Rabu, 29 Mac 2017

Tempat berteduh - Fasa 1

Assalammualaikum..

Alhamdulliah.. bersyukur kepada Allah kerana segala yang rancang berjalan dengan lancar.

Akhirnya selepas menimbang dari pelbagai sudut.. kami memilih Syarikat ZYQ Engineering untuk membina rumah kami.

Lawatan ke opis ZYQ Engineering

bincang... kira-kira..

8 Mac 2017.

kami serbu opis dia.. haa haaa.. bincang tak sampai 30 minit sebab cik abang memang dah buat research berbulan-bulan. So sampai tu memang terus tuju apa yang kami mahu.

Settle bayaran deposit. so next step kita kasi bersih itu tanah..


12 Mac 2017

untuk bersihkan tanah, kita upah orang tolong bersihkan tanah. kalau nak buat sendiri memang tak lah.. mau setahun tak settle. huu huu

dah bersihkan tanah baru kita tambak.. hampir 20 lori tanah jugak lah.. seram kita time nak bayar.. gigil je tangan time serahkan duit. macam air lalu je.. sekejap ada pastu dah takde.. 



Budak menyibuk ajer

Pantang kita amik gambar.. posing je lebih
jeng.. jeng...

macam nie lah rupanya bila dah ditambak.


kenapa nak di tambak? supaya rumah tu tak rendah sangat dari jalan so tak delah air masuk bila hujan dan juga supaya tanah jadi rata.

so sekarang kita tunggu sampai tanah tu dah cantik dan boleh pacak tiang.

nanti kita sambung fasa 2 ek.

bye

Jumaat, 24 Mac 2017

untuk melupakan?

8.24 am

untuk memaafkan mudah.. untuk melupakan? tapi mimpi malam tadi buatkn saya terfikir.. adakah dia dalam kesakitan atau adakah saya benar2 telah redha memaafkan dia?

saya sayangkan dia. tapi saya benci keadaan dia. pemikiran dia.. kehidupan dia.. apa yang dia dah buat.

walauapa pun dia masih yang terpenting dalam hidup saya.

redha.. Insya Allah saya akan usahakan. tapi tak janji.

Jumaat, 10 Mac 2017

お願いします

1.21am

愛 の ない 人生 なんて そんな の 生きる 自信 ない

ゆめ の ない 人生 なんて そんな の 想像 し たく ない

それは大丈夫だと言ってください

すべてがうまくいくと言ってください

Khamis, 23 Februari 2017

Mata Hati

6.03 pm

Please... kita kalau bercakap memang tak akan tengok mata orang lah..

takut pada renungan mata. lagi-lagi kalu orang tu tengah mengayat. haa haa

Lepas meeting mesti Bos bising sebab nampak kita macam tak fokus. mata melilau-lilau.

adeh.. tak kan nak menatap je mata dia. apa lah.

serius kita boleh kalah berdebat kalau tengok mata lawan.

petuanya.. kita tengok lah dagu dia. sure kita akan menang.

hari ini agak penat tapi tak stress. still kejar dateline untuk PTB. so kita just tarik nafas berulang kali je. tenteramkan hati dan minda.

caiyok.. caiyok deq sue!

Rabu, 22 Februari 2017

Merah & Hijau.. warna kita

10.07 am

siaran di waktu pagi...

kita happy sangat pagi ini. serius happy..

even pagi tadi menitik juga air mata bila borak dengan joey.. dalam kereta dok fikir macam-macam benda nak settlekan.

alhamdullilah.. sampai opis macam biasa lepak dalam kereta untuk tarik nafas 5 minit.. buka fb then dapat status yang menyentuh hati dan terus menceriakan hati kita..


serius kita happy setelah hampir 2 minggu life macam apa tah.

thanks cik siti sebab berjaya buat kita senyum sampai ke telinga..

Selasa, 21 Februari 2017

Coffee Please

3.38 pm




bulan yang sangat-sangat sibuk. rasa macam nak pecah kepala nie. nak bernafas pun semput-semput aje.

Apalah khabar kawan baik kita wak..

nak ajak duduk minum kopi sambil borak-borak..

lagi-lagi dengan cuaca macam ni.. suasana selepas hujan. mesti seronok mengamit memori.

ok.. otak nie bila taip kawan baik bukan fokus pada teman kita ye..

kita dok teringat kat maria.. rasa nak gie jumpa dia.. peluk dia kuat-kuat. then paksa dia bagi tahu yang kita nie masih kuat.

mesti touching kan kalau maria baca nie. kita nak wssp dia pun tak sempat. la nie baru dapat nafas sikit. taip sikit kat sini.

ya.. aku betul-betul rindu sangat dengan ko ni. dah tahap kronik ni.

jom teman aku minum kopi. ada cerita panas...

Isnin, 20 Februari 2017

Rahsia

6.07 pm

susah bila kita jadi tempat menyimpan rahsia.

susah bila kita dah tahu sesuatu rahsia.. kita akan terus selongkar dan selongkar lagi.

susah bila tiba masanya kita rasa macam kita nie sibuk-sibuk pulak.

susah bila hati tak tenteram. di hati kata simpan di mulut ingin beritahu.

susah bila melibatkan orang di sekeliling kita.

kita buntu awak.. kesian.. simpati.. dalam masa yang sama kita tak nak dia dalam teka teki.

kita nak bantu dengan bagi sokongan pada dia. tapi kita risau kalau niat ini di salah tafsir.

susah awak.. susah menjadi seorang kawan..

update

7.51 pm

alhamdullilah.. bila jumpa orang yang boleh berkongsi dan bagi pendapat... rasa macam segalanya di permudahkan.

yup susah untuk menjadi seorang kawan yang baik. tapi sekurang-kurangnya berkongsi rasa dan kesakitan itu boleh membina ukhwah yang sejati.

terima kasih kawan yang banyak membantu dan memberi nasihat. mengenali kamu dari mula kita tahu kamu orang yang boleh diharapkan.

kamu tahu siapa kamu yang kita maksudkan..

syyyyyssssss...

Wordless Wednesday #28

yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...