Isnin, 22 Ogos 2011

Jatuh Tilam!!!

Nur Ikhlas jatuh dari tilam!!!
Alhamdullilah.. nasib baik takde kecederaan.
Ceritanya begini....
Minggu nie giliran kami balik ke klang. Malam tu sebelum balik klang, kami singgah up town shah alam. Husband teringin nak makan nasi kukus ayam berempah.. sambil tu belikan seluar raya husband. heee heee husband sanggup berbuka dengan meggi dulu sebab nk makan nasi kukus tu.... Peliknya selalu bila bawak Nur Ikhlas berjalan mesti dia tido tapi malam tu bukan main lagi bulat matanya.
So sampai umah memang nak dekat pukul 12 malam lah. Memang aku letih giler. Tidurkan Nur Ikhlas dengan harapan dia akan tido lena sampai pukul 9.00 pagi.. huu huu huu
Namun harapan tinggal harapan... Lepas solat subuh aku dengan bangganya landing ar sebelah Nur Ikhlas nak sambung tido kejap tapi Nur Ikhlas boleh bangun pulak... Aikk... tak ngantuk ke anak ibu nie??
Dengan wajah ceria dia pun main lah atas tilam tu. yang bestnya anak aku nie, kalau dia tengok ibu dan ayahnya tido, dia tak pernah kacau. Nur Ikhlas boleh main sorang-sorang. So aku lambakkan mainan depan dia dan tengokkan je lah dia main. Sayup-sayup aku dengar bunyi mainan dan suara dia. Tak sedar bila aku tertido. Tiba-tiba aku terdengar bunyi jatuh di sambut dengan tangisan. Aku pun terkejut ar... hee heee Nur Ikhlas jatuh tilam.
Dup dap dup dap jugak lah jantung aku. terus aku pujuk dia. belek satu badan.. "Insya Allah takde apa-apa". Ayat penyedap hati..
Nasib baik dekat klang nie kami cuma pakai tilam. tapi tilamnya agak tebal lah.. 8 inci!!!! huuu huuu.. akhirnya.. setelah bagi susu badan terus dia tido dan bangun balik pukul 9.00 pagi seperti yang di rancang.. haaa haaa
Nur Ikhlas.. lain kali kalau ibu suruh tidur kene tidur tau. Bukan sebab ibu malas nak layan anak ibu tapi sebab ibu memang ngantuk sangat ye. Dah.. dah tido nanti ibu puk nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

First time aku buat Malaysia Passport

"Worry is like a rocking chair: it gives you something to do but never gets you anywhere."  - Erma Bombeck - ........................