Rabu, 12 September 2018

Tanggungjawab lelaki : anak vs suami

               Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(An-Nisaa' 4:34)


...................................................................................................................................................

Cuti empat hari sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agung dan Awal Muharam. Tak banyak aktiviti yang dilakukan. Sabtu duduk rumah, Ahad dan Isnin balik Rembau, Selasa di rumah semula.

Cumanya hari ahad on the way balik rumah mak, singgah Wet World Pedas sebab dah janji dengan si kakak nak bawa pergi berenang.

Hasilnya.. semua kulit kami terbakar plus dahi aku berdarah berlanggar dengan gelongsor :P

Program untuk hari selasa cuma nak santai-santai di rumah sambil membersihkan halaman rumah yang dah penuh dengan barang-barang sampah kontraktor yang tengah buat pagar rumah kami.

dan petang niatnya nak singgah rumah mak dan terus bersiar-siar di Tanjung Harapan

Tengah siap-siapkan anak, husband dapat call dari aroy. minta bawa abah pergi hospital sebab sakit perut.

so bergegaslah husband. cancel lah semua perancangan kami petang itu. Tak kisahlah sebab perancangan itu pun last minit.

Nak di jadikan cerita, rupanya abah dah sakit dari pagi. Menunggu anak bongsunya bawa ke hospital. Tunggu punya tunggu kerja anaknya masih belum selesai. Itu yang dia call husband minta hantarkan.

Actually sebenarnya boleh je call husband aku pagi tu sebab kami memang ada je di rumah. Kata adiknya tak tahu yang kami dah balik dari Rembau. Aikk.. rasanya petang isnin tu abah datang rumah dan tahu kami dah balik. Jadinya bukan salah husband aku lah kan. 

Tapi aku pula yang terlebih terasa. Sebabnya aku taknak lah keluarga belah sana membayangkan macam aku meng 'control' suami. 10 tahun berkahwin tak pernah sekali pun aku sekat suami untuk berbakti pada ibu bapa dia.

tapi entahlah. cara cakap adik dia macam kami tak ambil endah hal keluarga sana. Sedangkan setiap petang selepas balik kerja aku sekeluarga akan singgah dulu rumah keluarga husband.

Selalu aku tanya husband dia ada hulur pada ibubapa dia ke tidak.

itu lah.. kadang-kadang macam aku yang lebih-lebih sebab tak nak benda-benda macam ni terjadilah tapi still jadi juga.

Aku seorang anak dan aku mempunyai anak. Aku nak berikan yang terbaik buat ibubapa dan aku juga mahukan yang terbaik daripada anak. Jadi aku tahu yang aku tak boleh mementingkan diri sendiri. Husband aku juga seorang anak dan pastinya dia juga nak berbakti pada orang tuanya.

bila macam ini aku macam agak terluka. Serius.. Aku tak pernah terdetik pun nak control husband. Terpulanglah lah pada husband aku ... Berapa banyak yang dia hulur dan apa yang dilakukan. aku tak pernah tanya sebab itu hak dan tanggungjawab dia sebagai seorang anak. Selagi tanggungjawab dia pada aku dan anak-anak tidak terabai.

But please lah ipar duai.. kalau boleh janganlah hanya menunding jari kepada orang lain. Bukan kau sorang yang kerja.. Bukan kau sorang yang cari rezeki bersengakang mata. Kadang-kadang ada bahagian susah orang yang kau tidak nampak. Macam mana struggle nya kami mengikat perut untuk memenuhi semua keperluan kehidupan. Jadi kalau sama-sama menjaga dan memelihara kedua orang tua kan bagus. Berganding bahu tidak salahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................