Usia mematangkan kita.. itu kata-kata orang melayu. Namun apa yang terjadi kini, kematangan tidak boleh diukur daripada berapa jumlah umur yang tercatit. Ada yang telah menjangkau berpuluh-puluh tahun, tetapi tidak mampu untuk mencambahkan buah fikiran. Ada yang masih muda belia namun sudah hampir penuh ilmu di dada.
Aku.. semakin hari semakin takut dengan usia ini. Setiap hari membilang waktu. membuat kira-kira berapa lagi tempoh masa yang ada.
Aku.. semakin hari semakin berusia namun masih belum matang dalam membawa kehidupan. seringkali tersalah langkah.
Benci dengan kehidupan yang masih belum terurus. Langkah yang selalu tersadung. gerak yang selalu sumbing.
Bertanya soalan pada diri sendiri. Bagaimana aku boleh menjadi idola di mata anak-anak sedangkan aku sendiri tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Aku yang tidak sempurna ini adakah boleh menjadi yang terbaik untuk mereka?
Setiap hari berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Setiap hari mengharapkan keredhaan Allah. Setiap hari berjanji untuk berusaha melakukan yang terbaik. Berharap dan terus berharap agar kasih sayang Allah akan sentiasa berpanjangan buat kami sekeluarga.
Semoga semuanya akan berjalan lancar seiring dengan usia yang semakin tidak terbilang ini..
Selasa, 31 Julai 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
First time aku buat Malaysia Passport
"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere." - Erma Bombeck - ........................
-
Mood : Malas nak layan cerita Anuar Ibrahim... Untuk makluman...Aku adalah pengguna cermin mata yang tegar.. power memang banyak ar.. ka...
-
“If people are doubting how far you can go, go so far that you can’t hear them anymore.” Michele Ruiz .......................................
-
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan