Jumaat, 26 Ogos 2011
5'S lagi....
Alhamdullilah dah siap hampir 79%. So sambung Isnin lepas raya. Terima kasih kepada kawan-kawan dan adik-adik yang turut membantu.
Insya Allah, kalau ada masa nanti aku upload gambar-gambar 5'S nie. Memang banyak gambar yang aku ambil. tapi sekarang susah nak upload sebab internet slow sangat. Lepas raya husband langgan unifi so alang-alang tu tunggu unifi je lh. hee hee hee
Rabu, 24 Ogos 2011
Kelisa ku...
Dugaan.. dugaan.. Semakin risau bila kereta aku pula buat masalah. Hmm... memang tahun nie tiada peruntukkan raya buat aku lah. Nasib baik baju Nur Ikhlas aku dah beli awal-awal.
Kenapa???
sejak jumaat lepas kereta aku berbau hangit. Tak tahu kenapa. Nak hantar bengkel, husband kata nanti dulu. Aku risau sebab pagi-petang aku hantar dan amik Nur Ikhlas di taska.
Semalam Nur Ikhlas masuk kereta jer dia terus nagis. lagi lah aku berdebar-debar. Dalam otak nie dah macam-macam aku fikir.
Kalau jadi apa-apa kat kereta aku, macam mana aku nak bertindak? Husband nun kat klang. Sapa aku nak call? Sapa nak tolong aku? Hishh.. pening ar.
Dah lah nak raya nie. Nak balik kampung.. nak gie Johor.. nak balik klang... last-last nanti aku raya kat Putrajaya jer.
macam mana nie... :(
Isnin, 22 Ogos 2011
Jatuh Tilam!!!
Alhamdullilah.. nasib baik takde kecederaan.
Ceritanya begini....
Minggu nie giliran kami balik ke klang. Malam tu sebelum balik klang, kami singgah up town shah alam. Husband teringin nak makan nasi kukus ayam berempah.. sambil tu belikan seluar raya husband. heee heee husband sanggup berbuka dengan meggi dulu sebab nk makan nasi kukus tu.... Peliknya selalu bila bawak Nur Ikhlas berjalan mesti dia tido tapi malam tu bukan main lagi bulat matanya.
So sampai umah memang nak dekat pukul 12 malam lah. Memang aku letih giler. Tidurkan Nur Ikhlas dengan harapan dia akan tido lena sampai pukul 9.00 pagi.. huu huu huu
Namun harapan tinggal harapan... Lepas solat subuh aku dengan bangganya landing ar sebelah Nur Ikhlas nak sambung tido kejap tapi Nur Ikhlas boleh bangun pulak... Aikk... tak ngantuk ke anak ibu nie??
Dengan wajah ceria dia pun main lah atas tilam tu. yang bestnya anak aku nie, kalau dia tengok ibu dan ayahnya tido, dia tak pernah kacau. Nur Ikhlas boleh main sorang-sorang. So aku lambakkan mainan depan dia dan tengokkan je lah dia main. Sayup-sayup aku dengar bunyi mainan dan suara dia. Tak sedar bila aku tertido. Tiba-tiba aku terdengar bunyi jatuh di sambut dengan tangisan. Aku pun terkejut ar... hee heee Nur Ikhlas jatuh tilam.
Dup dap dup dap jugak lah jantung aku. terus aku pujuk dia. belek satu badan.. "Insya Allah takde apa-apa". Ayat penyedap hati..
Nasib baik dekat klang nie kami cuma pakai tilam. tapi tilamnya agak tebal lah.. 8 inci!!!! huuu huuu.. akhirnya.. setelah bagi susu badan terus dia tido dan bangun balik pukul 9.00 pagi seperti yang di rancang.. haaa haaa
Nur Ikhlas.. lain kali kalau ibu suruh tidur kene tidur tau. Bukan sebab ibu malas nak layan anak ibu tapi sebab ibu memang ngantuk sangat ye. Dah.. dah tido nanti ibu puk nanti.
Rabu, 17 Ogos 2011
Suapan pertama Nur Ikhlas
Cepatkan masa berlalu. Sedar tak sedar Nur Ikhlas dah boleh makan. So genap usianya 6 bulan seminggu, aku pun bagi lah makanan pertama dia.
Risau jugak nak bagi dia makan. Maklumlah anak pertama. Mana pernah aku suap makanan pada baby. Alhamdullilah semuanya ok. tapi yang geramnya anak ibu nie tak mahu duduk diam. Habis comot! sabar jelah.
Duit Raya!!!!
Tahun nie macam tahun-tahun lepas duit raya mesti ada untuk anak-anak buah aku dan asmad. dan macam biasa peruntukkannya masih sama. heee heee.
Nuzul Al-Quran 1432
Alhamdullilah.. Puasa hari ke 17
Isnin, 15 Ogos 2011
Aktiviti sebelum bulan puasa 2011
Waktu pagi hujan turun agak lebat. So macam tak confident jer nak gie mandi manda kat laut. risau tsunami.. huu huu So aku dengan ikhlas duduk dalam kereta sambil melayan ikhlas yang sibuk nak bergerak. Alhamdullilah cuaca kembali cerah pada pukul 10.30 pagi. Walaupun masih renyai-renyai sedikit aku gagahkan juga membawa ikhlas lari ke bawah pondok heee heee.
Suami aku sibuk mandi laut, so aku pun menyibukkan diri makan dan menikmati angin bayu heee heee. Bawa ikhlas ke gigi air.. excited sangat dia menengok ayahnya. kejap kepala pusing ke kiri, kejap kepala pusing ke kanan. Try cecah kaki ikhlas dekat air laut.. terus menagis. emm.... macam mana nie??? tak dapatlah ibu nak mandi laut. :(
Kami pulang pukul 2.00 petang. Malam tu ikhlas pun demam.... huu huu huu
Keluarga Aku
BBQ halaman umah opah
30/07/2011
-
yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...
-
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ Rabbij'alni muqimas-salati wa min dzurriyyati, rab...
