Selasa, 25 Oktober 2011

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut

Hari sabtu pagi aku pelik tengok mulut Nur Ikhlas lain macam merahnya. Apa yang aku risaukan akhirnya terjadi jugak. Lepas call mak dan kak ngah so aku memang syak Nur Ikhlas diserang virus Kaki Tangan dan Mulut. Mula lah aku gelabah balik. Baru baik dari demam dah datang penyakit lain. Tak mahu salahkan siapa-siapa, aku pun bawak Nur Ikhlas gie Klinik kat rumah lama di Puchong. (sebab aku dah reject Klinik kat Putrajaya nie.) Memang confirm dia kene virus tu. so doktor kata penyakit nie belum ada ubatnya. so dia nasihatkan Nur Ikhlas minum air banyak dan jaga kebersihan. Doktor bekalkan ubat mulut untuk ulser dia. then dia kata kalau demam just bagi ubat demam.
Ahad malam opahnya yang baik hati pun sampai umah aku. Terpaksa aku import opahnya dari kampung.. TERPAKSA sebab cuti aku tinggal nyawa-nyawa ikan. Sedih tengok dia asyik nganga mulut jer. Air liur memang meleleh jer lah. so kene lah jaga kebersihan sebab penyakit ini boleh dijangkiti melalui air liur.
Hari Isnin, aku pun mesej taska bagi tahu yang Ikhlas kene virus tu. Rupa-rupanya hari khamis sebelum tu dah 2 orang budak kene. Kenapalah Taska tak bagi tahu awal-awal. Alangkah...
Petang tu aku bawak Nur Ikhlas gie klinik kerajaan pulak. Doktor dia memang baik.. cakap pun lembut ajer. Nama doktor tu Dr Zahrina Azian. so memang banyak lah aku tanya dia pasal penyakit nie. Doktor nie bagi satu surat suruh aku dan anak di kuarantin di rumah. Aku macam lega lah sikit sebab aku memang berharap dapat cuti khas untuk jaga Ikhlas kat rumah.
Namun itu semua hanyalah satu harapan. Bila aku tunjuk surat tu kat opis, aku kene gelak dengan CC.. haa haa mana ada cuti khas untuk jaga anak. Emm.. tak apa lah nak buat macam mana.
Tapikan aku teringin sangat nak nasihat CC tu agar cuba belajar berkomunikasi dengan berhemah. Walaupun aku orang baru, jawatan aku tetap lebih tinggi dari dia. Bukan aku nak berlagak tapi macam hampeh pulak rasanya. Aku kalau cakap dengan orang bawahan tak pernah aku fikirkan taraf dia sebab aku dulu pun pernah kerja jadi kuli batak orang. Tapi biarlah ada rasa hormat sikit. Takper sabar dulu.. macam lah ko tak pernah kene macam tu dulu-dulu.. lepas tu memang teruk kan ko kenakan orang tu balik.. kata hati aku (aku kene jadi baik sebab aku tak confirm lagi haaa haaa haaa)
Aku doakan Nur Ikhlas akan sihat seperti sedia kala. Insya Allah, amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1