajin sangat macam aku nie elok gunapakai resepi yang senang.. haaa haa haa

Isnin, 31 Oktober 2011

Kek Jagung Kukus

Tengah giler buat kek pulak. Mentang-mentak mak ada kat putrajaya.. haaa haaa. So untuk hari sabtu yang lalu aku pun bertapa lah kat dapur untuk masak benda nie...

Disebabkan aku tak de oven so kene cari resepi yang main kukus ajer.. Selak buku hikmat dapatlah satu resepi nie..

Kek Jagung Kukus.



Bahan-bahan:

1 cup mentega

1 cup gula

2 cup tepung gandum

1 tin jagung

1 sudu besar soda bikarbonat

5 biji telur

Cara-cara :

1) Pukul mentega dan gula sampai kembang.

2) masukkan telur sebijik demi sebijik

3) Blander jagung sampai halus dan masukkan dalam bancuhan.

4) Ayak tepung dan soda bikarbonat.. nie pesanan mak aku supaya mereka sebati

5) Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

6) Bila semua dah sebati, masukkan dalam loyang yg dah di sapu dengan marjerin

7) Kukus sampai masak.

senangkan...

hee heee tak lah susah mana pun masak benda-benda nie semua. cuma kene cukup bahan jer dan sedikit kerajinan.



So inilah hasilnya..

agak tak berapa naik sebab aku tutup penutup kukus tak rapat.. alangkah


Nie yang mak aku membebel sebab aku tak tengok masa tutup pengukus nie.. haaa haa
tak per janji sedap. haa haa haaa...

Jumaat, 28 Oktober 2011

ceramah-online

Alhamdullilah.. seperti yang di janjikan kini aku menghebahkan kehadiran laman web bagi penggemar ceramah-ceramah islamik.

Pada yang banyak kemuskilan mengenai agama, fardhu ain, fardhu kifayah bolehlah lawati laman web ini sebagai salah satu alternetif.

Aku pun banyak belajar dari ustaz-ustaz nie. Maklumlah nak gie surau pun tak berkesempatan. Nak membaca pun tak sempat.

So sambil-sambil lipat kain ke.. masak ke.. memang husband aku pasang video nie. Nur Ikhlas pun boleh dengar. Walaupun dia tak faham tapi aku tetap usahakan supaya suasana disekeliling dia di sirami dengan benda-benda yang berguna... Alhamdullilah Nasib baik Nur Ikhlas bukan jenis tengok kartun.

So sapa-sapa yang berminat.. inilah laman webnya. Selamat berceramah!!


Hot FM Video Hangat - Acara Hot FM - Serbuan Pejabat Bersama NESVITA 3 dalam 1






hee heee ini lah yang aku bagi tahu isnin lalu.. thanks pada member yang menang menyebabkan hot FM bertandang kat opis aku.

Memang best giler.. Aku ada ambil gambar jugak tapi anak buah aku pinjam kamera pulak. Tak sempat nak transfer kat Laptop. Alangkah..

Yang penting krew Hot FM memang happening.

Love chad and Ikhwan!!!

haa haaa haa