Isnin, 30 Disember 2024

Motto 2024 vs 2025

“Tomorrow is the first blank page of a 365-page book. Write a good one."

- Brad Paisley -

........................................................................................


lagi 1 hari nak tahun baru 2025..


korang dah ada azam baru ke? Setakat ni aku takde lah nak pasang azam sangat sempena tahun baru. Dia macam janji segala-galanya berjalan lancar udah ler. 


Azam nak kurus pun macam tak de lah sangat sebab tiap-tiap bulan memang aku akan meroyan pasal berat badan.


Tahun lepas aku saja lah main tekan-tekan game ni kat FB.


Betul lah tu. aku tak akan berubah semata-mata mengikut kehendak orang lain. Aku boleh bertoleransi untuk menerima dan memberi. tapi untuk mengubah hanya semata-mata apa yang ada kat aku ni buat dia tak berkenan.. minta maaf lah.

Dulu masa muda mungkin aku semacam iri hati tengok kawan-kawan yang jenis semua orang nak berkawan dengan dia. so perangai masing-masing jadi sepesen je. Gaya dan perwatakan pun hampir sama. Tapi bila aku teliti, mereka berkawan pun sebab masing-masing nak kan ke'popular'an itu. belakang still mengumpat antara satu sama lain.

Lama-lama aku macam limas. fake nya mereka. 

Sebab tu juga kot aku tak ramai kawan. Namun itu bukan isu besar bagi aku. Alhamdullilah aku masih dikelilingi dengan kelompok kecil kawan yang boleh menerima aku seadanya.

Kami masih lagi bersama sehingga penghujung 2024 dan aku doakan kami masih sentiasa bersama.. menua bersama dan sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain sehingga kami menutup mata.

so untuk 2025? macam biasa.. semoga segala-galanya berjalan lancar! Insya Allah. Amin.

Ahad, 29 Disember 2024

Giveaway by Ejulz 2024

"You can never quit. Winners never quit, and quitters never win."

- Ted Turner -

......................................................................................


Aku baru up cerita pasal dapat hadiah dari kawan blogger.. Sedang jalan-jalan kat blog yang lain, rupanya blogger ejulz buat Giveaway juga.


Sebab kan aku ni tak pernah lah lagi cuba try test masuk join giveaway ni. Moh lah kita selit-selit juga bagi meriah kan keadaan sempena penutup 2024. Mana tahu ada rezekinya.


Tak reti nak join ni. aku follow je arahan dia. Harap-harap betul lah 😅


Yang nak join korang klik je banner kat bawah ni. Nanti dia bagi tahu caranya. Aku nak terang lebih lanjut tak pandai. Maklumlah first time. 😝


First time dapat hadiah dari blogger

“Kindness can be the greatest gift that you can give a person. Especially when they are not expecting it.”

- RAKtivist -

......................................................................................


Kejadian berlaku bulan lepas. Memang tak perasan langsung kalau owner blog Shikin Razali tak komen kat story aku.


Ada masanya aku suka jalan-jalan kat blog orang. Pastu memanjang dok tinggalkan komen. Nak buat entry sendiri malas. Malas nak menaip sebenarnya. Lebih suka membaca story korang.


sebabkan aku tinggal komen kat STORY STORY NI.. aku dapat hadiah! yeyeyeyeye


Alhamdullilah rezeki. sebabnya aku ni boleh diketegori sebagai orang yang takde luck dalam bab-bab hadiah ni. Cabutan bertuah ke.. pertandingan ke.. sejenis yang tak akan bawa pulang hadiah lah.


Terima kasih blogger Shikin Razali. Kita suka sangat hadiah awak bagi. Nanti bagi lagi ye 😝


gedget81

Jumaat, 27 Disember 2024

Postcard from Indonesia

Postcards are like mini voyages, taking us on a journey through the eyes of another

- the postcard -

........................................................................................


Saja lah nak berlagak.. aku dapat postcard dari Indonesia

ok bye 😝

😝

Selasa, 24 Disember 2024

Baju Batik asrama untuk baju raya Ikhlas

"Jangan berusaha agar semua yang terjadi terjadi seperti yang kamu inginkan, tetapi berharap semuanya terjadi seperti yang sebenarnya terjadi, dan hidupmu akan tenteram." 

- Epictetus -

........................................................................................


Seperti yang korang sedia maklum, ikhlas kan dah tak dok asrama. Kalau yang belum maklum, boleh baca di sini 😝


Ahad 2 minggu lepas kami laki bini dating kat GM Klang. Tengah dok me'round' bangunan GM tu tiba-tiba teringat. ehh kita belum ambil lagi lah kain asrama ikhlas.


Punya lah angin akibat kes ikhlas blacklist asrama ari tu langsung aku tak ingat pasal kain asrama dia.


Actually masa daftar sekolah bulan Mac, aku selesaikan juga daftar asrama dia. Memang beli semua barang-barang asrama kat koperasi sekolah ye. Dengan cadarnya, sarung tilam nya termasuk baju batik asrama. Bayaran makan DM pun dah bayar. Nasib aku bayar setengah tahun dulu. Hai lah anak.


Baju batik tu pula terus aku gie GM untuk tempah. Nak tempah kat sekitar rumah memang dah full. Kan dia daftar masa bulan puasa. Memang tak lah akak-akak tailor tu nak amik.


Ada sebab juga Allah gerakkan hati hantar kat situ. Rupanya akak tu pun tak dan nak siap awal. Dia pun lupa nak ambil ukuran dada ikhlas masa ukur baju. Masa dia tengok kain tu baru dia teringat. Jadinya dia tak berani nak potong lagi. Dia call aku dalam bulan Mei rasanya untuk dapatkan ukuran tapi aku cakap takyah lah potong sebab budaknya pun tak dok asrama dah. Nanti aku ambil kainnya balik.


Tup-Tup bulan 12 baru ambil. huu huu

9 bulan kain tu kena peram.


Takpe lah. Naik sekolah baru tahun depan aku nak jual kain tu kat budak-budak asrama. Takdelah membazir sangat.


Tak pun nanti aku buat baju raya Ikhlas. Biarkan dia pakai baju raya edisi baju asrama sekolah.

🤣🤣🤣🤣🤣


Baju Batik Asrama untuk baju raya Ikhlas

Rabu, 11 Disember 2024

First time aku buat Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere." 

- Erma Bombeck -

.........................................................................................................


haaa kan dah cakap..

tak pasal-pasal aku terjebak juga!

teka aku kat mana jumaat pagi?

Kisahnya...

Ada sesuatu berlaku dekat sistem kewangan masa penutupan akaun minggu lepas.

weiii... seminggu mengadap stress. Group whatsapps jangan cakaplah. Memang penuh dengan luahan perasaan masing-masing. Tak pernah-pernah kami kena kerja ikut jadual. Jadual pula tak menentu. Ada yang kena pagi, tengahari, petang dan malam.

Sistem pula buka setiap slot tu 2-3 jam je.

Jadual aku di Selangor, sekali je pagi, sekali petang dan 3 kali malam. Letih sangat-sangat. Tak pernah aku burnout masa buat kerja. 

Seminggu tu memang mencabar minda dan fizikal aku. Belum lagi 2 sistem yang tak bercakap antara satu sama lain. 

dan bila masing-masing stress memang datanglah pelbagai perkara merapu.

Dan-dan diaorang plan nak gie travel.

Aku pula bila dah datang kepala tiongnya, setuju je lah kan.

Jumaat tu pula jadual aku jam 8 sampai 12 malam. Pagi tu tak ada apa nak buat. aku minta kebenaran bos nak keluar kejap. Bos aku yang sedia ada tahu aku stress dan kepenatan terus setuju. Risau aku bebel ke dia pasal sistem lah tu. wakakakaka

taraaaa.... yup aku pergi Imigresen!

ada orang kata kena beratur seawal pagi depan pintu. ye ke?

Aku buka laman web Imigresen untuk tengok macam mana nak buat passport. Maklumlah tak pernah ada. Tanya pegawai yang baru buat, dia kata boleh secara online je. Aku pun layari lah laman web Imigresen. Baca punya baca... oooo tak boleh lah. Untuk yang tak pernah buat passport kena hadir ke kaunter Imigresen yang terdekat.

mula-mula sampai aku macam blur. Dah kenapa ramai sangat warga asing ni. Mesti lambat siap passportnya sebab ramai sangat. Dah lah janji dengan bos nak keluar sekejap je. oo rupanya itu kaunter untuk warga asing.

Kaunter untuk warga Malaysia buat passport tempat lain. Melilau lah aku mencari dan ringan mulut tanya pada kakak RELA. So aku dapat nombor pukul 10.10 pagi.

Tak lama lepastu nombor aku naik. Pegawai kat kaunter tu isi maklumat aku dalam sistem dia. Borak-borak lah sikit. tanya nak pergi mana.. dengan siapa... Aku kan jujur. jawap jelah. Masa ambil gambar, nasib baik aku memang dah tahu kena pakai tudung warna gelap. So tak de apa masalah sangat.

Duduk balik untuk tunggu nombor naik bagi proses pembayaran pula. Aku dok perati orang yang datang. macam-macam ragam.. dengan rambut kena betulkan. baju yang cerah kena pakai kot. Belum lagi time nak ambil gambar budak. Punya nak adjust tu.. bercinta. Kat kaunter pula dah siap ada spray air dengan sikat rambut. Macam tahu-tahu je orang Malaysia ni macam mana.

Aku kena bayar RM200. terbang duit hujung-hujung bulan ni. haaa haaa. Masa bayar tu, pegawai kat kaunter bayaran bagitahu yang proses untuk passport siap mengambil masa sejam. Aku pun ok lah. Malas nak merayap, aku duduk je lah termenung kat kerusi.

tunggu punya tunggu.. yes nama aku dah di panggil. 11.10 pagi.. selesai

takde lah lama sangat. Sekarang semua benda dah cepat. so apa lagi dah moh kita gerak menuju ke destinasi. yeyeye


buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh


apa baran merah.. hijau tetap di hati!

Wordless Wednesday #15