Rabu, 24 Januari 2024

be myself and stay humble

Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu.

-Buya Hamka-

........................................................................................................

Permulaan tahun 2024. 4 hari 3 malam di penang untuk fight bajet 2025. Semuanya dalam keadaan tergesa-gesa. Belum sempat menarik nafas lega selepas penutupan akaun hari tu

terus mula membuka buku akaun yang baru dan sekarang sedang berperang pula dengan bajet 2025.

Now.. alone...

at Penang International Airport.. nak balik klang semula

Menunggu flight jam 12.30 dengan bakteri laptop tinggal 45% lagi.

dah caj malam tadi tapi rupanya caj dia tak masuk. Alahai..

hari tu bakteri dia problem, dah tukar dengan kos hampir mencecah 400 ringgit. Nak ori punya pasal sebab pernah tukar  yang biasa dan hanya boleh pakai sekejap.

And bila orang kira-kira duit ni dah kira-kira belanjawan dia.. dah keluarkan peruntukan yang diperlukan tapi hasil yang dia dapat terasa tidak berbaloi.

stressssss!

di kerusi airport ini

tiba-tiba kembali kepada tabiat lama..

memerhati manusia yang lalu lalang.dah menjadi hakim kepada minda dan mata.

airportnya masih sama seperti dulu. sibuk.

cuma dulu disana kedai McDonald.. kini diganti dengan Starbucks

dan kedai Starbucks itu sedang mengganggu jiwa aku

ok kita perlu bersabar.

ujian Allah itu satu nikmat.

1 ulasan:

  1. Betri laptop pernah tukar sekali jer and than rosak semula lepas tu mmg tak tukar dah. mmg cucuk wayer jer nak on laptop .. life perlu diteruskan huhuu..
    Sabar jer ta perlu beli starbuck yg membantu israhell.. tahniah

    BalasPadam

Wordless Wednesday #14