Selasa, 13 Januari 2026

Sakit Penghapus Dosa tapi jangan main-main dengan orang yang tengah sakit gigi

"Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.".

-Hadis Bukhari & Muslim -

....................................................................................

haihhh tak tahu lah apa kena aku ni.. tahu lah dah berusia. huu huu

Penutup 2025 diduga dengan gigi bongsu belah kiri sakit.. hujung tahun 24hb hari tu selamat cabut. Ni baru reda sakit cabut gigi even lubang tu belum tutup penuh. sebulan dua juga dia nak selesai tu. Tapi Alhamdullilah rasa sakit dah takde.

Ahad teringin nak makan buah hami melon sebab rasa gusi yang cabut dah ok dan tak sakit. Masa kunyah, terkunyah pula part yang keras tu.. tercucuk gusi belah kanan pula. terus sakit berdenyut. Semalam dah start bengkak. tapi tak dan nak gie klinik sebab ada meeting pagi petang.

Malam tadi tak boleh tido. Stress. Tadi awal pagi 7.30 dah terpacak kat klinik gigi. Nasib doktor kata dia dah ada kat klinik.

Ni tengah tahan kesakitan ni. Nak cuti tak boleh. Kewangan tengah sibuk dengan buka buku baru.. dengan Bajet baru.

Tabah je lah ye.

Semoga cepat surutnya. Amin.

Jumaat, 2 Januari 2026

Selamat Tahun Baru 2026 korang!!!

A hoarder is someone with Hoarding Disorder, a mental health condition marked by a compulsive need to acquire and keep excessive amounts of items, combined with a persistent inability to discard them, leading to severe clutter that makes living spaces unusable, compromises safety, and causes significant distress or impairment in daily life.

...........................................................................................


Hari ke-2 dalam tahun baru 2026

so macam mana so far life korang? Nak tanya lebih-lebih masih baru kan.

aku just sambung je lah kehidupan yang lama. huu huu

but...

awal tahun benda yang wajib buat every year.. Membuang apa yang patut.

Cuti tahun baru adalah masa yang sesuai untuk membungkus semua kertas-kertas exam, buku sekolah dan baju sekolah.

Kita kan nak buka lembaran baru. betul lah tu bukan nak buang kenangan tapi buang keserabutan.

Welcome home my first EV Car.. Mr. Adudu

"The beginning is always today."

- Mary Shelley -

....................................................................................

Seperti yang di gembar gemburkan dan dihebohkan... haaa haaaa takdenya orang nak gempak sangat. Aku je yang sibuk-sibuk nak bercerita.

Aku perkenalkan ahli baru dalam kehidupan kami.. Mr Adudu


Panjang kisah kami untuk dapatkan Mr Adudu ni. Habis segala ketabahan, kesabaran dan ke 'anxitey' an aku. Alhamdullilah akhirnya dapat dah bawa dia balik ke rumah.

So hari ini first day aku bawak Mr Adudu gie opis. Perasan? mengelabah biawak aku bawa. So far so good lah.

Welcome home my first EV Car.. Mr. Adudu. My new Dairi for the start of the new year.

Rabu, 31 Disember 2025

Good Bye 2025


...............................................................................................

so time tu recap yang berlaku sepanjang tahun 2025.

kita mulai dengan first time dalam kehidupan aku berjaya travel ke luar negara. Seriously ketakutan tu memang sangat tinggi. Kalau darah tinggi tu memang dah lama KO. but aku berjaya mengharungi ketakutan itu. Antara pengalaman yang paling berharga dalam kehidupan aku. Aku berterima kasih sangat dengan ko yati sebab berjaya pecahkan prinsip aku untuk tak travel ke luar negara.

Sorry aku tak sempat-sempat nak buat blog berkenaan travel ni. tak tahu bila akan ada. maybe ada maybe takde. tengoklah macam mana

Seterusnya.. tahun ni memang banyak bonding dengan family pergi muzium.  Merata muzium kat Melaka kami masuk dan semestinya Muzium Negara tidak ditinggalkan. Pun sebenarnya salah satu harapan aku untuk bawa anak-anak pergi melawat muzium. Ada lagi plan nak pergi muzium sekitar Selangor tapi tak tercapai lagi sebab masa dan keadaan tidak mengizinkan. Insya Allah kita akan teruskan menjelajah muzium pada tahun akan datang.

ketiga.. julung-julung kalinya tahun ni kami sambut merdeka di Selangor. Kalau Selangor, dia akan sambut malam kemerdekaan. So satu pengalaman baru juga untuk aku dan family untuk lepak dekat Padang Kemerdekaan Shah Alam waktu malam sambil berkelah, tengok perarakan dan konsert. First time juga balik pagi buta sebab konsert habis pukul 2 pagi ok. gile puas hati aku sambutan kali ni. Tahun depan Insya Allah akan ke sana lagi. tapi tak janji. mana tau tiba-tiba hati berubah untuk turun putrajaya balik. 

ini pun tak diblog kan.. aku sibuk sangat ke tahun ni?

keempat.. tahun ni kami dah start main badminton kat court badminton. sebelum ni asyik main kat rumah je. So tahun ni tengok anak-anak dah besar. Berbaloi lah nak bawa. Sebenarnya si kakak yang cadang sebab dia nak rasa main badminton kat court. Kalau ikutkan rasanya dah 4 kali kami pergi. So aktiviti ni boleh disambung lagi untuk tahun hadapan. Insya Allah.

kelima.. first time juga aku pergi konsert ok.. Konsert bukan calang-calang. kat Singapore. Sanggup travel ke sana demi nak tengok G-Dragon!!!. Kerja gile si yati lagi. tapi aku memang have fun sangat. dan pengalaman baru juga macam mana nak handle diri kat negara orang. Nak repeat ke Singapore rasanya tak lah kot. mahal sangat and aku perlukan bidet dalam kehidupan aku.

nak buat story pasal ni tapi still tak buat-buat.. kemalasan aku maybe dah tahap dewa

keenam... I got my second APC (Anugerah Pekerja Cemerlang) dalam perkhidmatan aku selama 21 tahun. Alhamdullilah. Syukur sangat atas rezeki yang Allah bagi ini.

maybe aku akan buat story pasal ni tahun depan. as kenangan. tahun depan lah tapi

ketujuh.. buat julung kalinya aku berjaya menaiki train bersama si kakak ke Pesta Buku Antarabangsa 2025. Walaupun sedikit huru hara tapi aku happy sebab dapat habiskan masa dengan si kakak. I wish aku akan sentiasa dapat habiskan waktu dengan dia even besok-besok dia dah besar dan mempunyai kehidupan sendiri but aku tetap perlukan gegirl time dengan dia. 

ok touching.. huu huuu

kelapan.. Aku jumpa my childhood friend yang hampir 25 tahun tak berjumpa. Hilang macam tu aje dia ye. Satu pertemuan yang sangat nostalgia. Terutama bila aku kenalkan dia kat anak-anak aku. beritahu mereka inilah kawan ibu masa kecil. membesar bersama. Parents dia berkawan dengan parents aku. Bila ayah dia nampak aku then aku bagi tahu yang ayah dah takde, dia menitis air mata. Aku pula terkejut bila tahu yang mak dia baru meninggal raya tahun lepas. Ohh berapa banyaknya kisah kami berdua bazir begitu saja smpai tak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan masing-masing. ruginya.

kesembilan.. yup macam yang korang tahu. Aku mula mengaji start dari iqra. Sekarang dah masuk iqra 5. Lambert sikit sebab lidah terbelit-belit (please don't judge ye coz aku still manusia biasa). Aku akui benda ni memang satu cabaran yang besar buat aku. Bukan cabaran membaca tetapi cabaran istiqomah. banyak betul setan berbisik kat telinga ni supaya malas pergi mengaji. (dah salahkan seten pula haaa haaa) tapi Alhamdullilah untuk 2 bulan ni aku berjaya mengharungi kemalasan itu. Ya Allah kuatkanlah hati aku ini. Korang.. aku still perlukan doa korang ye.

kesepuluh... jeng.. jeng... kejap lagi aku nak gie ambil kereta baru. tambah lagi hutangnya :P 

story kereta baru? Insya Allah

So korang.. walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan korang sepanjang 2025 ini, aku doakan semuanya adalah yang terbaik buat kita. Pengalaman yang mungkin tak akan datang kembali.

namun kehidupan perlu diteruskan kan..

so last word for 2025.. good bye! thank you for being part of the memories

welcome 2026.. will we be good friends?

Ahad, 28 Disember 2025

Hari Anugerah Sek Rendah 2025

 Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya"

-Albert Camus-

......................................................................................



Alhamdullilah rezeki untuk si kecik ni.

Tahniah bulan ibu. Teruskan usaha. tolong lah kurangkan main game tu :p

Tinggal dia seketul je nanti kat sekolah rendah

Cepat betul masa berlalu kan.

Sabtu, 27 Disember 2025

Bye Bye KIMIE

 How lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard" 


-A.A. Milne/Winnie the Pooh-

...........................................................................

25.05.2018 - 17.12.2025

17.12.2025 petang, last day Kimie dengan kami. Agak terkejut juga sebab tau-tau dealer kereta sampai rumah. Kejadian tak sampai pun sejam. Aku macam masih belum percaya yang dia dah takde.

Thanks Kimie untuk 7 tahun berbakti pada keluarga kami. Sudi dengar semua luahan aku sepanjang kita bersama-sama mengharungi jem pergi dan balik kerja.

Kita sayang awak sangat. Banyak jasa awak pada kami tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.

InsyaAllah semoga tuan baru akan menjaga awak dengan baik. Amin



Sakit Penghapus Dosa tapi jangan main-main dengan orang yang tengah sakit gigi

"Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang m...