Selasa, 4 September 2018

Curang vs Jodoh

Kisah Antara Kita (One Avenue Band)

Mengapa terjadi
Oh pada diri ini
Haruskah ku meneruskan lagi
Kisah kita yang telah kita bina bersama
Kini telah hancur karena kau memilih dia

Ku tidak menyangkakan
Engkau seperti ini
Kau curangi diriku
Tanpa aku sedari

Bodohnya aku
Ku bisa mempercayakan kamu
Tanpa ku sedari 
Kau mempermainkan cintaku

Sayang 
Haruskah kau memperlakukan aku Sebegini
Apakah salah diriku ini terhadapmu
Sehingga engkau sanggup menduakan cintaku

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu
Ku terima apa yang kau lakukan padaku
Aku kesali dan berasa kecewa terhadap dirimu

Maafkan aku telah mengecewakanmu
Hati ini tak dapat merubahkan apa pun
Diri ini telah dimiliki tanpa ku sedari

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu
Ku terima apa yang kau lakukan padaku
Aku kesali dan berasa kecewa terhadap dirimu

Ku amat menyesali mengenali dirimu
Aku berjanji akan meneruskan
Hidupku tanpamu

.....................................................................................................................................

Pernah merasa dicurangi..Bila kena pada diri sendiri perasaan itu susah untuk digambarkan.

kecewa.. sedih.. dan terus berputus asa..

kesannya sangat mendalam. sakitnya seperti di ditusuk duri yang tajam... pedih.

Masa itu terasa mengapa semua ini terjadi pada aku. Berhari-hari menagis. Lebih pedih bila selepas kebenaran itu terbongkar pasangan kita terang-terangan meneruskan kecurangan dia.

serius masa tu memang perasan sayang dan cinta pada pasangan hilang.. terbang bersama hati yang lara.

Hanya kekuatan seorang ibu menyebabkan aku kuat untuk meneruskan kehidupan. Bila di saat sebegini bertapa mujarabnya pelukkan seorang ibu. Ubat untuk mententeramkan jiwa yang kacau.

Sebenarnya, bila-bila masa sahaja kita boleh berlaku curang pada pasangan. setiap saat ada peluang. Bezanya kita mampu atau tidak.. sanggup atau tidak..

Sebahagian orang akan menjadikan jodoh sebagai alasan. Mungkin jodoh juga yang telah tertulis di atas dan siapa kita untuk menidakkan ketentuan ini. Bercinta sepenuh hati dengan seseorang tetapi akhirnya berjodohan dengan orang lain. Berkahwin dengan pasangan yang dicintai rupanya sekejap sahaja jodohnya.

Hidup kita tidak lari daripada diuji. Bila kita berputus asa maka berdoalah kerana doa senjata bagi menguatkan hati. Doa.. semoga berjumpa dengan yang lebih baik. Sentiasa berdoa dimana sahaja kita berada.

Aku doakan semoga jodoh kami berpanjangan walaupun selalu dilanda ranjau dan duri. Mungkin apa yang berlaku dulu adalah pengalaman untuk kami matang dalam perhubungan. Insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................