Isnin, 9 Januari 2012

Pembedahan Lasik atau Cermin Mata?

Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim...

Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. kalau tengok cermin mata nie boleh buat baling anjing.. hee hee hee. Kalau takde cermin mata nie, aku tak leh bergerak. Lagi-lagi kalau ada Nur Ikhlas. Mau terpijak pulak budak kecik tu.
Namun sejak dua menjak nie aku jadi pening kepala tahap gaban. Nak muntah.. loya-loya. kadang-kadang macam terawang-awang.. jeng.. jeng.. jeng...bukan tanda-tanda mengandung ok.. Itu tandanya power cermin mata aku dah tak sesuai dengan mata nie. Memang tak boleh tahan. Sehingga artikel ini di tulis aku masih rasa sakit kepala amat!!! tolong!!!
Jadi nak tak nak, kenelah aku tukar cermin mata nie kan.. dah pastinya akan bertambah power dia kan.. dan agaknya makin tinggi ar harga dia kan.. dan semestinya kene korek duit kecemasan lah kan.. kan.. kan...
Malam tadi dok terfikir, kalau aku buat pembedahan Lasik Kekal ok tak? ok tak???? Husband aku prefer aku buat pembedahan tapi macam menyeramkan jer. Sakit tak? 
Cop-cop.. apa Lasik nie ye?? hee hee 

LASIK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LASIK atau Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat, dan astigmatisme ) yang popular dan berjaya di seluruh dunia. LASTIK dilakukan oleh ophthalmologist yang menggunakan laser[1] LASIK sama seperti prosedur pembetulan pembedahan yang lain seperti "photorefractive keratectomy", PRK, (juga dikenali sebagai ASA, Advanced Surface Ablation)
So pagi-pagi tadi aku dah google pasal benda nie. Dan seharusnya yang menjadi rujukan aku mestilah Profesor Dr. Muhaya Mohamad. So aku copy apa yang beliau kata mengenai Lasik kekal ini

Kesan Lasik Kekal

SAMA ada untuk bebas dari pergantungan atau penjimatan kos alat bantuan melihat, perubatan, kosmetik mahupun meningkatkan kualiti hidup seharian, pemulihan deria penglihatan kepada tahap normal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Perkembangan teknologi sejak 1950-an telah membawa kepada penemuan rawatan laser-assisted in situ keratomileusis (Lasik) yang semakin berkembang setiap tahun, dari penggunaan pisau kepada penggunaan laser sepenuhnya.
Lasik kini merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan dan menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas serta kurang komplikasi dan kesan sampingan berbanding pembedahan refraktif lain. Bagaimanapun, beberapa persoalan sering timbul di kalangan mereka yang berminat menjalani prosedur Lasik.
Berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan biasa dari pesakit mengenai Lasik dan teknologi terkini bagi memudahkan individu yang berminat membuat keputusan menjalani prosedur ini atau tidak:
Saya seorang yang rabun jauh sejak berumur 12 tahun. Kini saya berusia 25 tahun dan suka bersukan. Apakah cara terbaik bagi saya jika saya merasa penat memakai cermin mata dan merasa kurang selesa untuk memakai kanta lekap?
- Cara terbaru ialah dengan menjalani Lasik. Ia adalah satu kaedah di mana rawatan laser dilakukan ke atas kornea untuk mengubah bentuk kornea bagi membolehkan imej difokus dengan baik ke atas retina.
Adakah semua orang sesuai untuk Lasik?
- Sebelum Lasik, seseorang itu akan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh di mana kesihatan mata ditentukan dan ketebalan kornea dan darjah kerabunan akan diperiksa bagi menentukan kesesuaian Lasik. Dari pengalaman saya, terdapat pesakit yang dikesan mempunyai masalah mata lain dan mungkin kurang sesuai menjalani Lasik, tetapi rawatan khusus dapat diberi di samping beberapa alternatif lain.
Bolehkan kesan Lasik hilang selepas beberapa tahun?
- Tidak, pengubahsuaian bentuk kornea adalah kekal. Oleh itu kesan Lasik akan kekal.
Saya berumur 40 tahun dan mempunyai ketajaman penglihatan yang amat jelas untuk objek jauh. Walaubagaimanapun saya merasa agak susah untuk membaca. Bolehkah lasik membetulkan keadaan ini?
- Anda mengalami presbyopia iaitu pengerasan pada kapsul kanta yang harus mengecut ketika melihat objek pada jarak dekat. Setakat ini kaedah Lasik tidak mempunyai kesan yang kekal dan efektif.
Saya berumur 45 tahun dan mengalami rabun jauh sejak berumur 10 tahun. Kini, apabila saya membaca, saya perlu membuka cermin mata untuk melihat dengan jelas. Jika saya menjalani Lasik untuk merawat rabun jauh saya, adakah ini bererti saya perlu menggunakan cermin mata untuk membaca pula?
- Anda bernasib baik kerana mempunyai dua pilihan. Anda boleh memilih untuk menjalani Lasik sepenuhnya bagi membetulkan kerabunan anda dan memakai cermin mata untuk membaca, atau anda boleh memilih untuk membetulkan kerabunan sepenuhnya di sebelah mata sahaja untuk melihat objek jauh dengan jelas dan sebelah mata lagi dibetulkan kerabunan setakat membenarkan anda untuk membaca dengan baik. Ini bererti anda menggunakan sebelah mata untuk melihat jauh dan sebelah mata lagi untuk membaca, dikenali sebagai kaedah ‘monovision’.
Apakah kaedah monovision boleh menyebabkan pening kepala oleh kerana ‘kuasa’ mata yang berlainan dalam kaedah monovision ini?
- Sebenarnya otak kita mempunyai kuasa adaptasi yang baik. Kaedah monovision ini amat popular dan ramai pesakit yang dulu rabun jauh amat bergembira selepas Lasik kaedah monovision kerana tidak perlu memakai cermin mata untuk memandu dan juga membaca.
Adakah pesakit kencing manis sesuai untuk Lasik?
- Anda harus berbincang dengan doktor anda mengenai ini. Secara umumnya, adalah tidak digalakkan bagi anda jika anda mempunyai masalah kesihatan yang akan melambatkan proses pemulihan luka (termasuklah luka kornea, uveitis, mata kering dan kencing manis). Walaubagaimanapun, jika anda baru saja mengidap kencing manis dan kawalan adalah baik serta tidak terdapat perubahan retinopati di mata anda, anda masih boleh menjalankan Lasik.
Apakah risiko Lasik?
- Secara keseluruhan Lasik adalah suatu kaedah yang selamat. Walaubagaimanapun, Lasik mempunyai risiko yang kecil dan komplikasinya adalah sangat jarang (lebih kurang satu peratus sahaja). Komplikasi yang sering berlaku ialah mata kering yang juga bersifat sementara. Sejak setahun kebelakangan ini, kadar risiko amat kecil sekali setelah terdapat kaedah Lasik tanpa pisau. Setakat ini, tiada laporan komplikasi merbahaya dari serata dunia.
Adakah Lasik ditanggung oleh insurans kesihatan saya?
- Kebanyakan polisi insurans kesihatan tidak memberi tanggungan kepada Lasik untuk pembetulan visi.
Apakah kaedah Lasik yang terbaru?
- Kini terdapat kaedah Lasik tanpa menggunakan pisau. Ia merupakan kaedah yang mempunyai ciri keselamatan yang amat tinggi. Mesin untuk membuat flap kornea terbaru ialah mesin VisuMax yang menggunakan kaedah laser femtosecond.
Mengapa VisuMax adalah sebahagian penting dalam prosedur Lasik?
- Langkah pembedahan pertama di dalam prosedur Lasik melibatkan pembentukan flap kornea yang nipis bagi menampakkan tisu yang akan dibentuk untuk membetulkan rabun jauh, rabun dekat, atau astigmatisme. Terdapat dua kaedah utama dalam pembentukan flap kornea; mikrokeratom dengan pisau, atau dengan laser femtosecond seperti VisuMax.
Bagaimana VisuMax menghasilkan flap kornea?
- l Penghasilan flap dengan VisuMax adalah prosedur tanpa pisau sepenuhnya. Laser yang difokuskan dengan tepat dipandukan melalui kornea di dalam rawatan komputer yang unik dan diukur secara spesifik terhadap setiap pesakit. Sinaran laser akan digerakkan merentasi dan menembusi kornea, menghasilkan satu lapisan dengan buih kecil di bawah laluannya. Buih-buih ini akan hilang dengan segera, dan tisu di atas buih-buih tersebut akan menjadi flap kornea yang akan diangkat dengan mudah oleh pakar bedah anda.
Apakah kelebihan khusus yang dapat VisuMax berikan?
- Satu ciri penting dari VisuMax ialah ia menggunakan hubungan sentuhan berlengkung yang diletakkan di kornea ketika rawatan di mana ia menghalang tekanan intraocular yang tinggi dan stres (tekanan) kepada mata anda. Ini akan membekalkan keselesaan yang maksimum dan membolehkan anda menyaksikan keseluruhan proses bagi prosedur ini, tidak seperti dengan mikrokeratom (kaedah pisau) atau laser femtosaat yang lain, di mana penglihatan anda akan 'dihilangkan' untuk seketika. Ini berlaku kerana bekalan darah ke dalam mata terhenti seketika dan ada pesakit yang melaporkan perasaan seperti mata ditekan.
Adakah prosedur VisuMax menyakitkan?
- Kaedah terbaru femtosecond VisuMax ini merupakan prosedur yang sangat lembut dan pesakit sering menyamakan prosedur VisuMax seperti proses memakai kanta lekap. Mengikut pengalaman saya, kebanyakan pesakit merasakan ketakutan mereka yang sebenarnya melebihi daripada prosedur sebenar yang disifatkan amat selesa. Penggunaan titisan mata untuk membius mata juga menghilangkan semua rasa sakit.
Berapa lamakah prosedur Lasik menggunakan kaedah Femtosecond VisuMax ini?
- l Penghasilan flap kornea dengan VisuMax akan mengambil masa sekitar 30 saat untuk sebelah mata, manakala prosedur Lasik (pembentukan semula kornea) boleh mengambil masa sehingga 5 minit untuk sebelah mata. Secara keseluruhan, dalam masa 20 minit semuanya selesai dengan penuh keselesaan.
Saya memakai cermin mata yang mempunyai kuasa yang amat tingi iaitu 8 Dioptre (800) dan astigmatisme yang tinggi iaitu -3.0 Dioptre (300). 2 tahun lalu saya diberitahu mata saya tidak sesuai untuk Lasik kerana kornea saya nipis. Bolehkah kaedah VisuMax membolehkan saya menjalani Lasik?
- Besar kemungkinan anda dapat menjalani Lasik melalui kaedah tanpa pisau VisuMax memandangkan keupayaan VisuMax menghasilkan flap yang amat nipis secara tepat, dibandingkan dengan kaedah pisau. Dari pengalaman saya, ramai pesakit yang sebelum ini tidak layak untuk Lasik oleh kerana kornea mereka yang nipis, kini berpeluang untuk menjalani Lasik dengan mesin ini.
Apa yang akan berlaku pada hari pembedahan?
- Pembedahan dilakukan secara bedah harian. Titisan kebas akan dititikkan di mata anda dan anda akan dibawa ke bilik pembedahan. Di sana, anda akan dapat melihat dua mesin yang besar (VisuMax dan Mel 80) dengan katil pesakit yang boleh diputar di antara dua mesin tersebut. Anda akan diminta untuk baring seperti biasa di atas katil tersebut. Titisan kebas akan diletakkan di mata anda mengikut keadaan dan kawasan sekitar mata akan dibersihkan (disinfeksi) daripada kuman.
Bilakah saya boleh mula melihat dengan jelas selepas prosedur Lasik?
- Kebiasaannya, anda akan dapat melihat (dengan lebih baik) sebaik sahaja prosedur selesai dijalankan. Selepas 4 jam, pesakit dapat melihat dengan jelas dan akan dibenarkan pulang.
Bilakah seseorang yang menjalani Lasik boleh mula bekerja?
- Selepas 24 jam, pesakit sudah boleh mula bekerja tetapi harus meletakkan ubat ke dalam mata sekurang-kurangnya selama satu minggu.
Berapa kerap saya harus menjalani pemeriksaan susulan dengan doktor selepas Lasik?
- Anda harus menjalani pemeriksaan seminggu, sebulan , tiga bulan, enam bulan dan setahun selepas menjalani Lasik bagi memantau perkembangan mata dan tahap penglihatan.
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 08 March 2009
Bila baca balik, macam menyeramkan je ar.. Aku bab-bab operate nie memang fobia ar.. Tapi macam lebih elok dari guna cermin mata. Aduh.. kan best kalau Dr Muhaya ada depan mata aku sekarang nie. Macam-macam soalan aku nak tanya nie. Yang pastinya soalan-soalan aku mesti soalan-soalan bodoh yang wajib beliau jawap demi kepentingan hati aku yang cepat cuak nie.. alangkah...

10 ulasan:

  1. I plak, mulanya dulu dah hilang rabun.. tetiba dtg balik rabun (maybe sbb terlalu lama mengadap computer - "blogger tegar" la katakan.. kekeke).

    Ingat nk bykkn mkn carrot balik.. mana tau bleh pulih.

    BalasPadam
  2. ye lah.. makin rabun sbb mengadap komputer nie.. kalau mkn carrot masih smpat kah?? dh tua2 nie.. adeh!!

    BalasPadam
  3. Seorang sahabat yang saya sayang begitu bersungguh-sungguh nak melakukan pembedahan lasik ni... tp buat masa ni dia masih belum putuskn lg nak buat di mana....saya risau.... saya dah tengok u tube dr muhaya buat lasik tu... memang menakutkn... tapi mungkin banyak kebaikan... sebagai sahabat, saya hanya dpt beri sokongan dan sentiasa mendoakan mudah2an apa pun jua keputusan muktamad sahabat saya tu nanti... itulah yg terbaik buat dia di dunia dan di akhirat.... amiiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. walaupun kebarangkalian cuma 1% tetap risiko.. tapi kalau dah sahabat itu nekad.. in sya Allah. Saya doakan beliau cepat sembuh.

      Padam
  4. Seorang sahabat yang saya sayang begitu bersungguh-sungguh nak melakukan pembedahan lasik ni... tp buat masa ni dia masih belum putuskn lg nak buat di mana....saya risau.... saya dah tengok u tube dr muhaya buat lasik tu... memang menakutkn... tapi mungkin banyak kebaikan... sebagai sahabat, saya hanya dpt beri sokongan dan sentiasa mendoakan mudah2an apa pun jua keputusan muktamad sahabat saya tu nanti... itulah yg terbaik buat dia di dunia dan di akhirat.... amiiin...

    BalasPadam
  5. kalau bawah 20 tahun..brapa kos nak buat lasik ni ek??/

    BalasPadam
  6. berapa kosnya sis..? kat mana bleh buat operation ni..? ada pernah ikuti satu rancangan tv sembang pasal lasik ni.. Dr tu cakap pagi operate, ptg dah bleh main bola.. masa tu dia kata kosnya dalam RM4k utk dua mata.. mungkin skarang dah kurang skit kot.. tp tak sempat plak nak amik detail DR tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya minta maaf sbb x mampu nk jwp soalan saudara/i.. kena tanya pada klinik yg buat sbb kos brbeza2 brgantung kpd kes.

      Padam
  7. Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.

    BalasPadam
  8. Salam.. sy sgt tidak mencadangkan lasik.
    Ia dikira sebagai pembedahan kosmetik.
    Kalau jadi ape2 (semua operation ada risiko), insurance takkan cover.
    So jgn pertaruhkan mata yg sehat tu ya.

    BalasPadam

wordless wednesday #1