Hari ini 1401 tahun yang lalu, turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Setelah 18 tahun menetap di selangor, tahun ini buat kali ke 13, aku tidak bercuti pada Hari Nuzul Al-Quran. Bekerja sambil memikirkan apalah yang suami aku buat sorang-sorang kat rumah. Nur Ikhlas tetap aku hantar ke Taska. Tak kan nak biarkan dia tinggal dengan ayahnya sepanjang hari. heee heee
So untuk kesekian kalinya, aku perlu redha dengan keadaan aku sekarang. Menjalani kehidupan di putrajaya dalam kebosanan. Bertahan untuk 2/ 3 tahun lagi.. alangkah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan