Isnin, 15 Ogos 2011

Gambar Kahwin

dok usha kamera.. ada pulak terselit gambar kahwin kawan-kawan aku dan asmad.. so b4 aku buang dari memory card heee heee sbb dh penuh giler so aku berbesar hati untuk meng upload semua gambar kat sini.. so enjoy!!!

Gambar Kahwin 1


Kisam & Umi

p/s : masa nie aku belum mengandung.. nampak tak budak kecik yang pakai baju merah tu.. masa kenduri nie mak dia sibuk suruh aku cium anak dia. Konon berkat nanti boleh mengandung.. heee heee Alhamdullilah, Allah telah memberi rezeki pada aku dan suami..

Gambar Kahwin 2

Shiela & Husband

p/s : masa nie aku tengah mengandung heee heee.. so tak banyak lah buat kerja. just tolong masukkan bunga telur dan ole-ole untuk tetamu. yang banyak tolong abang ngah dan suami.. tolong buat air.. Suami aku excited sangat-sangat. tak pelah tolong membantu bagi pihak aku.. huu huuu..

Isnin, 1 Ogos 2011

Jadual Waktu Berbuka 2011


selamat berpuasa!!!

Pengharapan aku untuk puasa kali ini semoga amalan ibadah aku di terima Allah. Sejak seminggu ini hati aku sering bertanya.... adakah puasa tahun ini adalah puasa yang terakhir untuk umat islam? berdebar menanti kebenaran Nya.

Tahun ini segala-galanya yang pertama untuk aku... tahun pertama berpuasa dan berbuka

1 - di rumah baru
2 - bersama suami sahaja...heee heee dulu dengan pak dan mak mertua...
3 - dengan kehadiran Nur Ikhlas
4 - di putrajaya

tahun nie takde lah aku merasai pertandingan hiasan raya... tak dapat baju raya free... namun sokongan pada kawan-kawan kewangan ppd klang tetap aku teruskan. semoga tahun ini mereka dapat merampas kembali takhta yang di curi tahun lalu.

so tahun ini aku just hias rumah aku agar kelihatan menarik dan tak bosan... haaa haaa haaa
Posted by Picasa

Rabu, 27 Julai 2011

Katil Nur Ikhlas

Sambil dok rehat-rehat kat rumah, terpandang lak katil baby yang tak pernah2 di pasang sejak di beri pinjam oleh ina.. huu huu huu bukan tak nak pasang tapi macam tak sampai hati nak biarkan nur ikhlas tidur sorang-sorang... penat berusaha memasangnya sorang-sorang akhirnya inilah hasilnya!!!!



cantik tak????



Namun katil ini hanya sekadar hiasan sahaja sebab memang tak sampai hati nak letak nur ikhlas kat dalam ini. heee heee heee

Selasa, 12 Julai 2011

Nur Ikhlas 1 bulan

Hari nie up date blog just masukkan gambar Nur Ikhlas je. Nie semua gambar Nur Ikhlas dari usia 1 hari sehingga 1 bulan. Rindu kat dia. Nak peluk dia 24/7 boleh???
Posted by Picasa

Isnin, 11 Julai 2011

Tragedi di usia 5 bulan

26/06/2011 genap Nur Ikhlas 5 bulan, ibu telah menyebabkan dahinya berdarah... huu huuu
Kesiankan.... itulah ibu suruh duduk diam-diam, tak mau. Kan dah kena besen tu. Tak pasal-pasal berparut dah....

Dahi luka akibat jatuh di bilik air. huu huu huu...

Nur Ikhlas kuat.. Dia tak nagis pun... sayang Ikhlas!!!










Wordless Wednesday #28

yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...