Jumaat, 11 Mei 2012

Roti Jala Kuah Kari Sotong

Alhamdullilah.. pagi sabtu minggu lepas aku berjaya buat pertama kalinya buat roti jala.. hee hee sebulan mengidam nak makan.. haa haa

Macam pakar jer.. takder satu pun yang tak jadi..

so ini lah hasilnya...

Roti Jala dalam Kuali.. hee hee
 Ini kuali aku beli di IKEA.. harga?? RM 8 lebih jer... murah kan?? tapi memang best giler.. tak melekat dan senang cuci.. Aku masak roti jala nie sapu minyak sikit dan sekali sahaja.. untuk kali kedua dan seterusnya aku tebar jer tanpa letak minyak.. untuk masak telur dadar pun macam tu..so semakin kurang kolestrol aku.. wahhh!!!


Roti Jala dalam pinggan.. hee hee
 Sedap jugak!! tak malu puji diri sendiri kan.. so Insya Allah sarapan akan datang aku akan buat lagi..

Opss sorry.. Kuah kari sotongnya mana?? Memang aku ada ambil gambar roti jala bersama kuah dia tapi hilang... Kamera aku tiba-tiba jem.. gelap semacam. Malas nak godek-godek kemera tu sebab dah lapar, aku terus gap jer.. Lain kali ek..

so bahan-bahan nak buat roti jala??? macam poyo kan nak letak resepi.. lantak!! nak letak jugak takut aku yang lupa nanti haa haa haa!!!

untuk makan 2-3 orang jer tau..

Bahan-bahan:

1 Cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Garam (ikut sedap rasa gak)
1 sudu kecil kunyit (ikut keserasian mata melihat ek)
1 biji telur
Air (secukupnya)

Cara buat:

1) Campur semua bahan dan kacau..
2) Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat
3) Tapis supaya takde ketulan-ketulan tepung yang boleh menyebabkan acuan tersumbat
4) Menggunakan acuan.. tebar atas kuali
5) Dah masak.. angkat dan terus gulung (ikut ar kretiviti masing-masing)
6) siap!!!

aku try dalam acuan roti jala dulu sebab nak tengok adunan tu boleh melalui lubang tu ke tak.. kalau tak boleh.. aku tambah air lagi.. kalau tak masin aku tambah garam.. macam tu lah keadaanya.. kiranya cuba-cuba jaya gak..

masa tebar tu jangan pusing laju-laju.. jangan pusing perlahan-lahan.. sedang-sedang jer.. macam kacau air dalam jug untuk bakal mak mertua..

masa gulung tu lebih elok time lepas angkat.. senang nak melekat. kalau dah sejuk macam tak cantik.. kata mak aku...

so pada sesiapa yang nak try.. cuba lah. manalah tau kot-kot kuah kari malam tadi tak habis lagi. jangan lah buang.. boleh buat kuah roti jala pulak..

Selamat mencuba!!! haa haa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

wordless wednesday #1