Selasa, 31 Januari 2012

Man with 7 wives


Ok lah...
nie ada lagi satu ujian matematik untuk anda.
Silalah selesaikan permasalahan matematik ini...

Can you solve this??
 
A man was traveling to Kasoa

At the bus stop, he met a man with 7 wifes. Each wife has 12 sons and 12 daughters

Each daughter of the man's wife had 4 sons and 7 daughters ,each son of the man's wife had 7 sons and 4 daughters

Each grand daughter had 4 friends
 
How many people got to kasoa? 

N3 terlambat 2 - Gambar offical Nur Ikhlas setahun



N3 Terlambat 1 - Happy Birthday Nur Ikhlas!!!

Memandangkan birthday Nur Ikhlas jatuh pada hari khamis.. so aku ter'cepat'kan sikit sambutan birthday dia sebab nak sangat bagi family aku makan kek. First time sambut birthday anak macam excited sangat. Ala bukan buat apa pun.. just potong kek jer.

So aku buat hari sabtu malam 23/01/2012 sebab ramai yang balik kampung. Maklumlah cuti panjang. Bila ramai-ramai nie meriah sikit. Anak-anak buah aku boleh habiskan kek tu. hee hee hee.

Ini lah kek dia... hee hee
Aku pilih khas gambar hello kitty nie sebab nampak cute jer.. Ingat nak cari gambat keroppi tapi tak der pun. Mentang-mentang lah ibu dia suka keroppi.. huu huu.

Kek nie bila dah sampai rembau dah jadi senget benget.. Iya lah dok dalam kereta. nie pun kotak dia aku dah sendal dengan bantal tapi still mengelusur.. Ok lah tu dari hancur terus. kan.. kan..

Happy Birthday Nur Ikhlas!!!
Memandangkan dia nie kecik lagi.. tak tahu apa kes.. so kitaorang poyo-poyo happykan suasana.. opsss memang buat secara tertutup. tak jemput sesiapa pun. Nie pun potong kek lepas dia betul-betul bangun tido haa haa haa.


Aku doakan Nur Ikhlas akan membesar dengan sihat dan ceria dan menjadi anak yang soleh. Insya Allah. Amin.

Khamis, 19 Januari 2012

Isnin, 16 Januari 2012

Kasihani diri kita..

    
Dunia nie berputar.. semua orang tahu akan aturan hidup itu.. 
Sekejap ke atas. Sekejap di bawah.
Jatuh...Bangun...Jatuh dan Jatuh....Terus bangun!
Macam-macam pengalaman yang dirasai. Kegembiraan, kesusahan, kesakitan, kebencian, kasih sayang
Itulah percaturan dunia.
Namun...
Ia tidak akan berputar untuk selama-lamanya. 
Sampai satu detik.. satu saat.. satu ketika.. 
ia akan berhenti.
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Lumrah manusia untuk menyayangi diri sendiri. Menyayangi insan-insan di sekeliling.
dan bila orang yang kita sayangi pergi meninggalkan kita
apa yang kita rasa?
sedih?.. keseorangan?...
Pernah bayangkan apa yang akan terjadi bila orang yang kita selalu jumpa tiba-tiba telah tiada? 
dan tidak akan ada bersama dengan kita lagi?
Macam nak gila jadinya. 
Lebih-lebih lagi insan itu adalah orang harapan kita. Tempat kita bergantung. 
Macam mana nak di teruskan hidup? Apa yang perlu di lakukan?
Rindunya pada dia..
Semua perasaan ini akan bercampur baur.
Bila malam menjelma.. mula merindui. meratap nagis. 
Pada siapa perlu di ceritakan perasaan ini?
Gurindam hati yang terseksa?
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Itulah yang selalu terjadi.
Dan kita selalu terlupa 
terlupa atau sngaja melupakan?
buat-buat lupa akan hakikat sebenarnya
Sesungguhnya 
diri kita ini adalah milik Allah S.W.T. 
Insan-insan yang kita sayang adalah milik Allah S.W.T
Segala-galanya adalah milik Allah S.W.T
Jawapannya bagi segala persoalan di dunia ini telah dijelaskan
Dijelaskan dengan sejelas-jelasnya
di dalam Al-Quran
di dalam Hadith
Jawapannya tidak lain adalah...
Mengadulah pada Allah S.W.T. 
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa
Maha Mendengar
Maha Penyayang
maka..
terapilah jiwa kita dengan Solat Tahajud
Berdoalah
mohon pada Allah
merayulah pada Allah
Insya Allah

Firman Allah S.W.T (Surah Al-Isra ayat 79)


Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Doa Ketika Sedih 

Terjemahan:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

{Hadith Riwayat Ahmad}

p/s : Doakan aku berjaya membuat terapi jiwa ini ye. Permulaan ini amat payah untuk aku. tapi aku akan cuba berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah. Dah terlalu banyak syaitan dalam badan dan jiwa aku nie. Aku takut tak sempat...

Jumaat, 13 Januari 2012

Selamat Hari Jumaat muahhhh

Assalammualaikum.. Selamat hari jumaat!. Sibuk ker?? Aku? Tak sibuk pun maklumlah takde kerja biasa-biasa jer.. 
Penangan Nasi Lemak kejap tadi membuatkan aku ngantuk sangat-sangat. Menguap entah yang ke berapa kali. Nak layan tidur tak dapat lah. Kang tak pasal-pasal aku punya LNTP tak mencapai tahap yang memuaskan. Budak baru lah katakan.. kene relaks dulu. nanti dah otai baru tunjuk belang.. Ahkas!!
Tahun Baru Cina bakal menjelma 23 dan 24 Januari ini. Cuti panjanglah gamaknya.
Korang plan nak gie mana? Aku wajiblah balik kampung. dah 2 bulan tak balik oooo...
Macam mana nak balik.. mak ayah aku asyik merayap jer hee hee hee.. Kejap dok umah aku.. kejap dok umah kak ngah.. pastu umah aku balik.. pastu umah kak ngah balik... Asyik kena angkat ke hulu ke hilir. 
Last-last diaorang buat mogok.. mula lah cerita rumput dah panjang lah. Anai-anai tah-tah dah naik kat tangga lah. Tangga dah banyak taik ayam lah.. yang si ayah pulak mulalah merayap.. gaduh dengan cucu.. cari gaduh dengan anak..
Itu semua hint nak balik kampung balik lah tu.
Best tau bawak mak ngan ayah jalan-jalan nie. Kalau mereka terus dok umah aku kan best. Ada gak peneman. opsss kalau my parents datang rumah bukan bertujuan untuk menjaga cucu ok.. Nur Ikhlas tetap akan di hantar ke TASKA. Semua ini untuk menghidarkan mak ayah aku tension di kampung akibat mulut-mulut celupar orang-orang yang dengki dengan kami. Terutama makcik 'kesayangan' ke-2 yang tak habis-habis menyibuk hal rumahtangga kitaorang. Aku pun dah tak larat nak doakan dia berubah. tapi as Muslim aku tetap doakan jugak ar moga-moga dia bertaubat.
Malas nak komen hal 'orang tua' tu lebih-lebih.. baru nak mood ceria di pagi jumaat dah dapat dosa kering jer.
Sempena Tahun Baru Cina dan sempena cuti yang panjang ini.. aku doakan korang semua berbahagia di samping keluarga tersayang. Jom layan Video dari You Tube nie. Memang tersentuh jiwa raga aku. Nie yang buat aku nak balik kampung sekarang nie.. Love you All.



CNY 2012 - Nasi lauk you never taste before



Rabu, 11 Januari 2012

Si Comel Dian Natrah

Cepat je kan masa berlalu. Dah masuk tahun 2012. Tahun yang banyak kontroversi. Tahun yang di tunggu-tunggu oleh peramal masa depan. Entah betul entah tidak akan semua ramalan itu.. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Bila di kenang kan.. banyak juga masa yang terbuang secara sengaja dan tidak sengaja. Rasa rugi tapi tetap tak berubah kan.. hee hee itulah manusia namanya.

Hari Sabtu lepas, untuk kali ke 2 aku datang melawat dian di HKL. Rindu sebenarnya pada Dian. Walaupun aku tidak pernah menghabiskan masa bersama dia tapi sudah cukup 42 bulan aku menghabiskan masa bersama ibunya satu ketika dahulu mampu mengeratkan persahabatan kami.

Inilah si Comel Dian Natrah
Diana Nd

akan merindui wajah sebegini..>>byk info harini dr docs>>isnin depan akan di tranfer ke HKL (menaiki ambulance-kena sampai sana 9am)>>kena buat kimo-planning dlm 1thn process nyer>>PNET cancer yg ada kt Dian adalah kes yg sgt2 jarang kena pada baby>>mungkin da ada sejak saya mengandungkan die>>dan akan ada jangka hayat utk Dian>>die xakan normal mcm knk2 lain lg sbb da kacau sistem saraf otak-mungkinkah akan Dian akan duduk cm dlm gmbo ni (sbnrnya sya sgt jeles tgk anak2 kwn2 yg da berjalan yg sebaya die)>>>>urmm byk lg info tp sye xtau da nk cter..dlm keadaan skrg saya amatlah pasrah dan redha..terima kasih kpd semua keluarga & sahabat2 yg telah melawat kami dan tak putus2 doakan kesejahteraan buat Dian~~harta yg sgt2 bernilai ini~love xoxo
Bila tengok dian hari tu.. aku terkenang akan kesusahan aku. Aku jadi malu. Baru demam sikit aku dah merapu meraban.. lemah selemah-lemahnya. Macam dunia aku nak kiamat. Dian Natrah, sehebat itu dugaan untuknya masih boleh tersenyum. Anak yang sekecil itu, yang masih belum mengerti tentang dunia di luar ini. Anak yang sebaya Nur Ikhlas. Anak yang masih menyusu ibunya...Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat mereka.

Semua ini susah nak di jangka. Hari ini kita tersenyum riang.. bila tiba esok hari entah apa yang terjadi. Adakah kita masih akan tersenyum riang atau dunia kita akan berubah sekelip mata? Semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Tanpa amaran.. tanpa kata-kata. Yang perlu ada hanya satu keredhaan. Redha dengan apa yang bakal terjadi pada kita. Redha yang semua ini adalah ujian dan dugaan Allah buat hamba Nya yang di sayangi.

 

Tapi kita tidak boleh hanya sekadar redha sahaja tanpa usaha untuk memperbaiki dan muhasabah diri sendiri. Ibu Dian Natrah berusaha untuk mengubati sakit anaknya. Walaupun dalam kepayahan dan kesukaran, dia tetap berusaha dan berdoa untuk kesihatan permata hatinya. 

Wajah Nd sentiasa senyum dan ketawa tapi tidak bermakna dalam hatinya juga begitu. Senyuman dia tidak dapat menipu mata aku. Kesayuan dan kerisauan seorang ibu. Ibu mana yang tidak mengharapkan kesejahteraan anak. Anak yang di kandung 9 bulan 10 hari. Yang di bawa kehulu hilir. Anak tempat bermanja dan tempat mencurahkan kasih sayang. Kalau aku di tempat dia, belum tentu aku setabah Nd. Belum tentu keredhaan itu pemangkin semangat aku.

Aku berterima kasih pada sahabat-sahabat yang sering mendoakan kesejahteraan Dian Natrah. Begitu kuat ukwah persahabatan itu. Sehingga setiap kesakitan sahabat-sahabat adalah kesakitan kita juga. Aku tak mintak banyak untuknya. Aku mohon pada Allah berikan yang terbaik buat Dian Natrah. Yang mana lebih baik untuk kehidupan dia di masa hadapan. Insya Allah. Amin.

Sahabat ku di luar yang tergerak hati untuk membaca N3 aku ini.. Marilah sama-sama kita doakan agar Dian Natrah akan sembuh dan menjalani kehidupan ini dengan ceria dan sihat. Tiada apa yang lebih baik dari doa seorang mukmin untuk saudara seislamnya. Penyembuh luka dan penambah semangat datangnya dari doa yang ikhlas. Doa dan terus berdoa.. Ya Allah...




Al fatihah untuk anakku Arwah Dian Natrah telah pergi pd 915pm di hari jumaat yg mulia sama seperti hari kelahiran di hari jumaat..

Isnin, 9 Januari 2012

Pembedahan Lasik atau Cermin Mata?

Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim...

Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. kalau tengok cermin mata nie boleh buat baling anjing.. hee hee hee. Kalau takde cermin mata nie, aku tak leh bergerak. Lagi-lagi kalau ada Nur Ikhlas. Mau terpijak pulak budak kecik tu.
Namun sejak dua menjak nie aku jadi pening kepala tahap gaban. Nak muntah.. loya-loya. kadang-kadang macam terawang-awang.. jeng.. jeng.. jeng...bukan tanda-tanda mengandung ok.. Itu tandanya power cermin mata aku dah tak sesuai dengan mata nie. Memang tak boleh tahan. Sehingga artikel ini di tulis aku masih rasa sakit kepala amat!!! tolong!!!
Jadi nak tak nak, kenelah aku tukar cermin mata nie kan.. dah pastinya akan bertambah power dia kan.. dan agaknya makin tinggi ar harga dia kan.. dan semestinya kene korek duit kecemasan lah kan.. kan.. kan...
Malam tadi dok terfikir, kalau aku buat pembedahan Lasik Kekal ok tak? ok tak???? Husband aku prefer aku buat pembedahan tapi macam menyeramkan jer. Sakit tak? 
Cop-cop.. apa Lasik nie ye?? hee hee 

LASIK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LASIK atau Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat, dan astigmatisme ) yang popular dan berjaya di seluruh dunia. LASTIK dilakukan oleh ophthalmologist yang menggunakan laser[1] LASIK sama seperti prosedur pembetulan pembedahan yang lain seperti "photorefractive keratectomy", PRK, (juga dikenali sebagai ASA, Advanced Surface Ablation)
So pagi-pagi tadi aku dah google pasal benda nie. Dan seharusnya yang menjadi rujukan aku mestilah Profesor Dr. Muhaya Mohamad. So aku copy apa yang beliau kata mengenai Lasik kekal ini

Kesan Lasik Kekal

SAMA ada untuk bebas dari pergantungan atau penjimatan kos alat bantuan melihat, perubatan, kosmetik mahupun meningkatkan kualiti hidup seharian, pemulihan deria penglihatan kepada tahap normal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Perkembangan teknologi sejak 1950-an telah membawa kepada penemuan rawatan laser-assisted in situ keratomileusis (Lasik) yang semakin berkembang setiap tahun, dari penggunaan pisau kepada penggunaan laser sepenuhnya.
Lasik kini merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan dan menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas serta kurang komplikasi dan kesan sampingan berbanding pembedahan refraktif lain. Bagaimanapun, beberapa persoalan sering timbul di kalangan mereka yang berminat menjalani prosedur Lasik.
Berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan biasa dari pesakit mengenai Lasik dan teknologi terkini bagi memudahkan individu yang berminat membuat keputusan menjalani prosedur ini atau tidak:
Saya seorang yang rabun jauh sejak berumur 12 tahun. Kini saya berusia 25 tahun dan suka bersukan. Apakah cara terbaik bagi saya jika saya merasa penat memakai cermin mata dan merasa kurang selesa untuk memakai kanta lekap?
- Cara terbaru ialah dengan menjalani Lasik. Ia adalah satu kaedah di mana rawatan laser dilakukan ke atas kornea untuk mengubah bentuk kornea bagi membolehkan imej difokus dengan baik ke atas retina.
Adakah semua orang sesuai untuk Lasik?
- Sebelum Lasik, seseorang itu akan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh di mana kesihatan mata ditentukan dan ketebalan kornea dan darjah kerabunan akan diperiksa bagi menentukan kesesuaian Lasik. Dari pengalaman saya, terdapat pesakit yang dikesan mempunyai masalah mata lain dan mungkin kurang sesuai menjalani Lasik, tetapi rawatan khusus dapat diberi di samping beberapa alternatif lain.
Bolehkan kesan Lasik hilang selepas beberapa tahun?
- Tidak, pengubahsuaian bentuk kornea adalah kekal. Oleh itu kesan Lasik akan kekal.
Saya berumur 40 tahun dan mempunyai ketajaman penglihatan yang amat jelas untuk objek jauh. Walaubagaimanapun saya merasa agak susah untuk membaca. Bolehkah lasik membetulkan keadaan ini?
- Anda mengalami presbyopia iaitu pengerasan pada kapsul kanta yang harus mengecut ketika melihat objek pada jarak dekat. Setakat ini kaedah Lasik tidak mempunyai kesan yang kekal dan efektif.
Saya berumur 45 tahun dan mengalami rabun jauh sejak berumur 10 tahun. Kini, apabila saya membaca, saya perlu membuka cermin mata untuk melihat dengan jelas. Jika saya menjalani Lasik untuk merawat rabun jauh saya, adakah ini bererti saya perlu menggunakan cermin mata untuk membaca pula?
- Anda bernasib baik kerana mempunyai dua pilihan. Anda boleh memilih untuk menjalani Lasik sepenuhnya bagi membetulkan kerabunan anda dan memakai cermin mata untuk membaca, atau anda boleh memilih untuk membetulkan kerabunan sepenuhnya di sebelah mata sahaja untuk melihat objek jauh dengan jelas dan sebelah mata lagi dibetulkan kerabunan setakat membenarkan anda untuk membaca dengan baik. Ini bererti anda menggunakan sebelah mata untuk melihat jauh dan sebelah mata lagi untuk membaca, dikenali sebagai kaedah ‘monovision’.
Apakah kaedah monovision boleh menyebabkan pening kepala oleh kerana ‘kuasa’ mata yang berlainan dalam kaedah monovision ini?
- Sebenarnya otak kita mempunyai kuasa adaptasi yang baik. Kaedah monovision ini amat popular dan ramai pesakit yang dulu rabun jauh amat bergembira selepas Lasik kaedah monovision kerana tidak perlu memakai cermin mata untuk memandu dan juga membaca.
Adakah pesakit kencing manis sesuai untuk Lasik?
- Anda harus berbincang dengan doktor anda mengenai ini. Secara umumnya, adalah tidak digalakkan bagi anda jika anda mempunyai masalah kesihatan yang akan melambatkan proses pemulihan luka (termasuklah luka kornea, uveitis, mata kering dan kencing manis). Walaubagaimanapun, jika anda baru saja mengidap kencing manis dan kawalan adalah baik serta tidak terdapat perubahan retinopati di mata anda, anda masih boleh menjalankan Lasik.
Apakah risiko Lasik?
- Secara keseluruhan Lasik adalah suatu kaedah yang selamat. Walaubagaimanapun, Lasik mempunyai risiko yang kecil dan komplikasinya adalah sangat jarang (lebih kurang satu peratus sahaja). Komplikasi yang sering berlaku ialah mata kering yang juga bersifat sementara. Sejak setahun kebelakangan ini, kadar risiko amat kecil sekali setelah terdapat kaedah Lasik tanpa pisau. Setakat ini, tiada laporan komplikasi merbahaya dari serata dunia.
Adakah Lasik ditanggung oleh insurans kesihatan saya?
- Kebanyakan polisi insurans kesihatan tidak memberi tanggungan kepada Lasik untuk pembetulan visi.
Apakah kaedah Lasik yang terbaru?
- Kini terdapat kaedah Lasik tanpa menggunakan pisau. Ia merupakan kaedah yang mempunyai ciri keselamatan yang amat tinggi. Mesin untuk membuat flap kornea terbaru ialah mesin VisuMax yang menggunakan kaedah laser femtosecond.
Mengapa VisuMax adalah sebahagian penting dalam prosedur Lasik?
- Langkah pembedahan pertama di dalam prosedur Lasik melibatkan pembentukan flap kornea yang nipis bagi menampakkan tisu yang akan dibentuk untuk membetulkan rabun jauh, rabun dekat, atau astigmatisme. Terdapat dua kaedah utama dalam pembentukan flap kornea; mikrokeratom dengan pisau, atau dengan laser femtosecond seperti VisuMax.
Bagaimana VisuMax menghasilkan flap kornea?
- l Penghasilan flap dengan VisuMax adalah prosedur tanpa pisau sepenuhnya. Laser yang difokuskan dengan tepat dipandukan melalui kornea di dalam rawatan komputer yang unik dan diukur secara spesifik terhadap setiap pesakit. Sinaran laser akan digerakkan merentasi dan menembusi kornea, menghasilkan satu lapisan dengan buih kecil di bawah laluannya. Buih-buih ini akan hilang dengan segera, dan tisu di atas buih-buih tersebut akan menjadi flap kornea yang akan diangkat dengan mudah oleh pakar bedah anda.
Apakah kelebihan khusus yang dapat VisuMax berikan?
- Satu ciri penting dari VisuMax ialah ia menggunakan hubungan sentuhan berlengkung yang diletakkan di kornea ketika rawatan di mana ia menghalang tekanan intraocular yang tinggi dan stres (tekanan) kepada mata anda. Ini akan membekalkan keselesaan yang maksimum dan membolehkan anda menyaksikan keseluruhan proses bagi prosedur ini, tidak seperti dengan mikrokeratom (kaedah pisau) atau laser femtosaat yang lain, di mana penglihatan anda akan 'dihilangkan' untuk seketika. Ini berlaku kerana bekalan darah ke dalam mata terhenti seketika dan ada pesakit yang melaporkan perasaan seperti mata ditekan.
Adakah prosedur VisuMax menyakitkan?
- Kaedah terbaru femtosecond VisuMax ini merupakan prosedur yang sangat lembut dan pesakit sering menyamakan prosedur VisuMax seperti proses memakai kanta lekap. Mengikut pengalaman saya, kebanyakan pesakit merasakan ketakutan mereka yang sebenarnya melebihi daripada prosedur sebenar yang disifatkan amat selesa. Penggunaan titisan mata untuk membius mata juga menghilangkan semua rasa sakit.
Berapa lamakah prosedur Lasik menggunakan kaedah Femtosecond VisuMax ini?
- l Penghasilan flap kornea dengan VisuMax akan mengambil masa sekitar 30 saat untuk sebelah mata, manakala prosedur Lasik (pembentukan semula kornea) boleh mengambil masa sehingga 5 minit untuk sebelah mata. Secara keseluruhan, dalam masa 20 minit semuanya selesai dengan penuh keselesaan.
Saya memakai cermin mata yang mempunyai kuasa yang amat tingi iaitu 8 Dioptre (800) dan astigmatisme yang tinggi iaitu -3.0 Dioptre (300). 2 tahun lalu saya diberitahu mata saya tidak sesuai untuk Lasik kerana kornea saya nipis. Bolehkah kaedah VisuMax membolehkan saya menjalani Lasik?
- Besar kemungkinan anda dapat menjalani Lasik melalui kaedah tanpa pisau VisuMax memandangkan keupayaan VisuMax menghasilkan flap yang amat nipis secara tepat, dibandingkan dengan kaedah pisau. Dari pengalaman saya, ramai pesakit yang sebelum ini tidak layak untuk Lasik oleh kerana kornea mereka yang nipis, kini berpeluang untuk menjalani Lasik dengan mesin ini.
Apa yang akan berlaku pada hari pembedahan?
- Pembedahan dilakukan secara bedah harian. Titisan kebas akan dititikkan di mata anda dan anda akan dibawa ke bilik pembedahan. Di sana, anda akan dapat melihat dua mesin yang besar (VisuMax dan Mel 80) dengan katil pesakit yang boleh diputar di antara dua mesin tersebut. Anda akan diminta untuk baring seperti biasa di atas katil tersebut. Titisan kebas akan diletakkan di mata anda mengikut keadaan dan kawasan sekitar mata akan dibersihkan (disinfeksi) daripada kuman.
Bilakah saya boleh mula melihat dengan jelas selepas prosedur Lasik?
- Kebiasaannya, anda akan dapat melihat (dengan lebih baik) sebaik sahaja prosedur selesai dijalankan. Selepas 4 jam, pesakit dapat melihat dengan jelas dan akan dibenarkan pulang.
Bilakah seseorang yang menjalani Lasik boleh mula bekerja?
- Selepas 24 jam, pesakit sudah boleh mula bekerja tetapi harus meletakkan ubat ke dalam mata sekurang-kurangnya selama satu minggu.
Berapa kerap saya harus menjalani pemeriksaan susulan dengan doktor selepas Lasik?
- Anda harus menjalani pemeriksaan seminggu, sebulan , tiga bulan, enam bulan dan setahun selepas menjalani Lasik bagi memantau perkembangan mata dan tahap penglihatan.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 March 2009
Bila baca balik, macam menyeramkan je ar.. Aku bab-bab operate nie memang fobia ar.. Tapi macam lebih elok dari guna cermin mata. Aduh.. kan best kalau Dr Muhaya ada depan mata aku sekarang nie. Macam-macam soalan aku nak tanya nie. Yang pastinya soalan-soalan aku mesti soalan-soalan bodoh yang wajib beliau jawap demi kepentingan hati aku yang cepat cuak nie.. alangkah...

Rabu, 4 Januari 2012

Selamat Bersekolah

Nie namanya N3 terlambat masa... sepatutnya wish pagi-pagi tadi kan.. hee hee

Selamat memulakan persekolahan buat anak-anak buahku.. Husna Nabila, Arif Iqbal, Aina Batrisha... Semoga akan menjadi anak-anak yang soleh dan solahah serta cemerlang dunia akhirat.

Teringat masa muda-muda dulu.. sekarang dah tua ok...hari pertama masuk darjah satu boleh aku menagis sakan. Alasan menagis??? sebab kawan-kawan nagis.. hee hee boleh gitu? Pastu aku jadi kegemaran cikgu-cikgu dan kakak-kakak senior sebab aku cute. Perasan kan?? tapi itulah kenyataannya.. haa haa haa

Sepanjang kerjaya aku sebagai budak sekolah, tak pernah aku gie sekolah naik bas ker.. naik kereta ker.. hatta basikal sekali pun. Memanjang jalan kaki jer. Dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah. Menapak bagai.. sekarang tengok budak-budak. berhantar berjemput. Tapi zaman dulu dengan zaman sekarang dah tak sama. Dulu jalan kaki sorang-sorang masih selamat. Sekarang... lebih baik mak bapak yang hantar dan akalu boleh biar hantar depan pintu kelas.

Sebenarnya aku dok seram + sakit hati baca cerita kes-kes budak kene culik. Nauzubillah.. minta di jauhkan. Dari pagi sampai sekarang dok layan cerita macam nie kat Cari Malay Forum. Giler betul!! Naik semua bulu roma aku.. sampai darah aku jadi mendidih bila baca kekejaman mereka nie. So bila aku fikirkan aplikasi hukum hudud nie. Memang sangat-sangat praktikal lebih-lebih lagi di zaman serba moden nie. Sebab tu kita tak boleh pertikaikan hukum Allah kan??

So berbalik pada tajuk N3 ari nie.. aku nak tanya lah kan, masa korang belajar dulu-dulu.. berapa duit poket yang mak bapak korang kasi?? aku ???


Sekolah Rendah      RM 0.30
Sekolah Agama       RM 0.30
Sekolah Menengah  RM 1.20
Universiti                 RM 15,000.00 (bayar sendiri huu huu huu)

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................