30.08.2018 / 2130
Scuba time.. yeyeyeye!!!
Plan asal macam ramai je yang nak pergi. Last-last just tinggal berapa kerat je. Sebab dah gigil-gigil hati ni nak terjun laut so kita continue je plan ni sampai jadi.
Berempat menaiki ezora menuju Jeti Tanjung Gemok. 80% tidur dalam kereta sebab tahu co pilot sangat bagus menjadi peneman pilot.
Kelaparan yang amat. Tengahari dekat opis dan makan meggi je. itu pun separuh :P
Singgah makan di R&R seremban sebab jalan agak jem. Sempat lah tengok bunga api kat R&R tu. Serius...giler laju pilot bawa kereta. Pukul 0500 dah sampai.
Pilot? Tu yang baju biru. Sila mark dia sebagai pemandu laju tegar. haaa haaa
Setahun plan dari seramai-ramai dalan group.. Akhirnya tinggal 4 kerat je |
Kali ni kita tak menginap di Salang. Untuk mencuba yang baru kami pergi Kampung Tekek je. Dive Center kami ambil Abect Aqua Dive Center.
Kos? sebab yang datangnya 4 kerat je so kos kali ni hampir RM670. Lengkap makan dan penginapan termasuk 3 dive.
31.08.2018 / 0800
Pagi yang indah dan tenang. Sesuai untuk guling-guling atas pasir!
Disebabkan dah setahun tak dive so macam biasa kena buat refresher dulu.
Why kena buat refresher? Actually.. Salah satu soalan perlu ditanya semasa datang untuk dive ialah "Bila last anda dive?"
So kalau jawapannya lebih 6 bulan.. setahun.. atau dah lama tak dive, dive center akan cadangkan kita buat refresher.
Refresher tak susah mana pun. Ingat balik cara pasang peralatan, safety check dan masuk air kejap untuk kita test buat mask clearing, hand signal dan regulator recovery.
Even buat refresher pun aku dah mengelabah macam apa je. Jantung ni macam nak gugur. dup..dup..dup..
But ok lah sebab first time dapat buat mask clearing dengan jayanya. Selalu takut tersedut air laut. masin wei.. boleh sakit hidung ni.
31.08.2018 / 1400
Panas giler! melecur tapak kaki.
First dive petang ni kami pergi Pulau Rengis..
So happy sebab first time juga dapat buat back roll entry tanpa cuak. Ketaq gak lutut tapi sebab fikir tak nak spoilkan mood aku try the best untuk diri sendiri.
Back Roll? ala.. yang duduk atas bot pastu terbalik ke belakang untuk masuk laut. Pandai-pandai lah nak imagine macam mana ek. kalau tak dapat gak sila google :P
First gambar di Pulau Rengis. Yang belakang tu lah pulaunya |
Kat bawah pulau ni sangat-sangat cantik. Paling menarik sebab first time juga jumpa penyu. Sebelum ni bila dive jumpa ikan je.
Nemo yang sangat comel.. Sotong dan yang paling penting dikelilingi 4 ekor Black Tip Shark. Mula-mula macam ok lah nampak seekor je dok pusing-pusing kita. Bila dah last nak naik.. amik kau 4 ekor rupanya.. yang tak nampak tu tak tahu lah ada berapa lagi. Seram wei. dalam otak fikir kalau dia dok gigit macam mana? Boleh pulak dia dok pusing-pusing tawaf kita. Agaknya dia dok aim siapa yang paling sedap kot :P.. namun sungguh mereka sangat jinak
Malam tak buat apa. Kepenatan sebab dok dalam kereta hampir 7 jam campur dengan pagi-pagi terus dive bawa ke petang. Serius penat. So jawapnya lepas dinner terus tido!
01.09.2018 / 0800
Happy Birthday SST 6%
Dua dive untuk hari ini.
First kita ke Pulau Chebeh pagi ini. Nampak je panas tapi dalam tu sejuk ya ampunnn.. Nasib Dive Center bagi Wet Suit. Kurang sikit sejuknya.
Lupa pulak. Alhamdullilah kali ni dive agak puas hati. Fin pun tak buat hal.. BCD pun ok. Mask je problem sikit. Fogging! tapi sebab mask power so still masih boleh nampak dalam laut tu.
Pulau Chebeh |
Second dive (last) kita pergi Malang Rock. Ok yang ni agak mencabar sebab instructor boleh pulak bawa kita masuk terowong bagai. Memang satu pengalaman yang baru. Then kat sini kita kena try hard untuk neutrally buoyant.
Kena elak diri dari tersangkut atau berlanggar dengan sekeliling batu yang ada.. Sesak jugalah. Nasib tak fobia gelap dan tempat sempit. Kalau tak aku rela duduk luar tunggu instructor datang menyelamat.
Masa nak lalu tempat sempit yang ke-2 tu aku tak masuk sebab tiba-tiba tak boleh nak turun selam ke bawah. Cuak juga. Macam dah berpecah dengan buddy. Tapi sebab pernah ada pengalaman so aku just bertenang dan berdoa semoga ada yang sedar kehilangan aku. Alhamdullilah penyelamat handsome pun sampai :P
Belakang tu Malang Rock Island |
Tong tu seberat 15kg |
tak perasan langsung ada orang kat atas |
Dengan Buddy - together2 sambil pegang tangan :P |
Habis je dive dalam pukul 1300 lebih, dive center ada tanya kalau nak sambung untuk dive petang. Ohh memang tak lah kot. Penat sangat. So sepakat untuk kata tidak. Lagi pun esok pagi-pagi dah nak bertolak balik. Taknak lah pilot kepenatan.
Maka berakhirlah dive untuk kali ini dengan jayanya tanpa sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Boleh tahan pizzanya. Sambil makan sambil menikmati suasana matahari terbenam. Memang cool sangat.
Macam kelakar pulak gambar ni. konon2 lah |
Crimimal Partner Lepak petang lepas 3 Dive. |
Lastly.. sebelum balik jangan lupa isi buku log!! |
Alhamdullilah.. trip kali nie segalanya berjalan dengan lancar. So kita plan untuk trip seterusnya... Sipadan.. mungkin...
Nota kaki: kebanyakkan gambar di sini diambil oleh cornie dan En Jamil Khair. Video trip kali ni boleh tengok dalam FB beliau. Terima kasih En Jamil.
Bestnys
BalasPadambest sangat.. try lah
Padam