Rabu, 10 Januari 2024

Kisah antara muafakat, adik beradik, tanah dan adat

Baik diterima dek muafakat,

Buruk ditolak dek rundingan,

Tak ada yang keruh yang tak jernih,

Tak ada yang kusut yang tak selesai.

 

Usang-usang diperbaharui,

Lapuk-lapik dikajangi.

 

Sekali air bah,

Sekali tebing berubah,

Sekali raja mangkat,

Sekali adat beralih,

Sekali tahun beredar,

Sekali musim bertukar

....................................................................................................................................

Alhamdullilah selesai bicara tanah adat di rembau.

Yup tanah adat! proses? agak sukar dari yang biasa..

Panjang kisah perjalanan dia hanya untuk tanah sekangkang kera tu. Banyak prosedur yang kena buat.😅😅😅

Urusan dengan buapak

urusan dengan Dato' perba

dah selesai baru boleh bicara tanah adat bawah seksyen 7 (IV) enakmen pemegangan adat bab 215

baru baca kan... yang mengalaminya ni pun dah mengah nak selesaikannya.

Selesai semuanya dalam kurang 30 minit. 

tapi...

belum selesai ye.. lepas ni baru ikut prosedur tanah biasa.. penilaian.. LHDN dan lain-lain.

Actually aku bertuah kerana dikurniakan adik beradik yang sering menyokong antara satu sama lain. Jadi kurang sedikit perbalahan atau perebutan.

Banyak kali juga peguam tanah adat dan dato. perba tanya keputusan kami ni sebab pelik hanya serah tanah kepada satu penama.

Nampak lah reaksi muka mereka macam tak nak kami serah macam tu.

Dah lah pindah hak milik masa mak masih hidup.

Diaorang takut mak terbiar lepas pindah harta.

Allahuakbar.. jangan lah beranggapan begitu. Insya Allah kami akan jaga mak selagi dia hidup. takde sekumit pun hati untuk menzalimi dia.

Sebenarnya bagi kami buat pindah milik semasa hidup ini adalah cara kami supaya tiada pertelingkahan selepas mak tiada nanti.

Nak tahu dia nak serah pada siapa. Apa kemahuan dia untuk seluruh harta dia. Supaya tiada pertikaian adik beradik selepas dia tiada.

Ni namanya muafakat. tanah kecik nak di bahagi kepada 4 orang.. apa je yang boleh buat.

Insya Allah, doa ibu ayah, adik beradik untuk kami kekal bersama dan bermuafakat sehingga hujung usia.. sehingga anak cucu.

Yang penting tak nak bergaduh hanya kerana harta sekangkang kera. yang susah di tolong yang senang dirai.

Amin.

Antara flavour kegemaraan aku

1 ulasan:

Wordless Wednesday #14