Selasa, 24 Julai 2018
Soal Siasat Wei!
Bila tiba-tiba dapat call mengenai perkara ni... Perasaan kita.. "Aduh.. macam mana nak recall kisah setahun yang lalu... mana nak ingat" Terus kita stress. Dok kalut cari maklumat-maklumat yang 80% telah di tong sampahkan. Haaa haaa
Sehari dok menjawab dengan auditor. Serius wei.. Kita punya memori dah lah low. Memang tak akan ingat lah apa yang berlaku dan apa yang dilakukan.
Alhamdulliah walaupun dah macam nak termuntah dok fikir dan flash back... rasanya ok kot jawapan yang kita berikan. Semoga pihak auditor berpuas hati lah dengan jawapan kita. huu huu.
Bila kes macam ni.. teringat masa kena soal siasat dengan SPRM kira-kira 12 tahun yang lalu. berbulan hidup tak tenang. dari start dapat surat dari SPRM sampai lah habis soalsiasat. Sungguh.. tido tak lena.. makan tak lalu..
Walaupun kita tahu kita tak buat apa-apa tapi impak dia memang memberi kesan pada jiwa. Menangis jangan cakaplah.. takut sebab masa tu baru nak mulakan hidup tiba-tiba bila dapat tahu kena panggil gelap gelita. Macam nak hancur masa depan.
Belum part pegawai SPRM start tanya soalan. memang kita rasa dah macam dalam movie pulak. Cuma takdelah bab hempas-hempas fail ke.. tumbuk-tumbuk ke.. muka garang pun tak juga.. Handsome pegawainya.. cuma ketegasan dia tu buat kita gementar sikit.. huu huu
Kesimpulannya.. bila duduk dalam enviroment kewangan ini, sebenarnya kita tak boleh lari dari sentiasa diperhatikan. Lebih-lebih lagi dari mata orang-orang yang ada perasaan dengki dan iri hati. Cuma kita pesan pada diri sendiri untuk lebih hati-hati di masa akan datang. maklumlah bak kata orang dulu-dulu... 'Rambut sama hitam, hati lain-lain'. Sekarang nie pun rambut dah banyak colour.. lagi lah hati berbeza-beza.. Kan..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Giveaway Kerajaan Kelapa - haruslah kita join
Alhamdullilah hamba telah menerima utusan diraja dari Permaisuri Cuya Wal Kelapa Adinda Sultan Padil untuk menyertai 'giveaway' bagi...

-
Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim... Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. ka...
-
“If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” Michele Ruiz .......................................
-
“Happiness is being the creator of your experience, choosing to take pleasure in what you have, right now, regardless of the circumstances,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan