Minggu yang menyayat hati...
Sejak menjadi seorang ibu nie selalu sangat emosi aku senang tersentuh. huu huu huu
Empat hari Nur Ikhlas demam panas sampai mencecah 40 darjah. Membuatkan aku menagis melihat dia lemah tak berdaya. Ke hulu ke hilir bawak dia berubat.
Hari pertama, Pagi tu aku dah siap nak gie keje, tapi aku tengok Nur Ikhlas asyik meragam ajer. Badan dia panas sedikit. Atas sebab naluri keibuan, aku cancel gie keje. Aku ingat hanya demam biasa. So aku cuma bagi ubat demam dan lap badan dia dengan air. Bila dia tidur aku pun macam biasa berkemas tapi entah macam mana aku tak perasan yang dia dah bangun. Tiba-tiba aku dengar dia nagis dan bila aku jenguk rupanya dia jatuh katil. Menderu darah aku. terus aku peluk dan pujuk dia. Macam mana dia boleh jatuh katil aku pun tak tahu sebab aku memang dah kepung sekeliling katil dengan bantal dan selimut. Bila belek-belek badan dia tak de pun lebam. Setiap jam aku belek badan dia. Bila petang nampak dia aktif so aku beranggapan dia akan beransur sembuh.
Hari kedua, pagi tu badan dia dedar sikit. so aku ambil keputusan untuk tak gie kerja jugak. Bila dan tengahari dia semakin panas. Asyik tidur aje. Tilam dia memang dah habis lecun basah sebab aku lap badan dia. Masuk petang badan Nur Ikhlas semakin panas. Aku dah mula nak nagis dah. Macam-macam aku fikir. Husband aku sampai rumah jer terus kami bawak Nur Ikhlas gie klinik kat presint 15. Doktor masukkan ubat buntut dan gas sebab nafas Nur Ikhlas berbunyi. Memang nagis sakan lah. Balik klinik doktor bekalkan ubat demam dan antibiotik. Charge klinik memang mahal giler. RM 86..
Hari Ketiga (sabtu) husband aku kerja, so aku duduk sorang temankan Nur Ikhlas. Still panas badan dia lagi. memang tak berenggang aku dengan Nur Ikhlas. Nak gie dapur pun aku risau. Risau kalau dia bangun tak nampak aku nanti dia ligat menagis. Makan pun dia tak nak. Nasib baik dia nak minum susu. Kerap jugaklah aku bagi minum air suam. Aku takut dia panas dalam. Bila masuk petang jer, badan ikhlas mula panas balik. Bila aku cek, suhu dia naik 40 darjah balik. Apalagi kelam kabut ar aku. Terus aku ajak husband gie hospital. Sampai hospital, nurse suruh bukak baju dia dan siram dengan air. Memang aku buat sungguh-sungguh. Dudukkan Nur Ikhlas dalam sinki dan aku siram. Menagis meraung dia. Kesian memang kesian tapi aku kena tabahkan hati. Sekali lagi Nur Ikhlas kena amik gas. Aduh!!! Hospital bekalkan Nur Ikhlas dengan ubat buntut, ubat demam dan antibiotik. Bagus juga hospital putrajya nie. Siap bagi tahu ubat antibiotik tu untuk lima hari jer. Klinik yang aku pergi semalam tak bagitahu apa-apa pun. Sedangkan ubatnya sama jer. Aku geram betul dengan klinik tu. Dah kene black list dengan aku!
Hari ke empat (Ahad) aku bawak Nur Ikhlas gie Klinik Wangsa dekat Wangsa Maju untuk sedut kahak. Klinik nie memang bagus. Doktor Nadir siap pesan kat aku jangan bagi ubat batuk kat anak. dan aku tak pernah bagi pun. Untuk kali ke tiga Nur Ikhlas kene amik gas lagi. Aku rasa dia dah truma dengan benda tu. Nampak je alat tu terus dia nagis. Lendir yang keluar memang banyak giler. Salah satu penyumbang demam dia adalah sebab lendir dan kahak yang banyak. Lepas selesai memang nampak anak aku tu lega sikit. barulah start berpeluh tapi still demam.
Petang tu aku still tak sedap hati sebab macam lama sangat Ikhlas demam. Aku risau adakah sebab side effect dia jatuh katil hari tu. Husband aku fikir maybe dia demam urat. So call mak mertua aku minta urutkan ikhlas. Pukul 6 petang kami bergerak balik klang. Masa nenek dia urutkan memang nagis giler. Aku tengok pun naik gerun. tapi tawakkal aje. Berdoa agar anak aku sembuh seperti sedia kala. Habis urut, Ikhlas merajuk dengan nenek dia. Tengok jer muka nenek dia mesti Ikhlas nagis hee hee hee. Memang best lah dapat mak mertua seorang bidan nie. Alhamdullilah. malam tu demam ikhlas semakin kebah dan esoknya dapatlah aku pergi kerja seperti biasa.
4 hari mengalirkan air mata melihat Nur Ikhlas yang tak bermaya buatkan aku sedikit truma. Siapa yang tak sedih tengok anak sakit. Agaknya beginilah perasaan mak aku bila anak-anak dia sakit. Semua ini berikan pengalaman yang berharga buat aku dan husband. Mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran.
Jumaat, 14 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
First time aku buat Malaysia Passport
"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere." - Erma Bombeck - ........................
-
Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim... Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. ka...
-
“If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” Michele Ruiz .......................................
-
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan