Tiba-tiba rasa rindu pada 'teman tapi mesra'.. entah apa dia buat sekarang. Sihat kah? Dah lama tak berhubung. Dah di buang pun no hp dia. Kenapa? Saja... cuba membuang memori yang tidak mahu di ingati namun memori itu juga yang seringkali terbit dalam otak aku ini.
Pernah ke kita sedaya upaya bersungguh-sungguh menjaga sebuah persahabatan tapi akhirnya persahabatan itu sendiri memakan diri?
Lawak bila fikirkan balik apa yang aku buat selama ini semata-mata untuk kepentingan sekeping hati. Benda besar yang di depan mata tak mahu dijaga, yang sekecil kuman juga yang selalu di perhatikan. Dan akhirnya semua itu merugikan.
Lawak juga bila aku telah menghabiskan berpuluh-puluh tahun dengan sesuatu yang sia-sia. Sekarang bila usia sudah lanjut baru terfikir balik kenapa bodoh sangat aku dengan senangnya menyerahkan masa depan pada sesuatu yang tidak pasti.
Nak patah balik?? dah tak sempat.
So tekad dan azam aku buat untuk membesarkan Nur Ikhlas dengan segala ketabahan yang aku ada. Mendoakan Nur Ikhlas menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Aku tidak mintak lebih dari dia. Cuma menjaga diri dan kehormatan.
Zaman aku dah semakin mencabar dan pastinya nanti zaman dia akan lebih mencabar.
Bila aku terlalu fikirkan macam mana Nur Ikhlas nak menghadapinya, aku menjadi takut.